Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Persiapan Raya!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. rasanya dah 100% lengkap persiapan raya untuk aku anak beranak.. barang2 pun hampir kesemuanya dah disumbat dalam beg..

Mai nak cerita sket persiapan raya aku... huhuhuhu.. mesti korang bosan kat opis kan.. mood raya kan.. meh baca blog aku ni ya... hilang ngantuk ok!! hahahhahahah..

Tahun ni kami beraya kat umah mertua aku.. dan tema tahun ni adalah purple.. dan buat pertama kalinya juga kami anak beranak bertukar konsep.. lain dari kebiasaan.. nak tau apa?? tunggu n3 lepas raya naaa... huhuhu..

Persiapan baju raya aku.. tahun ni takde tempah2 bagai.. semuanya beli siap jerk.. sbb macam takde mood sangat nak bertempah2 ni.. rasa macam baru jerk raya tahun lepas.. so, aku beli sket2 kat butik online.. senang.. takdelah kelam kabut beli time puasa.. takdelah nampak sangat duit habis beli baju2 time puasa.. hehehhee.. yeke tak habis duit?? hahahhaa.. baju2 yg aku beli online dari keluaran Poplook, Bella Ammara, Pudore dan Nur Barakah.. tudung pulaks dari keluaran ShawlForYou, Ika Putri Dewi dan kedai kat bawah opis ni jerk.. hahahhaha.. no Fareeda!! takde bajet ok! kasut beli kat Sogo.. handbag cikai2 beli kat Parkson jerk.. itupun sebab dah berkenan sangat warnanya.. no Carlo Rino!.. Carlo Rino tahun lepas masih elok dan boleh dipakai lagi..

Persiapan baju raya anak2.. pun sama.. takde tempah2 daa.. semua beli siap.. baju utama Amiera keluaran dari NurhayaKids, Dyana dan kedai2 biasa.. baju utama Arissa keluaran Poplook.. comey2 tau! manakala Fateh dari Elew's Design.. baju2 yang lain dan kasut keluaran dari Sogo dan Parkson.. tahun ni gagah aku ngan Amiera pi terjah Sogo masa Member's Day bulan lepas.. puas hati aku pi sogo.. hahahhahaha... tudung Amiera pulak keluaran dari TudungSiComel, Fathiyah Dreams dan Pretty Princess Zara..

 
 

Persiapan biskut raya dan kerepek.. biskut raya just tempah ngan kawan opis.. ada jugak aku beli sebalang dua kat jualan bawah opis.. still home made bukannya kilang.. kerepek pulaks.. aku gi beli kat Banting ngan kawan2 opis.. hehehhehe.. lari kejap lunch hour.. mula2 gi Ros Kerepek.. dah borong kat situ.. pastu baru pergi ke Fazz Kerepek House.. jumpa pulaks si cun melecun Azalia model Fareeda.. cian dia tak sihat.. hmm.. kat Ros Kerepek ada gst.. tapi kat Fazz takde pulaks.. huhuhuhu.. kalau aku tau awal2 lagi dah ke Fazz Kerepek..



Duit raya.. tahun ni aku cuma tukar sket jerk kat bank.. itupun kebetulan ada kawan gi Bank Islam.. sib baik awal.. dapatlah duit baru.. duit raya tahun lepas anak2 aku masih simpan.. so, tukar dengan duit diorang jerk.. senang.. sebab kat bank tak semuanya duit baru.. byk duit recycle.. huhuhuhu..

Baju raya mak abah aku.. utk mak aku belikan Jubah jerk masa Festival Vendor kat PICC.. keluaran Tyra.. abah aku belikan TShirt jerk.. huhuhuhu.. baju melayu dan baju kurung abang aku yg sponsor..

Oklah itu jerk kot persiapan raya aku.. tiada persiapan raya utk rumah bagai.. bukannya ada orang yg nak datang pun.. kalau ada pun.. biaq pi lah apa yg ada jerk... yg penting ada biskut raya.. hahahha.. tak nak membazir.. duit aku dah banyak habis masa rumah kat Nilai dulu.. .so, mood utk hias menghias ni dah kelaut..

Uols cemana.. takkan tak settle lagi kot.. aku jenis tak suka shopping last minute ni.. memang kalut dibuatnya..

Apa pun apa yg kita usahakan adalah utk meraikan hari lebaran dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.. anak2 aku gembira.. aku pun turut sama..

Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah