Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Salam Ramadhan Al-Mubaraq

Assalamualaikum..

Hampir sebulan aku tak update blog.. malas rasanya..

Hari ni hari pertama semua umat Islam menunaikan ibadah puasa.. semoga diberi kesihatan, kekuatan dan kelapangan untuk menunaikan ibadah yang berlipat ganda ganjarannya..

Alhamdulillah.. tahun ni tahun pertama Fateh berpuasa.. beberapa hari sebelum puasa aku dah terangkan kepada dia akan ibadah puasa.. pagi tadi aku kejutkan dia jugak untuk bersahur.. sib baik dia nak bangun.. tapi kena sumbat susu dulu baru segar biji mata dia sambil layan kartun.. pastu baru bleh suap makanan.. kalau nak suh dia makan sendiri tu memang taklah.. hmmm.. awatlah anak lelaki manja sangat ni haa... bertuah betul!

Kenapa baru tahun ni nak latih Fateh? sebabnya dia ni memang susah sangat nak bangun pagi.. dan sebelum ni nampak dia kurang matang.. dan masih minum susu di sekolah.. eiii.. tak malu kan..

So, bila dah menjangkau umur 6 tahun ni nampaklah matang sket walaupun masih jauh ketinggalan dari segi pelajaran.. huhuhu..

Amiera macam biasa.. dah faham.. cuma tahun ni agak kurang sket keletihan sejak dah tukar sekolah agama.. senang sket hati aku.. takdelah dia keletihan nunggu van lama2..

Biasanya hari pertama, pertengahan dan penghujung Ramadhan besar sket ujianNya.. huhuhu.. semoga kita semua tabah dan kuat dalam menghadapi ujian tersebut.. semoga Fateh dan Amiera kuat dalam menunaikan ibadah puasa.. InsyaAllah.. aminnn...

Tak lupa juga jutaan kemaafan dimohon andai ada salah silap dari tuan tanah.. :)

Selamat Berpuasa!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah