Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Iftar 2-6 Ramadhan & Fateh

Assalamualaikum..

Sekejap jerk kan masa berlalu.. dah hari ke 7 Ramadhan.. esok gaji weii.. tetiba!

Pagi ni takde mood nak buat keje.. panas weiii.. ada kebocoran saluran bekalan air-cond.. terkepap rasa duk dalam opis ni.. bagilah cuti weiiii.. libang libu rasanya..

Nak memikir coding tu memang taklah tengah2 panas ni.. sabarlah wahai teman2 yang berpuasa.. dugaan puasa ke 7 Ramadhan...

So, nak bagi datang mood tu.. meh update blog sat.. lama dah aku tak update kannnn..

Bulan puasa ni kalau update blog mesti citer pasal makan.. citer pasal raya blum mai.. gaji tak masuk lagi.. huhuhu..

Oklah.. ni menu2 berbuka sejak 2 Ramadhan sampai semalam.. simple jerk.. nak masak canggih2 mak tak reti nak.. walhal berlambak orang share resepi kat fb bagai.. hahahahha... alasan!

Nasi putih + daging goreng kunyit + ayam masak kicap masak sendiri..
Pucuk ubi masak lemak cili padi beli ngan Kafe Kayu Delivery.. 
Pizza beli ngan pakcik kafe kat opis.. peberet Amiera..

Bila anak2 dah puasa ni nak tak nak kena masakkan jugak ikut selera diorang.. kang kalau ikut selera kita hat pedas2 ni kesian pulaks ngan anak2.. tak sanggup tengok diorang sedih bila berbuka.. 
So, menu iftar 3 Ramadhan.. 
Nasi Putih + Kurma Ayam + Siakap 3 rasa sendiri

Ahad.. abah aku call suh ambik durian.. sedap tu.. hmmm.. tapi kami balik sebelum waktu berbuka.. sempatlah ngemas rumah dan masak utk juadah berbuka.. masak.. masak.. masak.. pastu masuk ke dalam mangkuk tingkat.. jimat.. tak yah gi bazar ramadhan..

Menu : Nasi Limau Purut + Rendang Kerang + Udang Masak Lemak Cili Padi + Ayam Bakar Kenny Rogers..

Ayam bakar tak sempat nak snap pics coz aku bakar kat rumah my mom.. dah nak berbuka agak kalut sket..

Menu : Nasi Putih + Ikan Selar goreng taucu + Kangkung goreng belacan + Udang salut tepung + cekodok durian..

Menu Semalam :- 
Nasi Putih + Lala masak lemak cili padi + Ayam masak merah + Tempe goreng berlada

Itu jerk menu yang mampu aku masak setakat ni.. hari demi hari.. naik pening nak fikir nak masak apa.. hari2 dok belek resepi cari idea nak disesuaikan dengan bahan2 yang ada kat rumah.. nak diselerakan dengan tekak en suami dan anak2..

Kisah Fateh pulak.. dapatlah 2 hari puasa penuh.. alhamdulillah.. itupun masa cuti jerk.. memang aku control habis.. nanges2 dia nak candu dia tu.. haippp..!! kalau kat sekolah memang cikgu susah nak control budak2 ni.. hmmm.. acaner?

Selamat Memasak Ibu2..
Selamat Berpuasa & Berbuka Puasa Uols..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah