Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Iftar 16-18 Ramadhan

Assalamualaikum..

Cuti 2 hari ni aduiii.. rasa macam tak cuti.. ada jerk yang nak dibuat.. tapi tulah bila bulan puasa agak terhad sket aktiviti..

Meh nak review sket juadah berbuka since 16 Ramadhan..

Jumaat..
Menu Kafe Kayu Delivery ~ pucuk ubi masak lemak tempoyak.. mabeles..
Menu masak sendiri ~ daging masak hitam, sambal tumis udang+petai, sambal telur dan cucur ayam.. abaikan cucur ayam yang tak comey tu ya.. hantam kromo takde daun bawang dan kurangkan cili.. nanti anak2 aku tak nak makan kalau ada cili ni.. yang penting sedap.. rasa macam nugget.. nyum3..

kelam kabut jugak aku masak nak kejar masa berbuka.. asalnya nak masak rendang tok.. tup2 serai takde daaaaaa... aduilaaa...

Hari Sabtu ada masa lebih.. masak special sket.. huhuhuu..

Masak sendiri ~ Nasi limau purut + ayam masak hijau + sambal sotong + sayur campur + sotong sumbat 
Murtabak dan kambing bakar en suami beli kat bazar ramadhan Bangi..

Ahad.. balik umah mak aku lagi.. pagi2 abah aku call suh ambik durian.. hmm.. tak sampai hati laks rasanya kalau tak balik.. kebetulan en suami ada program kat Nilai.. ikut sajalah.. 

Menu berbuka puasa masak kat rumah my mom.. photo tak snap.. pelik pulaks mak aku karang.. awat anak aku ambik gambar lauk pauk.. huhuhu..

Nasi putih + sambal sotong kering dan petai + tempe masak lemak cili api + pucuk paku goreng..
en suami beli ayam goreng apa ntah namanya, murtabak, cempedak goreng..
bubur lambuk hasil program di nilai

alhamdulillah..

Malam ni dah masuk malam 10 terakhir Ramadhan.. semoga kita dapat mempertingkatkan amal ibadah untuk mengejar malam lailatulqadar..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah