Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Iftar 15 Ramadhan ~ bazar oh bazar

Assalamualaikum..

Esok dah cuti ya.. hmmm.. hari ni kat opis aku ada buat jualan.. hmmm.. terbang lagi duit aku membeli.. aduiiii.. cukuplah.. rasanya dah 100% siap persiapan raya.. tak nak pening2.. aku tak suka buat keje last minute walaupun aku anak no. 2... tetiba!

Untuk juadah berbuka semalam.. ada yang beli dan ada yang aku masak.. tekak ni nak berbuka ngan masakan kampung.. bahan nak masak nan ado! hmm.. gigih en suami terchenta carikan kat KL nun!..

Tapi ni yang aku geram ngan peniaga2 bazar ni tau... kalau masak utk dibuat jualan tu biarlah ikhlas seikhlasnya.. ni tak.. masak main hantam kromo jerk.. dahlah gulai lemak tu cair.. sayur pucuk paku tu pun keras kejung.... huhuhuhuhu.. sayur bayam pulaks main masuk jerk yang tak elok sekali... eiii.. geram tul.. ingat tekak aku ni mesin pengisar ke boleh hancurkan batang2 keras tu?? eiiiii... geram tul.. mana nak berkat rezeki berniaga kalau customer asyik komplen.. walaupun sayur lemak tu murah rm2 sajork.. tapi tetap duit ok!.. so, kalau nak berkat masak molek2 naa..

Menu beli - pucuk paku masak lomak cili api + sayur bayam tumis air + pajeri terung + bubur lambok Pak Hassan.. tiap2 hari ada orang pusing satu opis jual bubur lambok ni.. glamer tul Pak Hassan ni! siap promote gambar lagi.. terbaek!

Masak sendiri -  nasi putih + sambal ayam.. sonang kojo den!

Untuk menghilangkan rasa kempunan nak makan masak lemak cili api.. aku order ngan Kafe Kayu Katering utk juadah berbuka hari ni.. gulai lemak tempoyak pucuk ubi! confirm mabeles! murah dan berkualiti..

Oh ya.. sebut pasal bazar Ramadhan ni..

Semalam ada orang share gambar bazar ramadhan di Brunei.. makanan yang dijual sangat bersih.. dibalut dengan plastik.. tak macam kat negara kita ni.. terdedah ngan habuk dan lalat.. patutnya pihak penguatkuasa buat undang2 utk peniaga2 ni supaya jaga kebersihan.. barulah kita tak rasa was2 utk membeli.. kannnnn....

Comments

vogue2704 said…
Faina..kafe tu dia hantar kat opis ke
Faina Arisya said…
ma..

adik dia hantar kat opis saya jerk sebab kakak dia satu opis.. kakak dia yg uruskan tempahan..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah