Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Puisi ku di seberang

Assalamualaikum..

Baru2 ni kan kecoh pasal gambar kanak2 di exploitasi oleh golongan pedofil.. so, aku cuba buat tips spt yang disarankan..

Ni tips yang disarankan oleh theskop.com

1. Buat carian mengggunakan nama anda.

Tidak kira sama ada guna nama betul atau nama sebenar mahupun kedua-duanya, hasil carian perlu menentukan sekiranya anda sendiri yang memindah naik atau orang lain yang melakukannya. Anda boleh gunakan Yahoo!, Google, Bing atau enjin meta search seperti Dogpile.com.

2. Buat carian menggunakan Google Image Search.

Hasil carian menggunakan nama saja kadang-kadang nampak biasa, tapi cuba klik pada tab Image Google Search dan mungkin anda akan terserempak dengan gambar anda pada pautan yang tidak ingin anda lihat. Bagi lebih berkesan, pindah naik gambar anda dan biar Google Image Search semak sama ada muka anda berada di laman web yang tidak pernah anda gunakan.

3. Cari diri sendiri di Pipl.comLaman web www.

Pipl.com menggunakan teknik ‘deep search’ khas untuk mencari individu, personaliti mahupun orang perseorangan di laman web lain. Taip nama anda dalam kotak carian (search box) dan anda akan mendapat hasil carian seperti pautan dan gambar.

4. Cari gambar anda di TinEye.com.

Laman web TinEye mengkhusus dalam pencarian imej berdasarkan imej contoh yang dipindah naik pengguna. Layari www.tineye.com, pindah naik satu contoh gambar anda dan biarkan algoritma TinEye melayari alam siber ini untuk memastikan gambar anda tidak digunakan oleh mana-mana laman yang tidak berkenaan.

5. Guna Google Alerts.

Mungkin sekarang gambar anda tidak digunakan oleh mana-mana laman yang mengerikan, namun jika anda masih suka memindah naik gambar di laman sosial, mung­kin terdapat gambar selfie anda yang digunakan. Gunakan Google Alerts (www.google.com/alerts) yang memaklumkan kepada anda jika gambar atau nama dipindah naik di mana-mana laman web. Buatlah alerts untuk nama penuh, nama panggilan dan kata kunci yang selalu anda gunakan untuk menggambarkan diri anda.

Masa aku tengah cuba google alert.. ada satu link aku jumpa yang ada kaitan dengan nama aku.. ehem3.. meh terjah sat...

oooo.. dari seberang.. adik ni copy paste puisi aku masuk dalam blog dia.. alahai.. terharunya.. segan laks aku.. puisi aku tu biasa2 jerk compare dengan diorang.. karya diorang lagi puitis.. dengar lagu2 dari seberang pun best2 kan.. tq yer sis sudi menitipkan puisi saya tu dalam ur blog.. salam kenalan ya! nak komen tak boleh pulaks kat blog adik tu..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah