Alive 3D Art Gallery Lukut PD

Assalamualaikum..

Lepas family gath.. kami dengan haluan masing2.. aku ajak en hubby cari 3d art gallery.. sebelum tu singgah makan dulu.. pekena asam pedas..

Lokasi di Lukut, PD..

Tiket masuk.. dewasa RM20 (mykad) dan rm15 (mykid).. pakej RM65 utk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak..

Layan gambar lah yerk.. kelakar pulaks rasa.. maklumlah first time nak bergambar ngan 3D art ni.. pening sket nak ikut contoh.. pastu ngan ramai orang nak bergambar.. agak tak aman di situ..

Banyak sangat gambarnya.. aku pilih mana yg ok jerlah yerk..



mula2 aku tak faham gambar ni.. tengok lama2 baru aku faham.. kehadiran Amiera tak sesuai di situ.. korang faham?

konon..

ewah2.. larat ke tu?

cepat2 sebelum banjir!

waaa hebat!

opss!! 

alah abang ni.. gaya kena lebih tau.. baru real..

kakak pulaks tegak di situ.. aduiii..

amboiii.. dating nampak..

selamatkan Arissa!! kakak masih tegak disitu.. tak faham aku..

tolong!!!

ko nak cedok air ke mak cik?

aku dan sahabat

gayat seh!

meneroka alam misteri

arghhhhh... hebatnya Fateh!

ni sangat comel kelakar dan real

Fateh dalam usaha membantu pihak lawan..

Ok.. tu jerlah uols.. kalau uols berminat.. bleh lah cuba macam2 gaya di sana ya..


Family Gathering @ RPP Port Dickson

Assalamualaikum..

Baru2 ni kami ada buat family gathering kat PD.. first time ok buat belah aku ni.. lokasi strategik dan sangat selesa semestinya RPP PD..

Aku tempah sebelum puasa lagi.. kebetulan lepas raya apartment 3 bilik memang takde yang booking lagi hari Sabtu-Ahad.. memang cantik sangat2..

Percutian kali ni hanya aku 3 beradik sefamily.. adik bongsu tak dapat join.. jauh nun di Perak.. baru jerk balik kg raya aritu.. so, takkan nak ulang alik kot.. takpe.. next time kita cari yg dekat ngan Perak yerk.. mak abah aku pun tak join.. tu malas nak cerita ceriti..

Aktiviti kami lebih kepada rehat2.. mandi manda.. borak2.. makan2.. at least dapat berkumpul lepas raya..

besar luas selesa 

hari pertama tak yah mandi yer sayang.. kita gi jalan2 kat pasar malam ek!

Amiera dan sepupu memang tak sabar2 nak terjun kolam..

mandi manda 

 cer toko.. natang apo ni?

dah bosan mandi di kolam.. main pasir laks kat pantai..

budak yang paling suka berendam dalam air.. pantang dapat pegang pasir.. nak ditelan aje..

gambar kenangan..
anak2 sedara dah besar panjang.. terpaksa aku bertinjit sikit nak bergambar.. maklumlah.. mak ngah ko ni kemetot..

Itu sahaja aktiviti kami.. 

Oh ya.. utk makluman semua gomen staf yang nak stay kat sini ya.. hotel ni akan mengenakan deposit RM50 dan 6% gst semasa check-in.. 

Satu lagi info.. kot2 kalau hilang kad masuk tu.. huhuhuu.. sabar jerlah.. kena caj RM20 ya.. ntah sapo ambik kad tu ntah.. grrrrr..

Insyaallah kalau ada rezeki.. umur yg panjang.. nanti mak ngah booking destinasi RPP yang lain utk kita gather2 ya..


Hari Raya : 1 Syawal ~ 3 Syawal

Assalamualaikum..

Kembali bersiaran setelah seminggu bercuti.. sekejap jerk rasa.. tak puas nak cuti2.. hahahha..

