Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Iftar 7 Ramadhan

Assalamualaikum..

Pagi ni hujan selebat2nya.. syukur alhamdulillah.. hilang sket kepanasan di pejabat dan di luar sana.. kesian anak2 sekolah yang berpuasa.. berpanas terik membawa beg berat.. dugaan sungguh.. nasib baik Amiera masih mampu bertahan.. petang semalam masa tunggu van dia call aku.. menyatakan hasrat dia yang sangat tak larat.. dengan nada suara yang sebak.. aduiiii.. sedih aku dibuatnya.. tapi nak buat camna.. itu dugaan di bulan Ramadhan sayang.. mama pun pernah laluinya dulu.. untuk mengubat lara di hati.. aku tanya menu untuk dia berbuka.. terus semangat sket nada suara dia.. huhuhuhu..

So, petang semalam aku masak simple dimple jugak.. nak2 pulak Amiera request menda yang paling senang... hehehehe..

Nasi Putih + Telur masak kicap +  Sambal Kerang + Kambas goreng + Ikan Goreng 
Desert.. Pisang Nangka kukus ditaburkan gula atasnya.. nyum2.. aku ngan Fateh yang dok perabih..
Ice Lemon Tea jadi rebutan diorang.. Fateh yang tak puasa pun sibuk nak pulun sama..

Hari ni hari gaji ya.. kalau staf gomen gaji kecoh seantero dunia.. macamlah berkepuk2 masuk dalam bank tu.. huhuhuhu... kedai2 online berebut2 nak keluarkan design baru dan restock design lama.. amboiiii... dan aku telah terjebak membelinya... uwaaaaaaa... pandai uols yerk.. peniaga2 pulak berpusu2 booking tempat kat kompleks kerajaan nak menjual pelbagai barangan.. ni pun satu.. memang tempat perabih duit pompuan jerk.. orang lelaki jerk relax.. tak yah pening2 nak memikior pasal keperluan raya..

Sebut pasal keperluan raya.. esok2lah aku update.. ada beberapa lagi yang belum dibeli ni.. huhuhu... hehehhe...

Comments

dugaan berpuasa anak2 kecil,siann amira...
Faina Arisya said…
salam kenalan amizaa..

tulah kesian anak2.. cuaca panas sekarang ni..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah