Posts

Showing posts from April, 2015

Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

1st Birthday Celebration ~ Hanis Fara Arissa ~ Hello Kitty Theme

Image
Assalamualaikum.. Weekend baru2 ni sambut birthday Arissa.. kecil2an sajork.. majlis berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kelewatan.. tak dapat nak jemput semua kawan2 pejabat mahupun kawan2 yg lain.. jutaan terima kasih pada yang sudi hadir.. walaupun hati ni ada rasa sedikit terkilan.. huhuhu.. hanya Tuhan sahaja yang tahu.. pasni kena beringat2 nak jemput orang.. kena buat ala2 jemputan majlis VVIP.. and one more.. pasni jgn cakap2 belakang or tanya bila nak buat makan2.. memang nak kena maki ler ngan aku.. Apa pun hasrat dan niat aku untuk meraikan ulang tahun pertama kelahiran puteri bongsu tercapai juga..   meja deco yang tak habis deco.. sibuk kat dapur.. nampak kosong jerk kat depan kek tu kan...   kek tema Hello Kitty.. ikut tema warna pink, hijau dan putih.. 2 jam kemudian baru snap pics.. dah cair.. uwaaaaaaa...design tak fully memenuhi spesifikasi yang aku impikan..   cake, cupcake,  apam polkadot, marshmallow+fruits dan mini choc fountain dan prop

1st Birthday Celebration ~ Hanis Fara Arissa ~ Preparation

Image
Assalamualaikum.. Sebelum nak cerita pasal majlis.. meh aku nak kongsi sket persediaan yang aku buat sejak Januari lagi.. ada yang aku beli dan ada yang DIY Pertama sekali.. tema.. sudah semestinya Hello Kitty.. so, bila dah ada tema tu.. google jerklah.. banyak contoh2 tema Hello Kitty.. aku nak buat gah sangat2 tu taklah.. yg penting ado.. tepuk dada tanya poket kannn.. So, idea simple aku... ada meja deko dan meja utama.. Untuk meja deko, aku dok bayangkan apa yang aku nak atas meja tu.. siap lukis draf lagi ko.. huhuhuu... yerlah.. nak kena prepare peralatan bagai kan.. sanggup pi ikea beli balang kuih dan pasu  tau!.. pastu nak kena fikirkan jugak banner, flag dan belon kat meja deco.. Senarai keperluan utk meja deco :- 1. Meja - guna coffe table sedia ada kat rumah 2. Alas meja - beli kat kedai kain.. memang khas utk buat majlis2 ni.. aku beli 2 meter dalam rm7.. 3. Balang kaca dan pasu - beli kat ikea.. murah2 sajork.. 4. Piring putih - beli kat kedai DIY.. mahal

Cuti2 Malaysia : Rumah Peranginan Kerajaan Persekutuan Port Dickson

Image
Assalamualaikum.. Hari ni rajin sket nak update blog.. sebab server tengah down.. so, keje2 coding hold dulu.. update cerita yang dah basi ni.. Last 2 weeks.. bawak anak2 ngan abah aku pi mandi manda kat PD.. ajak mak aku.. cam biasa.. di tolak mentah2.. huhuhu... Ni kali ke-2 kami ke PD.. tapi lain destinasi.. sebab dekat kan.. huhuhu..  Percutian kali ni di Rumah Peranginan Kerajaan Persekutuan.. kena booking awal2 kalau nak buat tempahan.. Layan gambar lah yerk..   lepas check in kami pi makan tempat biasa.. lepas en hubby makan angkut lah anak2 pi jln2 tepi pantai.. so, bolehlah aku makan dengan tenang... hmmm.. sambil layan angin pantai... nyum3..   apartment 1 bilik.. luas dan selesa.. dapur pun ada tapi tak boleh masak ya.. denda rm500..   pemandangan mengadap laut.. sangat damai..   kul 6 lebih bawak diorang turun mandi.. nak sangat si Fateh ngan Amiera mandi.. Arissa main kat taman jerlah yerk sayang.. esok baru bleh mandi ya..   Esoknya pua

Happy 1st Birthday Arissa!!!

Image
Assalamualaikum.. Pergh... lama giler tak update blog.. malas siot... Oklah.. tak nak citer merapu.. hari ni genap setahun usia Arissa.. cepat jerk masa berlalu.. dahlah kelmarin dia demam... hari ni masih ada rasa kehangatan badan dia.. tapi aku hantar jugak ke rumah pengasuh.. bekalkan juga ubat demam.. harap2 ok.. sebab semalam aku dengan dia seharian.. so far demam dia tak tinggi.. biasanya kalau demam dia tinggi.. something wrong with her throat.. mungkin nak beralih bulan kot.. Anyway.. to my dear mucuk.. mama doakan yang terbaik utk anak mama.. semoga menjadi anak yg solehah.. dipanjangkan umur.. dimurahkan rezeki.. menjadi penyejuk hati mama, papa, kakak Amiera dan abg Fateh.. menjadi kebanggaan kami sekeluarga.. membesar dengan sihat.. bijak dan cemerlang dunia akhirat.. amiinnn...   Mama sayang Arissa sangat-sangat..    N3 ni include sekali utk n3 di usia 11 bulan.. perubahan pada usia 11 bulan dan dah masuk setahun ni.. Arissa dah boleh setapak dua berjal

Fateh diserang kayap..

Image
Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. malas... Hari ni baru nak update tu pun sebab ada isu.. huhuhu.. Petang semalam ambik Fateh dari tadika.. Cikgu inform Fateh kena selepas bangun dari tidur.. ingatkan gegata ke kan.. sekali tengok.. macam kudis pun ya.. hmmm.. mlm tu aku just sapu krim jerk..     kayap bermula dari bahagian ketiak hingga ke lengan.. akan merebak ikut saraf.. Hari ni baru bawak Fateh gi klinik.. dr inform Fateh kena virus daripada chicken pox.. virus tu aktif semula disebabkan immune system badan lemah.. tapi kebiasaannya jarang menyerang kanak2.. penyakit ini dikenali sebagai kayap atau shingles.. Info umum tentang kayap boleh di baca di laman web http://www.myhealth.gov.my Jumpa info yang boleh dikaitkan dengan Fateh dalam laman web http://www.thetole.org Virus Kayap (Hesper Zoster) Apakah Virus Kayap (Shingles)? Kayap (Shingles) adalah sejenis ruam tetapi penghidap akan mera