Raya tahun ni tak sakan sangat nak selfie.. asyik nak ambik gambar si Arissa tu jerk.. huhuhuh..

So, layan jerlah gambar yg tak berapa ni ya..

1 Syawal

family kecik aku.. tema purple.. konsep jubah/dress.. Fateh tak pernah serius ok kalau bergambar..

mertua & sibling

  
free style

ootd #poplook #elewsdesign


2 Syawal

ootd #pudore #poplookids

ootd Amiera #dyana #tudungsicomel


3 Syawal


OOTD My Little Mucuk!

#poplook - KIDS Zuriani Fitted Multi Ruffle Jubah
#poplook - KIDS Muneera Chiffon Maxi Dress
#poplook - KIDS Haifa Tiered Chiffon Maxi Dress 
#poplook - KIDS Erina Front Slit Chiffon Maxi Dress
#qaisaraheadband
#sogo
#polokids
#babykiko


Sekian.


Salam Aidilfitri!!! Maaf Zahir & Batin!! Jom Balik Kampung!!

Assalamualaikum..

N3 terakhir sebelum cuti raya..

Di kesempatan ini, aku memohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki andai kata ada terkasar bahasa tersilap bicara terlajak penulisan dan ter-over dalam apa jua di dunia blogging mahupun di alam nyata.. Buat semua teman yang dikenali mohon halalkan makan minum sepanjang persahabatan..

Semoga Syawal yang menjelma mengeratkan sillaturrahim antara kita semua dan berakhirnya Ramadhan dengan penuh keinsafan..

Sekali lagi mohon maaf atas kekhilafan diri ini.. Maaf zahir & batin..

Yang pulang ke kampung.. semoga selamat pergi dan selamat kembali.. berhati2 di jalan raya.. ingatlah orang yang tersayang...

Salam Sesuci Lebaran dari kami sekeluarga.. Jumpa lagi seminggu ya! See ya!

 


Persiapan Raya!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. rasanya dah 100% lengkap persiapan raya untuk aku anak beranak.. barang2 pun hampir kesemuanya dah disumbat dalam beg..

Mai nak cerita sket persiapan raya aku... huhuhuhu.. mesti korang bosan kat opis kan.. mood raya kan.. meh baca blog aku ni ya... hilang ngantuk ok!! hahahhahahah..

Tahun ni kami beraya kat umah mertua aku.. dan tema tahun ni adalah purple.. dan buat pertama kalinya juga kami anak beranak bertukar konsep.. lain dari kebiasaan.. nak tau apa?? tunggu n3 lepas raya naaa... huhuhu..

Persiapan baju raya aku.. tahun ni takde tempah2 bagai.. semuanya beli siap jerk.. sbb macam takde mood sangat nak bertempah2 ni.. rasa macam baru jerk raya tahun lepas.. so, aku beli sket2 kat butik online.. senang.. takdelah kelam kabut beli time puasa.. takdelah nampak sangat duit habis beli baju2 time puasa.. hehehhee.. yeke tak habis duit?? hahahhaa.. baju2 yg aku beli online dari keluaran Poplook, Bella Ammara, Pudore dan Nur Barakah.. tudung pulaks dari keluaran ShawlForYou, Ika Putri Dewi dan kedai kat bawah opis ni jerk.. hahahhaha.. no Fareeda!! takde bajet ok! kasut beli kat Sogo.. handbag cikai2 beli kat Parkson jerk.. itupun sebab dah berkenan sangat warnanya.. no Carlo Rino!.. Carlo Rino tahun lepas masih elok dan boleh dipakai lagi..

Persiapan baju raya anak2.. pun sama.. takde tempah2 daa.. semua beli siap.. baju utama Amiera keluaran dari NurhayaKids, Dyana dan kedai2 biasa.. baju utama Arissa keluaran Poplook.. comey2 tau! manakala Fateh dari Elew's Design.. baju2 yang lain dan kasut keluaran dari Sogo dan Parkson.. tahun ni gagah aku ngan Amiera pi terjah Sogo masa Member's Day bulan lepas.. puas hati aku pi sogo.. hahahhahaha... tudung Amiera pulak keluaran dari TudungSiComel, Fathiyah Dreams dan Pretty Princess Zara..

 
 

Persiapan biskut raya dan kerepek.. biskut raya just tempah ngan kawan opis.. ada jugak aku beli sebalang dua kat jualan bawah opis.. still home made bukannya kilang.. kerepek pulaks.. aku gi beli kat Banting ngan kawan2 opis.. hehehhehe.. lari kejap lunch hour.. mula2 gi Ros Kerepek.. dah borong kat situ.. pastu baru pergi ke Fazz Kerepek House.. jumpa pulaks si cun melecun Azalia model Fareeda.. cian dia tak sihat.. hmm.. kat Ros Kerepek ada gst.. tapi kat Fazz takde pulaks.. huhuhuhu.. kalau aku tau awal2 lagi dah ke Fazz Kerepek..



Duit raya.. tahun ni aku cuma tukar sket jerk kat bank.. itupun kebetulan ada kawan gi Bank Islam.. sib baik awal.. dapatlah duit baru.. duit raya tahun lepas anak2 aku masih simpan.. so, tukar dengan duit diorang jerk.. senang.. sebab kat bank tak semuanya duit baru.. byk duit recycle.. huhuhuhu..

Baju raya mak abah aku.. utk mak aku belikan Jubah jerk masa Festival Vendor kat PICC.. keluaran Tyra.. abah aku belikan TShirt jerk.. huhuhuhu.. baju melayu dan baju kurung abang aku yg sponsor..

Oklah itu jerk kot persiapan raya aku.. tiada persiapan raya utk rumah bagai.. bukannya ada orang yg nak datang pun.. kalau ada pun.. biaq pi lah apa yg ada jerk... yg penting ada biskut raya.. hahahha.. tak nak membazir.. duit aku dah banyak habis masa rumah kat Nilai dulu.. .so, mood utk hias menghias ni dah kelaut..

Uols cemana.. takkan tak settle lagi kot.. aku jenis tak suka shopping last minute ni.. memang kalut dibuatnya..

Apa pun apa yg kita usahakan adalah utk meraikan hari lebaran dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.. anak2 aku gembira.. aku pun turut sama..

Sekian.


Iftar Ramadhan 23 - 26

Assalamualaikum..

Pe kabar semua?? sihat?? masih ramai lagi yg bekerja nampaknya.. dan ramai yang last keje hari ni.. termasuk aku.. seminggu weiii cuti.. bestnyaaaaaa... tapi pejam celik pejam celik kejap jerk pun seminggu tu..

Sebelum nak cuti raya ni.. nak update sket pasal iftar baru2 ni.. tapi kali ni n3 tanpa gambar ya.. sebab malas lah nak snap.. lagipun baru2 ni banyak beli kat bazar jerk..

23 Ramadhan.. aku cuma masak nasi dan goreng ikan.. lauk pucuk ubi masak lemak tempoyak semestinya dari Kafe kayu delivery..

24 Ramadhan.. dapat juga jejak kaki ke bazar Ramadhan Putrajaya.. hehehehe.. ramainya peniaga.. macam2 juadah ada.. rambang mata dibuatnya.. tapi tulah dari segi kebersihan agak kureng.. lalat sana sini.. ingat beli kat satu kedai ni ok sebab tak nampak lalatnya.. tapi almalangnya.. lauk yg dibeli mungkin dah tercemar.. kesian Amiera jadi mangsa cerber.. kesimpulan.. baik masak sendiri or beli kat kafe kayu delivery.. hehehhe..

25 Ramadhan.. balik umah mak aku lagi.. ngantor biskut2 raya dan brg persiapan raya utk rumah mak aku.. memang dah jadi tanggungjawab aku dan adik beradik utk bekalkan biskut dan persiapan raya kat mak abah aku.. yerlah mak aku tak bekerja.. abah aku pun keje kampung jerk.. petangnya gi bazar Ramadhan kat Nilai..

26 Ramadhan yakni semalam.. masak jerlah.. lagi puas hati.. aku cuma masak padprik ayam dan telur dadar.. pastu buat jemput durian.. pizza beli kat opis ni.. alhamdulillah konyang jugaks..

Selamat berbuka puasa!



Iftar Ramadhan 21-22

Assalamualaikum..

Letih.. ngantuk sungguh hari ni.. lepas jalan2 kat jualan bawah opis ni.. terus tidur.. lena sungguh.. nak buka mata pun tak larat tau.. huhuhuhu..

Iftar Ramadhan ke 21..

Menu Kafe Kayu ~ Pucuk paku masak lemak cili api + Terung berlada
Menu sendiri ~ Ayam masak kicap + sambal belacan + tempoyak + ikan masin
Pizza beli kat pakcik kafe

 Semalam.. aku cuma masak ayam lemak cili api dan sambal tumis serbaneka (petai + terung pipit + sotong + kerang)
mee goreng dan kuih cara berlauk beli kat bazar Uniten

Teringin laks rasanya nak gi bazar ramadhan Putrajaya.. bilalah nak ada kesempatan nak ke sana ya.. huhuhuhu..



Iftar 19-20 Ramadhan

Assalamualaikum..

Semalam sibuk sket ngan keje.. hari ni keje2 coding dah settle.. so, blehlah nak hilangkan stress dengan ngadap blog aku ni..

Bab nak update blog pasal makanan memang laju.. nak2 bulan puasa ni kan.. at least blog aku ni taklah sepi suram jerk kan..

Iftar 19 Ramadhan.. tak sempat nak snap gambar.. aku letih yang amat.. mata rasa nak tutup jerk.. sampaikan menu yg aku masak tu pun dah kelaut.. uwaaaaaa... aku masak nasi lemak + rendang daging tok nenek + sambal tumis ikan bilis + udang goreng + telur rebus.. cukuplah.. tak syok n3 tanpa gambar kan.. huhuhuhu..

Iftar 20 Ramadhan.. sempatlah snap gambar dah hujung2 waktu nak berbuka.. fateh hairan keje aku asyik snap gambar jerk.. hehehhehe.. mama ko blogger nak oiiii.. hmmm..

Nasi putih + sambal ikan + ayam goreng kunyit + labu masak lemak + ulam jering + kuah durian dan pulut (beli kat Kafe Kayu Delivery)

Alhamdulillah syukur..



Puisi ku di seberang

Assalamualaikum..

Baru2 ni kan kecoh pasal gambar kanak2 di exploitasi oleh golongan pedofil.. so, aku cuba buat tips spt yang disarankan..

Ni tips yang disarankan oleh theskop.com

1. Buat carian mengggunakan nama anda.

Tidak kira sama ada guna nama betul atau nama sebenar mahupun kedua-duanya, hasil carian perlu menentukan sekiranya anda sendiri yang memindah naik atau orang lain yang melakukannya. Anda boleh gunakan Yahoo!, Google, Bing atau enjin meta search seperti Dogpile.com.

2. Buat carian menggunakan Google Image Search.

Hasil carian menggunakan nama saja kadang-kadang nampak biasa, tapi cuba klik pada tab Image Google Search dan mungkin anda akan terserempak dengan gambar anda pada pautan yang tidak ingin anda lihat. Bagi lebih berkesan, pindah naik gambar anda dan biar Google Image Search semak sama ada muka anda berada di laman web yang tidak pernah anda gunakan.

3. Cari diri sendiri di Pipl.comLaman web www.

Pipl.com menggunakan teknik ‘deep search’ khas untuk mencari individu, personaliti mahupun orang perseorangan di laman web lain. Taip nama anda dalam kotak carian (search box) dan anda akan mendapat hasil carian seperti pautan dan gambar.

4. Cari gambar anda di TinEye.com.

Laman web TinEye mengkhusus dalam pencarian imej berdasarkan imej contoh yang dipindah naik pengguna. Layari www.tineye.com, pindah naik satu contoh gambar anda dan biarkan algoritma TinEye melayari alam siber ini untuk memastikan gambar anda tidak digunakan oleh mana-mana laman yang tidak berkenaan.

5. Guna Google Alerts.

Mungkin sekarang gambar anda tidak digunakan oleh mana-mana laman yang mengerikan, namun jika anda masih suka memindah naik gambar di laman sosial, mung­kin terdapat gambar selfie anda yang digunakan. Gunakan Google Alerts (www.google.com/alerts) yang memaklumkan kepada anda jika gambar atau nama dipindah naik di mana-mana laman web. Buatlah alerts untuk nama penuh, nama panggilan dan kata kunci yang selalu anda gunakan untuk menggambarkan diri anda.

Masa aku tengah cuba google alert.. ada satu link aku jumpa yang ada kaitan dengan nama aku.. ehem3.. meh terjah sat...

oooo.. dari seberang.. adik ni copy paste puisi aku masuk dalam blog dia.. alahai.. terharunya.. segan laks aku.. puisi aku tu biasa2 jerk compare dengan diorang.. karya diorang lagi puitis.. dengar lagu2 dari seberang pun best2 kan.. tq yer sis sudi menitipkan puisi saya tu dalam ur blog.. salam kenalan ya! nak komen tak boleh pulaks kat blog adik tu..


Iftar 16-18 Ramadhan

Assalamualaikum..

Cuti 2 hari ni aduiii.. rasa macam tak cuti.. ada jerk yang nak dibuat.. tapi tulah bila bulan puasa agak terhad sket aktiviti..

Meh nak review sket juadah berbuka since 16 Ramadhan..

Jumaat..
Menu Kafe Kayu Delivery ~ pucuk ubi masak lemak tempoyak.. mabeles..
Menu masak sendiri ~ daging masak hitam, sambal tumis udang+petai, sambal telur dan cucur ayam.. abaikan cucur ayam yang tak comey tu ya.. hantam kromo takde daun bawang dan kurangkan cili.. nanti anak2 aku tak nak makan kalau ada cili ni.. yang penting sedap.. rasa macam nugget.. nyum3..

kelam kabut jugak aku masak nak kejar masa berbuka.. asalnya nak masak rendang tok.. tup2 serai takde daaaaaa... aduilaaa...

Hari Sabtu ada masa lebih.. masak special sket.. huhuhuu..

Masak sendiri ~ Nasi limau purut + ayam masak hijau + sambal sotong + sayur campur + sotong sumbat 
Murtabak dan kambing bakar en suami beli kat bazar ramadhan Bangi..

Ahad.. balik umah mak aku lagi.. pagi2 abah aku call suh ambik durian.. hmm.. tak sampai hati laks rasanya kalau tak balik.. kebetulan en suami ada program kat Nilai.. ikut sajalah.. 

Menu berbuka puasa masak kat rumah my mom.. photo tak snap.. pelik pulaks mak aku karang.. awat anak aku ambik gambar lauk pauk.. huhuhu..

Nasi putih + sambal sotong kering dan petai + tempe masak lemak cili api + pucuk paku goreng..
en suami beli ayam goreng apa ntah namanya, murtabak, cempedak goreng..
bubur lambuk hasil program di nilai

alhamdulillah..

Malam ni dah masuk malam 10 terakhir Ramadhan.. semoga kita dapat mempertingkatkan amal ibadah untuk mengejar malam lailatulqadar..


Iftar 15 Ramadhan ~ bazar oh bazar

Assalamualaikum..

Esok dah cuti ya.. hmmm.. hari ni kat opis aku ada buat jualan.. hmmm.. terbang lagi duit aku membeli.. aduiiii.. cukuplah.. rasanya dah 100% siap persiapan raya.. tak nak pening2.. aku tak suka buat keje last minute walaupun aku anak no. 2... tetiba!

Untuk juadah berbuka semalam.. ada yang beli dan ada yang aku masak.. tekak ni nak berbuka ngan masakan kampung.. bahan nak masak nan ado! hmm.. gigih en suami terchenta carikan kat KL nun!..

Tapi ni yang aku geram ngan peniaga2 bazar ni tau... kalau masak utk dibuat jualan tu biarlah ikhlas seikhlasnya.. ni tak.. masak main hantam kromo jerk.. dahlah gulai lemak tu cair.. sayur pucuk paku tu pun keras kejung.... huhuhuhuhu.. sayur bayam pulaks main masuk jerk yang tak elok sekali... eiii.. geram tul.. ingat tekak aku ni mesin pengisar ke boleh hancurkan batang2 keras tu?? eiiiii... geram tul.. mana nak berkat rezeki berniaga kalau customer asyik komplen.. walaupun sayur lemak tu murah rm2 sajork.. tapi tetap duit ok!.. so, kalau nak berkat masak molek2 naa..

Menu beli -> pucuk paku masak lomak cili api + sayur bayam tumis air + pajeri terung + bubur lambok Pak Hassan.. tiap2 hari ada orang pusing satu opis jual bubur lambok ni.. glamer tul Pak Hassan ni! siap promote gambar lagi.. terbaek!

Masak sendiri ->  nasi putih + sambal ayam.. sonang kojo den!

Untuk menghilangkan rasa kempunan nak makan masak lemak cili api.. aku order ngan Kafe Kayu Katering utk juadah berbuka hari ni.. gulai lemak tempoyak pucuk ubi! confirm mabeles! murah dan berkualiti..

Oh ya.. sebut pasal bazar Ramadhan ni..

Semalam ada orang share gambar bazar ramadhan di Brunei.. makanan yang dijual sangat bersih.. dibalut dengan plastik.. tak macam kat negara kita ni.. terdedah ngan habuk dan lalat.. patutnya pihak penguatkuasa buat undang2 utk peniaga2 ni supaya jaga kebersihan.. barulah kita tak rasa was2 utk membeli.. kannnnn....


Iftar 13-14 Ramadhan & Bazar Ramadhan

Assalamualaikum..

Dah 15 Ramadhan.. cepatnya masa berlalu.. kejap jerk kan.. lagi 2 minggu kita akan menyambut Syawal pula..

Menu berbuka kelmarin.. ada yang beli dan ada yang masak..

mahaplah yo.. gambar kurang jelas.. snap guno hp Amiera.. hp den habih bateri..
ayam golek dan kuih muih beli..  aku cuma masak lala goreng berlada ala Portugis.. hahahaha.. portugis lah sangat! dan sayur suhun+fucuk+kentang+cendawan masak air kato orang nogori..

Menu semalam pulaks.. pun ada yg beli dan ada yg masak.. tapi aku tak snap pics.. letih nau rasanya.. aku cuma goreng ayam ngan buat serawa durian.. orang perak panggil kuah durian.. tapi kuah durian orang Perak ni putih.. belah2 sini warna coklat.. sobab tu panggil serawa kot.. ntah mano datang eh namo tu ntah.. pastu gulai nenas ikan masin beli kat opis ni.. bukan beli kat Kafe Kayu Delivery.. tapi Kelantan Delivery.. haaa.. tak yah susah gi Kelantan.. ngeh3.. pastu roti john utk Amiera special dari Kafe Kayu Delivery.. konyang sudah!

ni kuah durian yg pernah aku buat dulu2.. 

Untuk makluman staf gomen di kawasan sekitar opis aku ni.. mehlah datang bazar ramadhan kat sini.. hari ni tau!! jom perabih duit!! kui3..




Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (50) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (73) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (151) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (111) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (2) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty