Hanis Fara Arissa ~ 10 bulan

Assalamualaikum..

Lagi seminggu Arissa nak masuk usia 11 bulan... baru sekarang aku nak update kisah 10 bulan.. huhuhuhu..


Boleh dikatakan hampir setiap bulan Arissa akan demam.. sedihnya.. masa 9 bulan aritu kena HFMD.. ni 10 bulan.. demam semula.. punca selesema dan infection pada tonsil menyebabkan bakteria menyerang dalam darah..

Hari Sabtu minggu lepas.. aku rasa badan Arissa panas.. tapi tak tinggi.. hari ke-2 pun sama.. tapi pada hari ke-3.. demam dia naik semakin tinggi.. Isnin aku ambik cuti jaga dia.. pi klinik.. dr bagitau tonsil dia bengkak dan ada putih2.. tang putih2 tu lah aku tak suka nak mendengarnya.. memang lambat nak sembuh melainkan antibiotik..


So, dr bekalkan antibiotik Augmentin.. memang aku tau sangat antibiotik ni since masa Fateh lagi.. ni lah antibiotik yg sesuai kalau anak2 aku ada masalah pada tonsil.. aku jugak ngadu pasal hidung Arissa tersumbat.. so, dr buat rawatan macam yg pernah kuar kat Youtube.. yang orang Cina ke Jepun.. wallahualam aku dah lupa.. yang dia guna air garam pancutkan air tu kedalam hidung anak dia guna picagari.. tapi Dr tak guna picagari.. memang ada yang khas.. menjerit2 Arissa.. huhuhu.. keluar2 hingus dia.. yarkkk...


Malamnya aku on antibiotik.. genap hari ke-2 pengambilan antibiotik.. demam Arissa tak kebah2 juga.. makin tinggi adalah.. suhu cecah 40 darjah.. Allah.. risau sangat.. hari Rabu pi klinik gomen laks.. nak cek darah.. ni satu hal.. 2 jam ok nunggu nak dapatkan rawatan.. sampai dr pun dah bising2 sebab lama sangat menunggu... bila no naik jerk dia suh pi ambik darah dulu.. bla2.. dr check demam suhu dah tinggi sangat.. nak kena pi bilik lain utk masukkan ubat punggung... aduiii.. kalau aku tau lah selambat ni nak terima rawatan.. aku standby ubat punggung siap2... grrr.. hasil ujian darah.. bakteria dalam darah masih tinggi.. hari ke-4 baru nampak keberkesanan antibiotik... cuma hidung Arissa masih tersumbat..

sebelum dan selepas penggunaan spray

Hari ke-3 pengambilan antibiotik.. muncul pulaks kulat dalam mulut.. aduiii.. pas satu.. satu yang datang..

Kecik2 dah telan antibiotik.. nak buat lagu mana.. dari melarat.. aku tak sanggup tanggung risiko..

Sehingga ke hari ini.. hidung Arissa dah kurang sumbatnya.. cuma tang mulut tu belum pulih sepenuhnya..

Berat Arissa di usia 10 bulan ni baru 7.5 kg.. sedih ok.. tu belum demam kali ni... aduiii.. makin turunlah...

Gigi Arissa pun belum tumbuh.. camno ni?? sian laks nengok dia kalau nak makan benda2 yang pejal sket.. guna gusi jerlah.. tu pun bukannya bleh hancur sangat..

Arissa dah pandai sebut 'papa'.. 'mama'.. yippie.. tapi lebih banyak 'papa'.. senang nak sebut kot.. cuma dia akan sebut 'mmmaaaa..mmmaaa..' bila nanges nak kat aku jerlah... huhuhuhu.. so suweeetttt.. geget kang!


2 omelan:

syalinda johari said...

kak ina, Zara kami ni baru lega demam.. 6 hari demam..huhuhu.. last2 rupanya tonsil.tonsil + selsema...merasa la antibiotik zithromax..huhuhu.. susah hati kalau anak2 demam..
ritu 2 mggu lepas nampak fateh dan husband kak iena kat aeon big alamanda..dok usha2 kot ada kak iena..tapi xnampak pulak..

Faina Arisya said...

syalinda.. kalau bab tonsil ni memang lambat kan nak sembuh.. tension rasanya.. nak hantar ke pengasuh tu memang taklah sebab demam tinggi.. kena monitor 24 jam..

oh yeke.. kalau beli barang2 ni biasanya en abe yg pergi.. kina malas nak ikut.. letih nak bawak si kecik tu..

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (267) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (48) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (191) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (109) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (9) Juadah (110) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (14) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (21) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (1) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty