Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Fateh diserang kayap..

Assalamualaikum..

Lamanya tak update blog.. malas...

Hari ni baru nak update tu pun sebab ada isu.. huhuhu..

Petang semalam ambik Fateh dari tadika..

Cikgu inform Fateh kena selepas bangun dari tidur.. ingatkan gegata ke kan.. sekali tengok.. macam kudis pun ya.. hmmm.. mlm tu aku just sapu krim jerk..

  
kayap bermula dari bahagian ketiak hingga ke lengan.. akan merebak ikut saraf..

Hari ni baru bawak Fateh gi klinik.. dr inform Fateh kena virus daripada chicken pox.. virus tu aktif semula disebabkan immune system badan lemah.. tapi kebiasaannya jarang menyerang kanak2.. penyakit ini dikenali sebagai kayap atau shingles..

Info umum tentang kayap boleh di baca di laman web http://www.myhealth.gov.my

Jumpa info yang boleh dikaitkan dengan Fateh dalam laman web http://www.thetole.org


Virus Kayap (Hesper Zoster)
Apakah Virus Kayap (Shingles)? Kayap (Shingles) adalah sejenis ruam tetapi penghidap akan merasa sakit disebabkan virus Varicella Zoster (Herpes Varicellae), di mana virus itu menyebabkan cacar air.

Virus Kayap disebabkan oleh orang yang mempunyai cacar air dan di aktifkan kembali oleh virus dormant.Virus Kayap selalu berlaku selepas yang pada mulanya daripada jangkitan cacar air mungkin bertahun. Virus Kayap adalah berbahaya dan mungkin boleh menyebabkan cacar air. Walaubagaimanapun, berhubung secara terus dengan orang yang mempunyai virus kayap atau cacar air tidak boleh menyebabkan virus kayap.
Punca Virus kayap
Selepas cacar air itu terkena, ia akan bergerak daripada kulit melalui laluan saraf ke akar saraf di mana ia akan menjadi aktif. Virus cacar air kemudian akan "hibernasi". Selepas itu virus itu akan di aktifkan, ia akan bergerak daripada laluan saraf ke kulit. Ia dikenali sebagai faktor picu kepada pengaktifan virus tersebut.Virus Kayap umumnya mempengaruhi orang dewasa tetapi kadang-kadang boleh menyebabkan kanak-kanak yang mempunyai cacar air pada masa tahun pertama di dalam hidup mereka dan orang yang mempunyai ketahanan imun yang rendah.
Virus Kayap boleh menjadi punca kelemahan imun di sebabkan oleh HIV atau kemotherapi dan tekanan, sebagai contoh sakit yang terlalu lama tetapi orang yang mendapat virus kayap mempunyai sistem imun yang normal.
Apakah Simptom bagi Virus Kayap?
Antara gejala-gejala yang dihadapi ialah gatal pada kulit, gelembung-gelembung merah pada bahagian kulit, bernanah atau berair pada permukaan kulit dengan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan dan apabila sembuh kurap ini akan meninggalkan parut pada permukaan kulit. Lepuh ini biasanya sangat sakit.
Mudah menjangkiti orang lain apabila lepuh pecah. Lepuh akan kering dan berkeruping. Badan akan terasa sakit dan sengal-sengal kadangkala boleh mengakibatkan demam.
____________________________________________________________________

Berdasarkan pembacaan dari google..  boleh aku rumuskan.. Fateh di serang kayap disebabkan Fateh pernah diserang virus chicken pox semasa umur 3 bulan.. baca n3 di sini..

So, dari segi daya ketahanan badan.. ntahlah.. tengok Fateh pun dah tau.. keding.. kurus.. macam tak cukup zat.. makan sayur memang susah.. tapi buah memang dia suka.. apa pun memang dah ditakdirkan Fateh kena kayap.. huhuhuhu...

Terpaksalah cuti sekolah buat seminggu ni.. dan terpaksalah berpantang bagai.. huhuhu..

Hope Fateh cepat sembuh dan tidak berjangkit dengan Arissa.. risau ok!! sebab virus kayap boleh menyebabkan virus chicken pox kepada yang tidak pernah mengalami chicken pox.. dahlah lagi 3 minggu Arissa baru nak dapatkan vaksin chicken pox.. oh tidak!! Nauzubillah..

Rawatan buat masa ni.. dr klinik kerajaan suggest beli 'acyclovir cream' kat farmasi.. untuk rawatan tradisional ni agak susah sket nak dapatkan daun2 bagai..

krim yg member tolong belikan di farmasi.. tq Banu! 

En hubby ckp.. ahli farmasi bagitau ada ubat cecair minum yang boleh diambil utk mempercepatkan penyembuhan.. hmmm.. nak kena pi cari ni.. tak sanggup tengok Fateh sengsara lama2..

Uols ada petua2 yang pernah dicuba kepada diri sendiri, sanak sedara ke.. inform me pls.. tq!

Doa2kan semoga Fateh cepat sembuh ya..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah