Demam AidiJuma

Assalamualaikum..

Dewasa ni.. memang dikalangan anak2 muda remaja.. eh.. bukan anak muda jerk.. mak2 pun sama.. nenek pun ado!! budak kocik pun ado!! aduhaiiii.. terjebak dengan tudung bawal aidijuma (aj).. domam sungguh laaa!

Aku terjebak ngan kawan2 opis lah ni since penghujung tahun lepas.. huhuhuhu.. setiap keluaran aj sangat unik dan kreatif..

Biasanya aku banyak beli online jerk... senang.. cuma kena cepat lah dan sentiasa jengah website tu.. dan pulus kena sentiasa ada dalam bank.. kadang2 tengah aku landing baik punya kat sofa.. buka website aj.. byk design tgh online.. memang kalut nak checkout takut habis.. ngeh3..

Ada jugak pi CS (concept store) kat Meru Ipoh.. itupun bila balik kg jerlah.. nak pi area Lembah Kelang ni memang taklah.. kadang2 design apa yg kita nak tu takde.. tapi kalau kat online get ready jerk.. ada rezeki kita InsyaAllah dapatlah..

Setakat ni ada 30++ helai tudung aj.. pantang nampak design yang unik mesti aku nak beli.. sib baik murah ko! kalau cik Pareeda tu.. aduiii.. boleh bankrap aku..

Dalam banyak2 design tu.. design Paris memang hot! ciss.. susah sungguh nak dapat.. manjang Sold Out..

AJ ni ada label tertentu.. dulu kalau tak silap aku cuma ada white label, black label, green label dan red label.. tapi tahun ni dah tambah blue label dan pink label..

Aku tak kekok nak pakai tudung bawal ni coz memang dari dulu memang pakai tudung bawal jerk sebelum terjebak ngan Ariani dan Fareeda..

Cuma sekarang ni tudung bawal dieksklusifkan dengan teknik pemakaian yang lebih kreatif.. aku jerk yang tak terfollow..

Kalau setakat pakai simple2 tu bolehlah kalau nak pi keje.. kalau nak lilit2 bagai macam shawl tu memang taklah.. berjam2 tak siap.. ada jerk yang tak kena karang.. huhuhuhu...

Kalau dah kes MALAS nak iron.. aku rembat jerk Fareeda yang dah tersemat cantik tergantung.. huhuhuhuu... sarung jerk.. hehehhe.. jimat maso den!

Masalahnya kalau nak bertudung aidijuma ni.. sebab banyak design bercorak kan.. kena cari baju yang plain.. kalau beli blue atau black label blehlah kot nak pakai baju bercorak.. tapi kadang2 aku hantam kromo jerk pakai semua bercorak.. huhuhuhu..

Ni diantara koleksi yang ada dalam simpanan aku.. macam2 label ada.. ada yang dah pakai dan ada yang belum.. ada yang masih otw dan ada yang masih dalam proses pembungkusan kot..huhuhu.. ada jugak yang tiada dalam gambar.. tak jumpa pulak gambar datin Juma memperagakan tudung yang pernah aku beli tu.. alhamdulillah.. setakat ni aku tak pernah pulaks beli dengan harga yang tak masuk dek akal..


cantik2 kan??  pic credit to aidijuma.com


Sambutan Hari Guru & Hari Ibu CIC

Assalamualaikum..

Selasa baru2 ni en hubby inform hari Jumaat ni Fateh kena pakai kemeja rasmi CIC.. katanya ada sambutan hari guru dan sambutan hari ibu..

Memandangkan tahun ni tahun akhir Fateh di CIC.. so, bagilah hadiah sket utk cikgu..

Hadiah aku dah beli awal2 kat kawan opis.. kebetulan member tu jual tapaware jenama KitKat.. elok sangat2lah.. murah pun murah.. takyahlah aku nak membazir beli jenama Tupperware... ngeeeee... besar pun besar.. bertingkek2 ko!.. cuma takdelah coklat di dalamnya.. namapun tapaware kannnn.. sampai 10 ketul aku beli.. 1 simpan utk sendiri, 1 bagi pengasuh arissa, 4 bagi cikgu Fateh dan 4 utk cikgu Amiera..

cantek kan?? bleh pilih2 warna lagi.. kalau kat pasaraya nan ado jual camni.. yg ado pun dalamnya ada coklat KitKat.. harga cecah rm20++..

Tapi.. bila memikirkan jenama KitKat ni.. kang tak pasal2 cikgu2 tu ingat dalam dia ada coklat KitKat.. so, utk menggantikan coklat KitKat.. aku buatlah coklat sendiri.. dan semestinya coklat corak Hello Kitty.. dah choc mould tu yo yg ado.. huhuu.. pastu tambahlah sket oleh2..

cukuplah tu kot.. tu tkt atas.. tkt bawah aku kosongkan jerk.. kot2 cikgu nak tapau makanan2 lebih lepas majlis.. huhuhu..

scallop tag buat semalam..

set tapaware KitKat yang dah siap utk deliver.. ceh3..

Dan malam semalam gigih aku buat kek minyak utk makan2 kat sekolah.. 

sangat puas hati walaupun tak berapa nak kemas..

T A P I...

Lepas masak.. hasilnya agak mengecewakan aku sebab aku tak perasan periuk kukus tu senget.. uwaaaaaaa.. so, jadiklah camni..

corak dia senget sebelah ko... 

 Hope cikgu2 Fateh sukalah ya.. maaf andai ada kekurangan dari pihak kami..

kiriman gambar cikgu Fateh..

Sebut pasal hari ibu.. aku tak berapa nak sambut2 ni.. hari ibu ke hari tak ibu ke.. takde masa rehat dalam kamus hidup aku.. hari2 bekerja.. hari2 sibuk.. macam2 nak diuruskan.. terdengar dalam TV.. hari ibu adalah hari utk ibu2 berehat.. ye ke??

Cuma awal bulan haritu.. aku jumpa satu kad dalam handbag.. tgk tulisan dah tau sapa punya kerja..


tengok ni pun aku dah tahu maksudnya.. :)


Ice-cream Paddle-Pop Homemade

Assalamualaikum..

Sehari sebelum kami pi cuti2 Malaysia kat RPP Port Dickson.. aku buat ais-krim ni.. saja bosan2 kat rumah.. kebetulan tengok resepi yang orang share kat fb.. so try jerlah kan.. bukannya susah pun..

Hasilnya...

tak sempat nak deko bagai.. aksesori takde dalam simpanan.. 
suka2 hati aku jerk campur warna hijau.. ngeh3..
rasa not bad.. cuma tekstur tu kalau ikut resepinya masih kasar lagi.. next time kena blend lagi gamaknya selepas 2 ke 3 jam dibekukan.. baru tekstur ais jadi halus..

Balik dari PD.. habis licin sebekas.. budak2 ni kalau ais-krim.. hmmm.. laju jerk..

So, uols blehlah cuba utk anak2.. nak2 pulaks kaler warna warni tu kannn.. budak2 memang tertarik..

Resepi?? alaaa... malas aku nak taip sebab bukan resepi aku sendiri.. uols cari jerlah kat google.. sama jerk..

P/s : Teringat masa tengah fanatik ngan Fareeda.. tak habis2 ngan design warna Paddle-Pop.. huhuhuhu...


Sukan CIC Fateh

Assalamualaikum..

Sabtu lepas Fateh ada sukan..

Kami sampai agak lewat sebab jem.. sib baik perarakan belum bermula..

Jom layan gambar..

bertemakan ruang angkasa

perarakan..

sambil menunggu giliran untuk game

 ready to Bomb The Alien!! huhuhuh.. dapat tumbangkan 3 ekor Alien..

result keseluruhan

Green Earth Juara Keseluruhan!! Yeay!! First time ok sejak Fateh join CIC.. dan last untuk tahun ni.
Bergambar dengan medal dan piala kemenangan..

Fateh dengan teachers..

Cadangan aku.. next time.. apa kata pihak CIC buat acara sukan di Putrajaya laks.. takdelah jem dan susah nak parking.. huhuhu..


Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (269) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (75) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (193) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (115) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (2) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty