Resepi Ais Krim Jagung Simple

Assalamualaikum..

Actually aku tak de mood nak update blog.. nak bercerita panjang lebar.. so, update pasal makanan lah baru rasa ada mood sket..

Isnin lepas aku mc.. migrain menyerang.. nyut2 kepala.. lepas sarap telan ubat migrain.. dalam petang tu dah ok..

So.. bila dah ok.. perut pun lapaq.. bila tgk peti.. aduhh.. tinggal ayam sajork.. apo nak buek ni?? pening gaks memikirkan nak masak apa kan.. last2.. guna bahan yg sedia ada.. kita buat nasi arab ayam mandhi..


Malamnya.. buat aiskrim jagung.. pun simple jerk.. guna bahan apa yg terlintas kat otak aku ni.. ni resepi yg sukatannya agak2 jerk ya..

Resepi Ais Krim Jagung Simple

Bahan2:
1 cawan jagung
1/2 botol susu segar 450ml *boleh jugak guna susu sejat
1 sudu besar susu pekat
2 sudu besar gula
1/2 sudu besar ovalette
*boleh letak esen vanilla kalau suka

Cara2:
Kukus jagung. Blend halus lepas jagung sejuk.
Putar susu,gula,ovalette sampai kembang
Masukkan jagung kacau sebati
Tuang ke dalam acuan
Bekukan semalaman



 

~ Selamat Mencuba ~


WhatsApp Web

Assalamualaikum..

Pagi2 opismate bgtau WhatsApp boleh bukak kat pc.. wuhuuuu.. best2.. senang sket.. 

Utk arahan selanjutnya bleh baca di sini..

Kat situ ada detail penerangannya.. nak login pun senang.. tak yah id dan password bagai.. scan jerk QR code tu.. tadaaa... dah boleh masuk... suke3... tapi make sure uols guna browser Chrome ya.. dan make sure hp uols connect ke wifi ok.. kalau nak guna jugaks mobile data.. sila jangan malu2 nak bayar bil tinggi2 eh... satu lagi tak semua ia support yer..

besar.. terang.. luas mata memandang.. sedap mata rabun aku ni melihat.. huhuhuu... dan senang.. menaip msg macam menaip kat blog.. wakakaka.. oppss.. ada gambar kak Jem lah kat situ... sorry yer Mah.. itu jerk yg sesuai utk dipaparkan.. bleh tolong promote sekali kan.. ahaks.. i pun dah pakai tau.. jgn jelez..

Cuma yg meragukan aku kat sini.. hmmmm.. agak tidak selamat kalau ada info2 yg kita tak nak orang lain baca.. tup2 org lepak kat tempat kita buka whatsApp web kita tanpa pengetahuan kita.. fuhhh... naya..

Lain2 function kat whatsApp web ni aku tak explore habis lagi.. uols explore sendiri lah yer..

Apa pun.. pandai2lah yerk nak cover bagai..

Dan satu lagi.. kalau ianya dah jadi satu fenomena baru.. sah2 kat opis aku ni akan kena block.. wakakakaka... nasib lah... huhuhu...

Anyway.. Selamat mencuba!


PD Ostrich & ShowFarm

Assalamualaikum..

Lupa laks aku nak update pasal kunjungan kami ke mini zoo kat pd.. ostrich dan kawan2.. ngeh3..

en hubby tengah beli tiket..
 
Ingatkan murah sangatlah kan tiket nak masuk.. sekali.. amboi.. boleh tahan.. berbaloi ke tidak.. jom round..

ada pakej sekali kalau nak tengok dinasour..

Masuk jer ke sini.. akan ada camera man/woman akan snap gambar korang kat sudut yang disediakan.. senyum jangan tak senyum ya.. pastu kalau berkenan bleh beli gambar tersebut.. pandai sungguh diorang ni berbizness.. 

ada 3 keping semuanya..  aku beli sekeping dah ler.. utk kenangan..

Memulakan perjalanan di ostrich & showfarm..


Pertama sekali akan jumpa kambing.. garang noks kambing ni.. macam nak tanduk orang jerk.. sampai tersangkut kepala dia kat tali atas pagar.. naya jerk..

Pastu baru jumpa ostrich.. tingginya ostrich ni.. leher dia panjang.. jangan rapat2.. tak pasal2 jerk nanti.. huhuhuhu.. 

Pastu akan jumpa sekor unta.. cian unta tu.. cam sakit jerk..

Jalan lagi.. akan jumpa keldai.. cian dia.. ikut jerk masa kami jalan tu.. lapar kot..

amiera ngan fateh takut ngan ostrich tu..

my hero

wt my mucuk!

jalan lagi.. akan nampak cafe serta tempat menunggang kuda dan ostrich.. bayaran nak naik kuda / ostrich ni RM5 utk kanak2.. dewasa tak sure pulaks.. anak2 aku tak mau.. takut gamaknya..

relax jerk adik ni naik ostrich.. ostrich ni kena tutup mata.. kalau tak mahu jugaks dia lari sekuat hati.. huhuhu...

sebelah tmpt menunggang ni ada 2 biji telur ostrich.. mungkin yg dah diawet kot.. kalau uols nak try pijak pun boleh.. aku tak sanggup..

di hadapan tempat menunggang ni ada taman arnab dan haiwan2 kecil yg lain..

Fateh jerk beria2 nak masuk sini.. amiera macam takde mood jerk..

Kat cafe ada jual sate ostrich ok.. oh tidak.. aku tak sanggup nak makan.. sate arnab pun tak pernah.. ini kan pula sate ostrich.. memang taklah aku nak menerai.. so, sapa2 yg sukakan kelainan dan suka mencuba makanan2 baru.. bleh lah rasa sate ostrich di sini ya..

dan di kafe ni juga.. uols bleh dapatkan gambar2 yg di snap di awal tadi..

lepas tu akan jumpa haiwan lain spt angsa, ayam belanda, ayam hutan etc yg comel2.. 

Sebelum balik PASTIKAN!!

tak semua kami join.. jalan2 dan tengok jerk.. huhuhuhu.. 

Rumusan.. pada pendapat aku.. tempat ni menarik sekiranya lebihkan info mengenai ostrich.. kalau dapat tengok anak ostrich macam mana rupanya.. yerlah.. dari sebiji telur hingga besar kan.. barulah berani sket nak pegang... kwang3.. sebab haiwan2 lain tu kita boleh tengok kat zoo atau taman2 lain.. utk anak2 bandar memang seronoklah sbb tak kenal sangat haiwan2 ni.. tapi jenis kampung cam aku ni.. dah muak nengok eh!

coz why?? arwah nenek aku dulu suka bela haiwan.. ada arnab, itik, ayam toksah cakap, burung pun toksah cakap.. kampung kan, ayam belanda, lembu, kambing.. angsa ada orang kampung yg bela.. anti sungguh aku ngan angsa ni.. pantang aku nak pi kedai.. time tu lah dia nak melintas jalan.. aduiii.. seriau aku.. nak menyudu jerk kejenya.. tatuttttt... ular?? hmmm.. ada jerk mana2 kalau dah kawasan hutan kann..

haiwan spt unta, kuda dan haiwan comel2 ntah apa namanya yg takde.. tapi kat zoo kan banyak.. peace!

Dan aku berharap sangat supaya pihak yang bertanggungjawab menjaga sepenuhnya kebajikan haiwan2 peliharaan di sini.. kesian aku tengok.. thats all.. just my 2 cents..


Hanis Fara Arissa ~ 8 Bulan

Assalamualaikum..

Lagi beberapa hari Arissa nak masuk 9 bulan.. aku barulah terkial2 nak update pasal Arissa di usia 8 bulan.. apa kes?? maleh lah weiii nak update.. nak tak nak kena update jugaks.. rugi ok.. setiap perkembangan Arissa tu perlu aku update di sini supaya aku akan ingat dan buat bacaan tika sunyi.. cecehceh.


Dalam usia 8 bulan ni.. Arissa dah boleh berdiri dengan mudah walaupun aku seriau nengok dia pegang kusyen or pengadang katil.. hhuhu.. takut dia terbalik terlentang.. aduiii.. berderau darah aku kalau dengar jeritan dia.. satu blok bleh dengar! masa umur 7 bulan cam takut2 lagi nak berdiri walaupun berjaya jugaks akhirnya cuma pegangan tangan dia masih tak kuat..

Dan yang comelnya Arissa pun dah pandai duduk.. merangkak sket.. pastu duduk.. pastu merangkak balik.. aku lah naik risau.. tak pasal2 tumbang.. memang kena standby belakang dia.. dia boleh relax jerk duduk.. aduiiii... ada masa nanti aku snap gambar dia sedang duduk..

Camnalah keadaan Arissa kat rumah pengasuh.. kat rumah pun aku dah warning kalau dia nak ke tempat yang tak dibenarkan... hepppppp!! pastu dia senyum dan patah balik.. bila aku senyum balik.. boleh dia patah balik tempat yang nak dituju.. susah sangat nak control.. walker lah jawabnya.. kalau ikut kepada kajian2.. walker ni sebenarnya tak membantu perkembangan bayi tu sendiri.. tapi nak buek camno.. mama sibuk sayang oiii.. mama takde maid.. ni lah tulang 4 kerat nak uruskan rumah.. kalau ada kakak Amiera senang sket hati.. tapi tak bleh nak harap 100% jugaks.. huhuhuhu... kakak pun tak larat nak ngadap Arissa doplohpatjam.. bila dah letih ke walker jugak tempat Arissa... huhuhuu..

Berat Arissa pada usia 8 bulan dah nak ke 9 bulan ni.. 7.3kg.. naik 400 gram jerk dari dulu.. oklah dari tak naik langsung..

Dari segi pemakanan pulaks.. aku dah cuba makanan seperti berikut:-

Bijirin :- oat -  oat kalau campur ngan puri labu Arissa bleh habis makan.. tapi tang oat tu.. bila aku rendam ngan air lemon dan tepung gandum.. pastu nak masak balik rasa cam tak confident jerk.. aku basuh oat tu.. so, lepas ni aku ingat nak tukar bahan rendaman oat tu kepada cuka epal.. baru ada confident nak masak terus oat tu..

Buah2an :- kiwi, blueberry, strawberry, jagung, kismis hitam, betik - hat masam2 dia tak suka, betik pun dia tak suka



Sayur2an :- bronkoli, kubis bunga - so far boleh diterima

Protein :- serbuk ikan bilis - selain stok ayam sebagai sumber protein aku campurkan juga serbuk ikan bilis dalam bubur Arissa.. so far dia telan jerk..

Produk tenusu :- cheddar cheese, unsalted butter dan yogurt - as usual yogurt masam kan.. sket jerlah dia telan.. cheese dan butter ok.. alhamdulillah takde alergik..


Lain2 makanan spt roti pun Arissa suka.. Arissa pun dah boleh makan makanan bergoreng tapi guna minyak POO utk menumis.. lain2 makanan aku belum cuba pasta.. memang plan nak try masalahnya haaiii.. malasnya nak pi beli.. esok2lah kalau aku rajin nak ke alamanda tu..


bila duk lama2 kat walker cenggini lah peel dia.. hehehe.. cian mucuk ma ni ya..

dah boleh duduk kat kerusi makan.. pap3.. tepuk meja makan.. ORDER PLEASE!!

Satu jerk masalahnya sekarang ni.. camna aku nak trim rambut Arissa yang dah merbu tu?? lebat nau.. pakai headband tak mau.. ikat apatah lagi.. satu apa pun tak mau duk atas kepala.. apa pun tak boleh.. geget kang!

Oklah.. lagi 3 minggu aku update pasal Arissa 9 bulan... kwang3.. nanti tak nampak perubahannya kalau update cepat sangat.. see ya!


Tempahan Diaper Cake ala Hamper

Assalamualaikum..

Baru2 ni aku terima tempahan untuk buat diaper cake..

First time okay cubaan nak mengasah bakat ni.. sebab aku tengok kat google banyak nau diaper di susun macam bentuk cake.. bertingkek.. tingkek.. cuba uols search diaper cake malaysia.. macam2 design ado.. kreatip lagi orang malaysia ni yerk.. huhuhuhu..

Actually aku ni bukan kreatip orangnya.. so, bila rasa nak cuba buat tu.. aku akan usahakan..tapi nak jadi se-kreatip diorang tu memang tak lah.. aku ni mudah jemu.. dan kalau nak buat sesuatu tu mesti nak siap cepat.. tak suka tangguh-tangguh.. sebab tu aku tak berapa minat sangat nak menceburi bidang kreatip2 ni.. takut aku stress! erk.. bleh stress ke? whatever..

So, uols jangan nak pandai2 tempah kat aku ok! hehehhehe.. kang tak comey buek malu yo!

setelah di susun2.. senang jerk.. susun jerk kan.. bukannya kena jahit bagai..

pastu wrap jerk ngan kain net or organza.. siap!

Special thanks kpd penempah yang memberi kepercayaan penuh kepada aku nak buat benda ni.. hopefully u like it..

psstt.. sapalah yg bertuah dapat diaper cake ala hamper ni yerk.. bestnya.. nak jugak!!


Berita itu..

Assalamualaikum..

Berita yang memang aku tak nantikan..

Ingatkan tak dapat... sebab ada member bgtau org lain dah dapat surat.. so, seronoklah coz aku tak dapat... tapi.. akhirnya sampai juga surat itu atas meja aku... uwaaaaaaaaaaa....

Aku tak tengok nama dah.. sbb sah2 utk aku kan.. aku tengok keputusan dia jerk.. 'SIMPANAN'... oh tidakkkk...

Haaa.. padan muka aku.. yg pi gatai2 hantar borang tahun lepas apasal... aku ingatkan susah nak dapat based on pengalaman senior2 dulu.. aku ni kan lurus bendul.. dah arahan suh hantar borang.. aku isi jerlah.. huhuhuhu...

Aku tau semua tu adalah ketentuan dan rezeki dari-Nya.. tapi...


Dalam lubuk hati yg paling dalam ni.. aku tidak bersedia lagi utk kenaikan pangkat... apatah lagi utk keluar dari zon selesa kat opis sedia ada..

Tak sanggup utk aku memikul tanggungjawab yg lebih besar.. tak sanggup andainya ditukarkan ke tempat yg jauh2.. walaupun aku dah 9 tahun 2 bulan di sini.. aku tak bosan.. aku selesa di sini.. dekat ngan rumah.. dekat ngan alamanda.. dekat ngan anjung.. usia yg meningkat ni aku lebih suka duk kat opis jerk.. tak minat buat keje2 luar..

Orang lain mesti seronok naik pangkat kan.. tapi bukan aku.. aku risau akan tanggungjawab yg bakal aku pikul.. seram mak nok! kalau fikirkan dari segi kenaikan gaji tu memanglah nak kan.. tapi kalau setakat naik dalam 90 utk keje yg hampir sama level ngan pegawai... oh tidak.. sangat tidak berbaloi.. itu pengalaman yg aku nampak kat opis ni laaa..

Cara aku.. aku lebih suka kerja yg menerima arahan daripada memberi arahan.. aku suka keje sendiri sesuai dengan no 5 daripada kajian kaunselor mengikut tarikh lahir.. uwaaaa... dan aku tak suka pergi meeting.. aku susah nak fokus..

Ohhhh... semoga 'SIMPANAN' tu duk diam2 yerk.. i'm not ready yet..


Persekolahan 2015

Assalamualaikum..

Semalam aku cuti.. nak bagi semangat kat Amiera utk memulakan persekolahan dalam Tahun 5.. cepat jerk masa berlalu..

Pagi2 aku kejutkan dia.. sib baik dia tak menanya aku keje ke tak? agaknya debar2 nak sekolah kot.. langsung lupa pasal mama dia.. kalau tak tu pantang jek nampak aku pakai baju rumah.. mulalah buat muka cam nak nanges.. tak mau sekolah laa.. itulah ini lah.. macam2 alasan dia..

Lepas en hubby hantar Amiera.. aku uruskan Fateh yg masih dilamun mimpi indah dan Arissa yang mmg suka lena time kitaorang dah bangun.. suka gamaknya tidur ngan bunyi bising..

Nak uruskan Fateh tu memang agak susah sket.. nak suh bangun mandi tu.. kena ada teknik nak suh dia sedar dari lena.. lepas mandi pulaks.. nak suh pakai uniform sekolah yg dia tak berkenan tu alahai.. susah!! sanggup keraskan kaki semata2 tak nak pakai seluar.. aduiii.. tapi akhirnya... ini mama ok! susah camna pun.. akhirnya kena akur juga dengan madam garang giler ni ya..

Bila dah lewat hantar Arissa.. biasanya aku akan mandikan dia.. kalau awal pagi tu taklah.. tak sampai hati sejuk2 nak mandikan.. uruskan Arissa ni pun satu hal.. masa nak ulit dia ngan minyak bagai.. senyap jerk.. relax jerk.. start nak pakai baju.. mulalah buat perangai.. berpusing2.. huhuhu..

Selesai urusan anak2.. dapatlah kami berdua2an.. selain cuti uruskan anak.. ada lagi beberapa agenda yg nak diselesaikan.. nanti aku story mory..

Tamat sesi hari pertama persekolahan.. tahun ni Amiera bertukar sekolah agama kafa.. so, nak pastikan urusan transport dan transit berjalan dengan lancar.. agak kalut sket tengahari tu.. dengan cuaca panas semalam.. pergh.. mencabar kesabaran sungguh! last aku decide tukar van dari sekolah ke sek agama.. suh sek agama yg datang ambik Amiera.. petang baru van lama gi ambik Amiera dan hantar ke rumah.. settle masalah.. alhamdulillah..

nak ambik gambar dia ni memang susah.. grrrr...

Tahun ni tahun yang agak mencabar utk kami..

Tahun ni Amiera akan menduduki exam Kafa UPKK.. risau ok sebagai mak.. harap2 aku boleh tolong dia menjelang peperiksaan.. 2 tahun kebelakangan ni aku tak larat coz pregnant dan uruskan Arissa..

Dan Fateh pulaks akan memasuki tahun 1 pada tahun hadapan.. sebelum nak melangkah ke alam persekolahan yg sebenar.. nak memastikan Fateh boleh membaca bagai bukan sesuatu yg mudah.. walaupun dah hantar ke tadika yg berprestasi tinggi pun belum pasti anak kita akan hebat.. itu kisah lain.. nak luah mati mak.. tak luah mati bapak.. uwaaaa... apa menda aku merepek ni!! stress ok!! bayar mahal2 tapi apa pun tak boleh!! nak buat aduan rakyat kang.. kena ada bukti2 kukuh sblm nak tulis fakta.. tulis tanpa bukti kang aku pulaks yg kena saman.. maklumlah bila dah ada nama.. duit banyak.. pantang ditegur sket.. nak nyaman jerk.. walhal pengurusan indah khabar dari rupa..

So, doaku harapanku.. semoga anak2 aku berjaya di dunia dan di akhirat.. menjadi anak yg soleh solehah.. buat bekalan akhirat ku.. aminn.. yarabbal alamin..


Cuti2 Malaysia ~ Primaland Resort & Convention Centre

Assalamualaikum..

Sabtu baru2 ni..

Sedang aku buat keje2 rumah.. anak2 buka external hard disk.. nak layan movie katanya.. pastu si kakak buka gambar dulu2 yg ada dalam simpanan.. aku pun join sekali.. buka video si kakak masa kecik.. last2 jumpa video kakak mandi manda kat Tiara Beach Resort (nama dulu2) kat PD.. tiba2.. Fateh nyampuk bgtau.. nak mandi kat sini Mama.. huhuhu.. nada sangat sedih hokay! pastu aku cakaplah Fateh dah mandi lah kat sini.. tapi.. masa tu umur dia setahun lebih.. terus aku tunjuk gambar dia masa mandi manda.. tapi dia still tak puas hati sebab mana nak ingat kann.. kesian ok!

Terus msg en hubby bgtau hasrat si Fateh.. discuss punya discuss.. cari bilik bagai.. alhamdulillah dapat... tq Ana aka kirana24.. last minute planning!! hambek.. kelam kabut aku uruskan rumah..

Kami check in agak lewat sket.. maklumlah kan..

ni muka puas hati ke muka ngantuk?

my precious..


Lepas check in.. sabdek dulu.. cari tmpt yg kami biasa pergi sblm2 ni..

kami suka makan kat sini coz nak menikmati angin laut.. pilihan makanan?? ada yg bergoreng.. ada nasi briyani.. ada nasi ayam..

Kat sini akan jadi kenangan buat Fateh.. kesian Fateh kena marah dengan Minah Salleh sebab dok pi jerkah kucing kat situ.. huhuhu.. mungkin Minah Salleh ni pun terkejut.. Fateh ni memang suka main ngan kucing.. tapi cara dia nak main tu agak kasar sket.. Fateh akan ikut kucing tu.. pastu dia sergah.. tapi kadang2 Fateh akan bagi makanan dia kat kucing tu.. sampai sanggup dia tak makan.. so sweet.. orang putih kan sayang pada binatang2 ni.. terus dia speaking London ngan Fateh.. Fateh diam terkedu.. macam kena marah ngan teacher laks.. pastu dia pi kat kami.. nampak perubahan pada raut wajah dia.. sib baik tak nanges! kalau tak mau juga aku speaking London balik ngan Minah Salleh tu! huhuhuhu...

Lepas makan kami pi jalan2 sat kat pantai.. cam menarik jerk.. sbb ada pulau kecik kat situ..

belakang tu lah pulau ceconet tu.. ada laluan kecil ke sana.. jap gi laluan tu akan hilanglah bila air laut naik semula..

amiera yang geli geleman kena pasir.. tak habis2 ngan ketam.. geli gamaknya ngan ketam kecik2 tu..

dah sampai.. cepat2 kami patah balik.. huhuhuhu...

 Lepas tu kami jalan2 kat pasar malam Batu 4.. nak cari apam balik Haji Jamaris yg diwar2kan oleh blogger.. komen aku.. rasa not bad.. cuma tekak aku lebih sedap dengan apam balik pakcik yg jual kat tepi jalan kg aku bakar baginda.. 

Balik bilik.. rehat2.. malam sambung aktiviti layan Fun Fair.. yeahh!! tmpt mengabehkan duit!!

kebanyakan mainan perlukan 2 token utk seorang.. satu token RM2.. yg menariknya di sini.. hadiah tak bleh blaa.. rantai emas beb!! sampai ke sudah memang susah nak dapat!! untung org yg buka fun fair ni..

Esoknya.. en hubby ngan anak2 aku mandi manda.. aku ngan Arissa duk dalam bilik jerk.. aku tak suka nak mandi manda ni.. kalau nak suh en hubby jaga Arissa risau laks aku.. Fateh tu karang.. ntah ke mana perginya.. baik aku gomol2 si kecik tu dlm bilik sambil aku ngemas nak check-out..

Lepas check-out kul 12.30 lebih.. kami singgah ke PD Ostrich ShowFarm.. nanti aku update story tu kemudian ya..

Lepas tu kami pi Teluk Kemang for lunch.. pastu makan aiskrim sambil tengok pemandangan kat situ.. jalan2 sekejap.. takde yg menarik sgt.. terus balik..

dpt makan aiskrim terus senyap si kakak..

mucuk aku ni.. geramnya... kelakar pulaks nengok gambar adik yg first.. 


~ The End ~


Arissa 8 Bulan ~ Menu Makanan Bayi ~ Fruity Cous cous

Assalamualaikum..

Jangan muak eh ngan n3 aku sehari dua ni... huhuhuuhu..

Resepi kali ni kita main ngan buah2 laks yer..

Bahan utama.. cous cous..

Buah2an suka hati lah nak campur buah apa... huhuhuhu...

Ni percubaan kali pertama perkenalkan buah kiwi kepada Arissa..

Cous cous + kismis + apple + kiwi

dah macam natang apa gambar ni.. cous cous direbus dalam 3-5 minit.. buah2an di kukus dalam seminit dua..

blend hancur.. geli geleman Arissa makan.. masam!!

buah2an yg akan diguna utk dicampur dengan cous cous dan yogurt.. steam sekejap jerk..

Arissa agak tak berapa suka sangat dengan masam2 ni.. kelakar tengok memek muka dia.. huhuhu.. sib baik Arissa tak sakit perut ke kan.. naya aku..

Baby uols camna??


Omey tak?

Assalamualaikum..

Nak hilangkan stress keje hari ni..

Memandangkan dah awal tahun.. tahun baru wajah baru.. tukar sket rupa blog aku ni..

Amacam comey tak??

Kenapa Hello Kitty.. ntahlah.. lepas lahirkan Arissa aku jadi fanatik ngan Hello Kitty.. huhuhu.. maklumlah kan.. anak masih kecik ni.. rasa semuanya nak yg cute mute jerk..

Ye ke fanatik?? takdelah fanatik giler babas.. sket2 jerk..

sanggup beli bowl ni kat Lazada masa Arissa nak start makan.. 

sanggup juga beli comforter (walaupun dah ada.. alasan nak bagi kat pengasuh.. last2 pengasuh tak guna sangat.. jadi alas kat katil Arissa akhirnya..) dan stroller pad kat GoshBabyShop

jumpa termometer ni kat Guardian.. terus beli walau pun ada termometer yg lagi murah..
bih kurang cenggini rupanya.. nanti aku snap hat aku beli.. pic credit to kittysuetyi.blogspot.com

Dan fanatik ni bukan utk Arissa jerk.. sampai aku pun kena tempiasnya.. 

ngendeng kat en hubby tolong belikan.. sib baik murah jerk.. tq my dear.. pssssttt.. mana nak cari casing S3 Hello Kitty yang comel meletup2 eh??

lanni aku dah terjebak ngan dunia tudung aJ.. nampak Hello Kitty.. terus sanggup beli walaupun harga tak masuk akal.. heheheh.. takdelah sampai ratus2.. huhu.. bila Fareeda nak buat koleksi design Hello Kitty laks yer.. huhuhu.. pelanggan separa tetap dah lari ke aJ ni..

Dan yg terkini.. 

Blog aku pun dah bertemakan Hello Kitty... suke3..

Kalau rasa semak tengok jgn tengok eh.. huhuhu... yg penting tuan tanah suka.. full stop!


Jalan2 @ Genting Strawberry Leisure Farm

Assalamualaikum..

Hujung minggu pada awal tahun baru..

Plan asal nak bawak mak abah aku ke Genting.. merangkap bawak anak2 jalan sekali.. cuti sekolah ni kami tak ke mana2 wei.. risau dengan keadaan cuaca.. tapi bukannya Genting Highlands nun!! sah2 mak aku tak mau... kat bawah2 jerk.. nak bagi mak aku rasa environment area sinun.. mak aku ni jenis yg susah sangat nak kuar jenjalan.. susah ok!

Tup2.. hari berkenaan aku tak sihat... sakit tekak.. huuhu.. pastu abah aku call.. saja tanya aku balik ke tidak.... uwaaaaaaaaaaa... tak sampai hati ok tak balik.. mungkin abah ingat plan kami tu... cuma abah aku tak bgtau jerk.. bagi hint balik ke tidak jerk... huhuhuhu...

Memandangkan cuaca tak menentu.. aku plan.. kalau hujan esok harinya.. batal saja agenda.. tapi kalau cerah.. insyaAllah kami pergi..

Alhamdulillah.. pagi tu cuaca ok.. so, ajak mak aku pergi jalan2.. mula2 dia menolak.. takut tanah runtuh katanya.. hmmm.. then bila aku cakap.. dekat jerk pun.. tak sampai sejam.. mak aku tanya balik.. nak gi mana katanya.. aku bgtau Genting.. hmm.. mak aku ingat gi Cameron.. amboi.. jauh nau.. mmg tak sempat kalau dah kul 12 baru nak gerak.. kenapa tak sempat?.. mmg tak sempat sebab perjalanan jerk dah nak 4 jam.. nak balik hari?? memang tak lah.. mak aku kalau nak bawak dia gi jenjalan.. dia tak mau tido2 ni.. dia nak balik rumah jugaks..

So, kami gerak dari rumah kul 1 lebih kot kalau tak silap.. hehehhe.. bukannya jauh.. lagipun tempat tu kecik jerk.. tempat yg dituju adalah Genting Strawberry Leisure Farm.. ni kali ke-2 kami datang sini.. last sekali baca sini..

Dah nak sampai Genting.. hujan.. huhuhu.. sib baik baru lepas hujan lebat.. tapi yg bestnya kat sini.. tak perlu risau.. mmg selamat dari hujan.. hehehhe..

Oh ya.. pembaharuan di sini.. dulu masa masuk.. FOC.. tapi lanni dah dikenakan bayaran masuk.. dewasa RM8, warga emas dan kanak2 RM5..

Alang2 dah sampai sini.. memang tak sah anak2 nak petik Strawberry kan.. suker le tew! Fateh yg paling excited!

Jom layan gambar..

seronok nengok abah aku petik strawberry.. mak aku tak mau..

my hensem wt my mucuk.. 
omey aku ni duk diam2 ngan papa yer.. dapat free strawberry dari uncle yg jaga ya.. amboi.. dap ke? sib baik dah boleh mamam strawberry yer..

my little hero.. dah cam dak jopun aku nengok.. lai.. lai.. sapa mau stlawbelly..

ada lukisan 3D di beberapa tmpt..

jom Fateh bawak gi jalan2 sini nak? konfirm terkangkang2 korang menahan brek!! (konon ada break kat kaki korang)

us

like father like son

kenangan mak abah.. my hero still ngan aneka gaya.. konon Ultraman

bunga is a MUST... roses here.. roses there.. hmmm.. suke3..

Overall..  mak abah aku seronok.. dapat rasa kenikmatan kesejukan atas bukit yg tak bukit sangat.. dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah.. subhanallah!! dapat melihat Genting Highlands dari bawah.. ajak naik tak mau!

Masa nak balik singgah sebentar di Happy Bee Farm..  menikmati hot strawberry milk tea dan pancake strawberry ice-cream di kafe tkt atas.. nyum2 sambil hirup pemandangan segar dan melihat Genting Highlands diselaputi kabus..

Tak sempat nak singgah ke satu tempat tu.. insyaAllah next time nak terjah..


Arissa 8 bulan ~ Menu Makanan Bayi ~ Mashed Potato and Gravy

Assalamualaikum..

Seperti yang dijanjikan.. aku share lagi resepi2 menu makanan utk Arissa.. kali ni aku buat mashed potato dan gravy kurma + stok ayam.. simple sangat.. seronok tgk dak kecik tu makan..

Bahan2:



russet potato dan unsalted butter.. aku guna jenama Anchor

puri kurma dan stok ayam

Cara2:

1. Rebus kentang sehingga empuk. Buang kulit dan kemudian lenyek hingga hancur bersama dengan unsalted butter..
2. Untuk gravy.. panaskan stok ayam dan puri kurma. Siap!

simple but sedappppp..

Nota : Next time gravy tu aku nak buat guna bronkoli laks.. nak tengok cemana penerimaan Arissa..

Update (7 Jan) :

Aku dah try buat gravy guna bronkoli.. so far.. arissa lalu jerk makan cuma lama2 dia macam muak.. mungkin tak sesedap gravy kat atas kot.. kena tambah byk sket puri kurma utk rasa kemanisan di situ..



Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (50) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (73) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (111) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (2) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty