Arissa 9 Bulan ~ HFMD

Assalamualaikum..

Phewwww... seminggu aku bercuti sejak cuti hari wilayah baru2 ni.. baru berkesempatan nak update blog hari ni.. 2 hari lepas ada masalah teknikal sket..

Dahlah nak dapatkan mood mengarang ni bukannya senang..

Memandangkan cuti hari wilayah berturutan dengan cuti thaipusam.. kami ambil kesempatan cuti2 malaysia lah kononnya.. haaa... ko ambek!! cuti terus seminggu.. sib baik 3 hari jerk aku ambik cuti rehat jaga Arissa..

Ikuti kisah Arissa dijangkiti HFMD..

Jumaat 30 Jan..

Aku macam biasa ambil Arissa yg sedang lena dalam buaian rumah pengasuh.. huhuhu.. tapi aku rasa lain sebab badan Arissa hangat sket.. balik rumah check suhu Arissa.. dah nak sampai 38 darjah celcius.. lepas bagi makan aku bagi Arissa ubat demam..

Esoknya.. Arissa cam tak selesa jerk.. merengek jerk.. walaupun dah bagi ubat demam.. kami bersiap utk pulang ke kampung en hubby.. tapi sebelum balik kami singgah kat klinik panel utk standby antibiotik andai kata demam dia melarat sebab Arissa macam ada masalah tekak.. kurang minum susu.. nasib baik sempat jumpa dr.. aku suh dr check tekak Arissa.. dr kata ada ulser.. ulser??

Mungkin panas dalam.. itu pemikiran aku.. kalau demam tak kebah2 lepas 3 hari aku akan on antibiotik spt saranan dr..

Cuma aku curios.. ada satu bintik di bawah mulut Arissa.. huhuhu..

Sebelum meneruskan perjalanan pulang ke kampung.. singgah lunch dulu kat restoran Upin Ipin di sebelah pejabat Les' Copaque..

nampak tak seketul bintik bawah mulut yg tidak ketara jelasnya

Lepas makan.. bawak dulu anak2 gi store Upin Ipin.. aduiii.. macam2 anak2 aku ni.. layan jerlah..



Sampai di kampung.. masa nak mandikan Arissa.. aku tengok.. dah keluar ruam kat kaki.. kat mulut pun dah bertambah.. aduiii.. aku dah naik risau.. risau kalau penyakit HFMD jangkiti Arissa..

ruam di kaki tak berapa ketara banyaknya.. di tapak kaki pun ada sket jerk.. mungkin bukan HFMD.. mungkin campak biasa.. ntahlah...

Esoknya.. kami ke Bukit Merah Laketown Resort.. terpaksa jugak pergi sebab dah bayar kan... sayang lah pulaks nak cancel.. cerita ceriti Bukit Merah akan aku update kemudian.. sepanjang di Bukit Merah air liur Arissa asyik meleleh jerk..

Sehari kemudian.. ruam semakin ketara di tapak kaki, tapak tangan, siku dan lutut.. demam tak kebah2 juga.. Arissa masih merengek.. Arissa pun kena cirit birit.. kami bergegas balik ke Ipoh.. singgah umah MIL.. kemas2 barang.. terus balik ke Putrajaya.. singgah ke klinik sebab nak pastikan penyakit Arissa.. adakah campak atau hfmd.. tapi hati aku kuat mengatakan HFMD berdasarkan simptom2 yg ada.. 

Dr sahkan Arissa dijangkiti HFMD.. dari mana dia dijangkiti tak pula diketahui.. tapi mengikut pemerhatian aku dan gambar2 kat google.. kes Arissa ni takdelah teruk sangat..

Simptom2 HFMD yg Arissa alami:-

1. Demam
2. Ulser di mulut dan tekak
3. Ruam di tapak kaki, lutut dan sekitar kaki.. ada sedikit lepuhan kecil yg tak ketara
4. Ruam di tapak tangan, penggelangan tangan dan siku.. ada sedikit lepuhan kecil yg tak ketara
5. Air liur meleleh (ekoran dari sakit ulser)
6. Cirit birit (bukan simptom tapi Arissa kena.. bau tak hengat!)

Maklumat lanjut boleh rujuk di MyHealth


Balik klinik singgah farmasi beli ubat spray mulut.. nasib baik kebetulan ada ahli farmasi yang bertugas.. sangat2 membantu..

mahal siot ubat ni.. aku spray sekali jerk dalam mulut Arissa.. nanges2 dia.. esoknya aku tengok Arissa dah boleh nak makan minum.. pic credit to google

Hari Rabu 4 Feb.. nampak Arissa dah kembali ceria.. makan minum semua ok.. cuma ruam kat kaki dan tangan masih ada kesan.. nak tak nak aku kena cuti jugak jaga dia.. tak boleh hantar ke rumah pengasuh takut berjangkit dengan budak2 lain..

Selama aku menjaga Arissa di rumah.. aku sentiasa pastikan rumah sentiasa bersih.. aku basuh baju Arissa campur sekali ngan dettol, rendam mainan Arissa juga dengan dettol dan mop lantai juga dengan dettol utk membunuh kuman2 yang kita tak nampak.. risau jugak takut berjangkit dengan abang dan kakak dia.. tak sanggup wei ambik cuti lama2..

So, Isnin baru2 ni.. aku hantar Arissa ke rumah pengasuh selepas aku yakin akan kesihatan dia.. alhamdulillah.. 

Yang menjadi kebimbangan aku.. walaupun dah ada 3 orang anak.. ni first time aku menghadapi pesakit HFMD.. dan sangat2 risau di hari2 kemudian kerana penyakit ni bukannya datang sekali seumur hidup.. huhuhu..

sepanjang tempoh dijangkiti HFMD



0 omelan:

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (267) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (48) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (191) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (111) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (10) Juadah (110) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (14) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (21) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (1) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty