Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Cuti2 Malaysia ~ Bukit Merah Laketown Resort : Day 1 ~ Pulau Orang Utan

Assalamualaikum..

Sebelum aku meneruskan n3..

Semalam dan hari ni.. satu Malaysia termasuk negara2 jiran bersedih atas kehilangan tokoh ulama' terkemuka negara.. Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.. kehilangan beliau amat dirasai semua rakyat khususnya negeri Kelantan... sukar untuk mencari pengganti seperti beliau.. mungkin 10 thn akan datang.. mungkin juga 20 thn.. 30 thn.. wallahualam..

Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga dan sahabat handai allahyarham.. semoga arwah ditempatkan bersama para mujahid yang sangat mulia di sisiNya atas jasa dan pengorbanan beliau dalam menegakkan syiar Islam.. Allahuakbar!!

Al-Fatihah..

Aminnn... aminnn... ya rabbal alaminnn...

*************************************************************************

Berbalik kepada topik asal..

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini.. masa Arissa kena HFMD.. kami ke Bukit Merah.. cuti2 Malaysia lah kononnya.. tapi cuti tu aku tak rasa happy sangat coz keadaan Arissa buat aku bimbang.. kesian sangat ngan keadaan Arissa yang merengek jerk..

Hari pertama kami sampai.. sebelum checkin kami jalan2 dulu tengok kawasan sekitar..



map.. macam2 aktiviti yang boleh disertai.. 

 
 view pemandangan tasik.. silaulah pulaks..

 
Harga tiket

Dah kul 3 kami ke kaunter checkin.. ramai siot tgh beratur.. oh ya.. kami menginap di Laketown Hotel.. senang sket sebab ianya dekat..


ruang menunggu yg selesa disediakan.. 

lega dapat rumah bawah.. tak yah naik tangga bagai.. dan sangat dekat dengan kawasan rekreasi..

deluxe room.. sangat selesa..

Lepas checkin.. kami ke Pulau Orang Utan dulu.. sebab kalau nak ke waterpark memang tak sempat sebab tutup kul 5.. oh ya.. waterpark beroperasi pukul 12 tgh - 5 ptg.. so, mmg tak sempat..

Memandangkan first time kami di sini dan tak tahu jadual bagai.. so, kami terpaksa singkatkan aktiviti.. mungkin akan datang lagi utk cuba aktiviti yg lain..

Di sini kami cuma pergi ke pulau Orang Utan, beriadah dgn basikal dan melawat kawasan..

InsyaAllah next trip.. kami akan ke Eco Park dan Water Park.. tapi percutian perlukan 3H 2M.. baru boleh join semua aktiviti.. kalau setakat 2H 1M.. memang terkejar2 sbb jadual aktiviti di sana yg singkat..


harga tiket

waktu operasi

apalah yg nak ditengok tu ya.. ada jerk ragam si Fateh ni..

us

Fateh yg sangat happy.. bising kenapa tak naik2 lagi bot.. huhuhu..

Arissa yg resah gelisah.. meleleh2 air liur.. sian dia.. 

 kelihatan Kampung Air dari kejauhan..


dalam 10 minit kot sampai..

Kedatangan kita akan disambut oleh pegawai yang bertugas.. mereka akan memberi penerangan tentang penjagaan dan kehidupan orang utan..

Utk pengetahuan uols.. orang utan pun ada surat beranak ok! cuma tak de bin dan binti.. ehem2..


sib baik patung jerk.. cer kalau betul2.. memang tak lah si Fateh nak bergambar..

macam2 nama gelaran diorang ni.. 

Untuk pengetahuan uols.. orang utan ni 90% DNA hampir sama dengan kita.. yang membezakan cuma akal fikiran..

Orang utan juga akan mengalami penyakit macam manusia.. orang utan betina juga mengandung selama 9 bulan dan melalui proses kelahiran yang sama macam manusia..

Macam2 nama yang diberi spt Adam, April etc.. lupa sudah..

di sini juga ada hospital mini dan taska..

 Lepas penat menerokai pulau orang utan.. anda boleh menonton video dalam bilik yang disediakan sementara menanti bot utk pulang.. kalau nak makan minum pun ada disediakan kedai serbaneka.. nak menderma pun boleh bagi membantu menyara kehidupan dan habitat orang utan..

semoga berjumpa lagi!

Oklah.. itu sahaja aktiviti kami di Pulau Orang Utan..

Tiada aktiviti di malam hari.. coz why??

Balik dari pulau orang utan.. Amiera dan Fateh gi mandi kat kolam hotel.. lepas mandi.. masing2 letih dan mengantuk.. kejut2 ajak kuar gi makan pun tak mau.. huhuhuh..

bilik ni sangat sesuai utk family kecik aku ni.. sangat selesa.. tak yah bising2 nak berebut tempat tidur..

cian Arissa.. demam mucuk ma ni.. tidur pun terganggu..

Nantikan n3 seterusnya mengenai aktiviti keesokan hari di Bukit Merah Laketown Resort..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah