Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Demam AidiJuma

Assalamualaikum..

Dewasa ni.. memang dikalangan anak2 muda remaja.. eh.. bukan anak muda jerk.. mak2 pun sama.. nenek pun ado!! budak kocik pun ado!! aduhaiiii.. terjebak dengan tudung bawal aidijuma (aj).. domam sungguh laaa!

Aku terjebak ngan kawan2 opis lah ni since penghujung tahun lepas.. huhuhuhu.. setiap keluaran aj sangat unik dan kreatif..

Biasanya aku banyak beli online jerk... senang.. cuma kena cepat lah dan sentiasa jengah website tu.. dan pulus kena sentiasa ada dalam bank.. kadang2 tengah aku landing baik punya kat sofa.. buka website aj.. byk design tgh online.. memang kalut nak checkout takut habis.. ngeh3..

Ada jugak pi CS (concept store) kat Meru Ipoh.. itupun bila balik kg jerlah.. nak pi area Lembah Kelang ni memang taklah.. kadang2 design apa yg kita nak tu takde.. tapi kalau kat online get ready jerk.. ada rezeki kita InsyaAllah dapatlah..

Setakat ni ada 30++ helai tudung aj.. pantang nampak design yang unik mesti aku nak beli.. sib baik murah ko! kalau cik Pareeda tu.. aduiii.. boleh bankrap aku..

Dalam banyak2 design tu.. design Paris memang hot! ciss.. susah sungguh nak dapat.. manjang Sold Out..

AJ ni ada label tertentu.. dulu kalau tak silap aku cuma ada white label, black label, green label dan red label.. tapi tahun ni dah tambah blue label dan pink label..

Aku tak kekok nak pakai tudung bawal ni coz memang dari dulu memang pakai tudung bawal jerk sebelum terjebak ngan Ariani dan Fareeda..

Cuma sekarang ni tudung bawal dieksklusifkan dengan teknik pemakaian yang lebih kreatif.. aku jerk yang tak terfollow..

Kalau setakat pakai simple2 tu bolehlah kalau nak pi keje.. kalau nak lilit2 bagai macam shawl tu memang taklah.. berjam2 tak siap.. ada jerk yang tak kena karang.. huhuhuhu...

Kalau dah kes MALAS nak iron.. aku rembat jerk Fareeda yang dah tersemat cantik tergantung.. huhuhuhuu... sarung jerk.. hehehhe.. jimat maso den!

Masalahnya kalau nak bertudung aidijuma ni.. sebab banyak design bercorak kan.. kena cari baju yang plain.. kalau beli blue atau black label blehlah kot nak pakai baju bercorak.. tapi kadang2 aku hantam kromo jerk pakai semua bercorak.. huhuhuhu..

Ni diantara koleksi yang ada dalam simpanan aku.. macam2 label ada.. ada yang dah pakai dan ada yang belum.. ada yang masih otw dan ada yang masih dalam proses pembungkusan kot..huhuhu.. ada jugak yang tiada dalam gambar.. tak jumpa pulak gambar datin Juma memperagakan tudung yang pernah aku beli tu.. alhamdulillah.. setakat ni aku tak pernah pulaks beli dengan harga yang tak masuk dek akal..


cantik2 kan??  pic credit to aidijuma.com

Comments

syalinda johari said…
cantikkk...nak test jugaklah..
kak iena, cuba pegi kat De Pulze Cyberjaya.. ada booth jual tudung aidijuma neh..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah