Happy 11th Birthday Amiera!! ~ Kek Milo Kukus

Assalamualaikum..

Baru masuk opis hari ni.. Isnin aku cuti.. pengasuh Arissa balik kampung ada kenduri... Selasa ngan Rabu pun tak keje.. Arissa cirit birit since Ahad.. hari Selasa dah kurang sket.. Fateh pun demam panas sejak Ahad.. demam on off.. lepas 2 hari telan antibiotik.. baru kebah sket demamnya..

Arissa masih tak sihat.. lepas cirit dia ok.. batuk ngan selesema pulaks.. aduiiii.. batuk tu yang buat aku risau.. kesian tengok dia batuk.. hari ni terpaksa jugak hantar ke rumah pengasuh.. esok aku cuti lagi.. ada urusan lain...

Berbalik pada topik.. baru berkesempatan nak update kan..

Sabtu lepas 22 Ogos.. hari ulang tahun kelahiran Amiera yang ke-11 tahun.. cepat jerk masa berlalu.. dah bosar panjang anak dara aku.. dah boleh kahwin pun.. heheheheh.. ngamuk dia kalau aku cakap camni..

Doa dan harapan... malaslah nak taip.. cukuplah hati ini berbicara denganNya.. dan titipan doa buat anak2ku setiap kali aku sujud kepadaNya..

Dikesempatan tu.. aku buat kek utk dia.. nak beli rasa cam rugi.. sebab kami bukannya suka sangat makan kek.. resepi dah ada.. ambik kat fb.. bahan ada yang takde.. tapi boleh jerk.. resepi yg sangat senang.. tak yah nak guna mixer bagai..

Alhamdulillah.. jadi jugak kek tu walaupun tak cukup bahan..

Kek Milo kukus.. deco belasah jerk.. Amiera suka Amber katanya..

sampai melimpah2 ko toping.. nyum3..

happy birthday my dear!


Majlis Merdeka Raya Bahagian

Assalamualaikum..

Rabu lepas.. walaupun Syawal dah berlalu.. opis aku ni tetap mengadakan jamuan raya.. memandangkan tak lama lagi hari Merdeka.. so sambut sekali..

Sekalung tahniah kepada semua AJK dan warga kerja yang terlibat secara langsung dalam menjayakan jamuan ni.. terbaek! i LIKE!!

Iols tak dapek nak nolong.. kojo coding den ni haa.. tak habih2.. pantang nampak mejo den ni kosong.. grrrr..

Ni pun baru dapek relax sket.. boleh update apo2 yang patut..

Layan gambar lah yer...

nasi beriani, laksa johor, sate, lemang, ketupat, rendang, kuih-muih, biskut2, buah2an dan minuman..

pulut kuning dan kek 

sibuk makcik ni memilih prop ha!

amboi ayat prop.. ghau.. ghau..

aku pakai biaso2 jerk.. malas nak vouge2.. kes malas nak iron baju.. hehehe..

Salam Merdeka Raya!!


Happy 6th Birthday Fateh ~ Kek Robocar Poli ~ DIY Gift ~ Sambutan @ CIC

Assalamualaikum...

Haaa.. panjang tajuk.. harap fahamlah hendaknya..

Flashback... 20 Ogos 2009.. genap Fateh berusia 38 minggu dalam kandungan.. Fateh selamat dilahirkan secara pembedahan di Hosp Pakar AnNur Bangi.. membesarkan Fateh adalah ujian buat kami.. banyak kali keluar masuk wad sebab tonsil.. alhamdulillah bila dah 4 tahun ke atas kurang sket kekerapan demamnya.. syukur..

excited time ni dapat anak lelaki..

sedih tgk dia menangis masa cucuk antibiotik

6 tahun telah berlalu.. sekejap jerk kan masa.. pejam celik pejam celik.. anak dah besar.. macam sekejap jerk zaman kecil mereka dengan kita.. tahun depan dah nak masuk sekolah rendah.. nanti bila dah besar sket malu nak manja2 ngan kita... huhuhuhuu... sib baik ada Arissa.. bolehlah lagi nak peluk cium anak kecil.. kalau Arissa pun dah besar sapa yang nak kita peluk cium lagi?? tambah lagi sorang?? hahahhaha... InsyaAllah kalau panjang umur dan badan masih sihat nak menguruskan baby... hahahhahahaha..

Harapan dan doa mama.. semoga Fateh membesar dengan sihat.. menjadi anak yang soleh.. bijak.. penyayang.. berbudi bahasa.. taat pada orang tua.. dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. semoga menjadi pembimbing keluarga tatkala mama dan papa tiada lagi di dunia ini.. aminnn..

Asalnya tak nak beli kek.. tapi naluri seorang ibu tu tak sampai hati ok.. untuk meraikan harijadi Fateh di CIC.. kelmarin aku tempah jugak kek.. nasib baik tempahan diterima.. alhamdulillah.. malam tu jugaks aku ajak en hubby pi DIY beli gift utk kawan2 Fateh..

tema Robocar Poli.. memang tengah top.. siap beli mainan lagi sebelum ni.. aku yang tak tahu sangat pasal kartun2 ni pun dah terjebak sama..

Poli, Amber, Heli dan Roi.. namapun aku dah ingat haa..




antara gift utk kawan2 Fateh

projek DIY gift dah siap!

seronok tengok anak2 happy kan..

mama, papa, kakak dan Arissa sayang Fateh sangat2.. muah3..


Minggu Open House

Assalamualaikum..

Akhir2 Syawal ni semakin ramai orang buat open house.. tak terkecuali juga sykt2 IT.. alhamdulillah.. dari Isnin sampai hari ni lunch hour memang makan free sajork..

Isnin Unit Pentadbiran bahagian aku buat makan2.. so, sah2 memang jemput sapa yg ada kat opis utk makan sekali..

Selasa.. kementerian pulaks buat open house.. sempena sambutan merdeka.. tunggu punya tunggu.. bergambar sakan bagai.. dah naik panas menunggu.. menteri tak sampai2..




last2 ada member bgtau company Heitech Padu pun buat open house.. jemput semua.. apa lagi.. tinggallah ratusan kakitangan kementerian yg ramai ni.. kita gi tempat yang kurang orang.. confirm tak berebut.. makan pun dengan tenang dan damai di Marina Putrajaya.


suka ngan backdrop ni.. 

Rabu.. terima jemputan dari sykt Dell di Cyberjaya.. kami antara yg terawal sampai.. so, dapatlah makan dengan aman damai..

siap ada persembahan lagi.. yg menarik perhatian adalah aiskrim dan durian..

Hari ni pulaks.. ke Dewan Sri Endon, Puspanitapuri.. open house Microsoft Malaysia.. mee kari meletops!

siap ada persembahan nyanyi2 bagai.. 


Mak Incik Dah Tuo!

Assalamualaikum..

Semalam tarikh ulang tahun kelahiran aku.. syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi peluang utk bernafas di dunia ini.. umur dah nak cecah 40-an.. aduhai.. risau jerk.. bak kata pepatah orang dolu2.. rumah kata pergi.. kubur kata mari.. cukupkah amalan ku? huhuhu..

pic credit to www.arabchurch.com

Seperti tahun2 yang lalu... since aku kecil lagi.. aku memang tak pernah celebrate birthday ni.. yerlah kehidupan kecil dan remajaku.. kehidupan yang susah.. penuh ranjau dan duri.. tiada ibu dan ayah di sisi utk meraikannya.. hanya menumpang kasih pada saudara mara.. dan tiada istilah ulang tahun kelahiran dalam diari aku..

Bila dah menginjak dewasa.. baru aku tahu akan kewujudan sambutan ni.. dan bila dah beranak pinak.. rasa seronok nak menyambut ulang tahun kelahiran anak2 dan en suami.. yeah.. aku tak pernah merasa masa aku kecil.. dan kalau boleh aku tak nak anak2 aku pun mengalaminya.. aku nak mereka dihargai kerana mereka amanah dari Allah..

Dan semalam.. bila en hubby belikan aku kek..  aku rasa janggal nak celebrate ni.. dah tuo kot.. aku lebih suka tengok orang lain yg sambut compare dengan diri aku sendiri.. hahahaha.. anyway thanks my dear lovely husband yang tak pernah lupa birthday aku..


Actually.. tak ramai pun yang tau birthday aku semalam.. aku ni jenis low profile.. tak suka nak show off sangat pasal diri aku sendiri.. esp. kat facebook.. sebab tu fb aku suram jerk dari ucapan2 ni... huhuhuu.. tapi my dear en suami dah wish awal2.. huhuhu.. sib baik ramai yg tak perasan..

luv u ketat2 abang!

Harapan dan impian aku??

Semoga hubungan kekeluargaan kami sentiasa mekar hingga ke Jannah..

Semoga rezeki aku sekeluarga melimpah ruah dan dikurniakan anak2 yang soleh solehah..

Semoga Allah panjangkan usia aku dan en suami supaya dapat membesarkan anak2 kami hingga menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara..

Semoga Allah kuatkan dan teguhkan iman ku untuk lebih beristiqamah dalam melaksanakan tanggungjawab dan tergolong dalam khusnul khotimah..


Aminn.. aminn.. ya rabbal alaminnn..

pic credit to www.netanimations.net

Hadiah birthday???

Hmmm.. hadiah pertama yang aku dapat.. cek weiii dari Etiqa... waaaa.. tau2 jerk tengah2 bulan ni kan.. tau2 jerk aku nak kena renew lesen memandu.. huhuhuuhu... 



dan kebetulan jugaks.. van jpj ada kat opis aku ni.. waaaa.. cantik sangat2.. tak yahlah aku nak menapak ke alamanda gi pejabat pos..

pic credit to fb KKM.. abam JPJ sedia menanti hari Khamis minggu pertama setiap bulan..

antara perkhidmatan yang ditawarkan..

first time dapat kad memandu comel ni.. huhuhuhu.. biasanya dapat hat yg di laminate tu jerk kat pej pos..

Hadiah kedua dalam proses penghantaran.. hadiah utk diri sendiri.. Jubah Bella Ammara.. diorang buat sale minggu lepas.. tapi sayang.. lain yang aku nak lain yg aku beli.. padan muka.. terkedek2 dok nak usha jubah.. ko tak tau.. hampir 5K orang dok serbu website Bella Ammara.. sampai jem website tu.. sehari jerk buat sale kaw2.. terus sold out semua size S... uwaaaaaaa...

special from Amiera.. tq sayang..

Lain2 hadiah akan dituntut kemudian.. lalalallala...


Kadar Sewa Baru Rumah Peranginan Persekutuan

Assalamualaikum..

Pagi tadi dikejutkan dengan kadar sewaan baru RPP... huhuhuhu.. berkuatkuasa 1 Ogos 2015.. uwaaaaaaaaaa....

Patutnya minggu ni i cuti2 mesia kat Langkawi yo.. first time dapat tempah RPP Langkawi.. tapi almalangnya.. en hubby ada urusan kojo... uwaaaaa.... sadis sungguh! pasni memang taklah nak tempah RPP kalau nak ke Langkawi.. baik den cari rumah tumpangan hat murah2.. yeke?? hahahhaa..

Antara isu yang menarik perhatian aku.. mula2 sekali semestinya harga baru yang dikenakan..




** rate lama aku tak berapa nak ingat semua.. yang aku ingat cuma rate RPP yang pernah aku tempah.. anggaran kenaikan dalam RM10-RM50.. kalau lebih aku tak pastilah..

Isu lain yang perlu diketahui..

** yang ni aku tak sure dinyatakan ke tidak dalam pekeliling sebelum.. aku tengok macam takde jerk.. so, limit 3 kali setahun ya..

** dulu 14 hari

** aku dah kena dulu sebelum pekeliling dikeluarkan.. hmmm

** dulu pembatalan tidak kurang dari 7 hari.. harap2 pembatalan tempahan ke RPP Langkawi aku tu dapatlah balik full.. tapi macam takde harapan jerk nak dapat full.. uwaaaaaaaaaaa...  

Untuk detail uols bleh baca kat Surat Pekeliling Am Bil. 2/2015 dalam laman web BPH ya..

Sekian, harap maklum.


Jamuan Raya Anjuran Cisco & Encoral

Assalamualaikum..

Raya sebulan kan.. selagi tak habis Syawal.. mesti ada jemputan jamuan raya..

Tahun lepas dapat satu jemputan saja.. jemputan dari Avnet.. tahun ni tak dapat pergi jemputan Avnet.. buat nun jauh di KL..

Isnin kami ke PICC.. jamuan raya anjuran Cisco.. ramai jugaks yang datang.. dan pilihan makanan agak terhad.. ceh3.. demand.. untung dapat makan free.. banyak songeh pulaks.. hahhahaha...


Selasa kami ke Marina Putrajaya... jamuan raya anjuran Encoral.. pun ramai yang datang.. makanan banyak pilihan ko.. ada nasi arab, ayam golek, kambing bakar, sup gearbox kambing, char kue tiaw, laksa, lemang + rendang, kek dan buah2an, pelbagai air minuman dan aiskrim! konyang den!.. alhamdulillah.. tima kasih ya..




Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (269) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (75) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (193) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (115) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (2) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty