Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Juadah Minum Petang ~ Resepi Churros

Assalamualaikum..

Khamis lepas.. saja menerai resepi churros.. asyik dok simpan dalam hp.. buatnya tak.. bukannya susah mana pun.. malas jerk lebih..

So, petang balik keje.. gigihlah aku membuatnya.. simple sangat2.. cuma nak duk hadap periuk panas masa menggoreng tu yang buat aku berpeluh.. huhuhuhuhu..

Hasilnya.. tidak menghampakan.. rasa not bad.. suh Amiera cuba.. dia tak berapa suka.. mentang2 aku salut ngan gula jerk.. cer aku salut ngan coklat.. laju jerk ko telan yerk.. grrrr.. Arissa pulaks yang lebih2 nak.. oh si kenit ni.. jenuh aku buang gula tu.. tak elok makan gula banyak nak oiii..

Churros ni lebih elok makan hari tu jugak.. rangup diluar lembut di dalam.. cewah!! kalau disimpan lama2.. akan lembik.. ker aku yang salah teknik menyimpan.. wallahualam.. kui3..

Resepi Churros.. kredit kepada empunya resepi ya.. aku ambik kat fb.. tapi bila print screen.. lupa nak snap sekali empunya resepi.. sorry yerk.. anyway.. terima kasih atas resepi awak ni.. sangat senang..

Bahan2:-

1 cawan air
2 1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak
1 cawan tepung gandum

minyak untuk menggoreng * aku goreng dalam periuk kecil.. penggunaan minyak tak sebanyak guna kuali.. nanti membazir..
1/2 cawan gula castor * aku main tabur jerk
1 sudu kecil serbuk kayu manis * tak letak pun

Cara2:

1. Masukkan air, gula, garam dan minyak dalam periuk.. panaskan sehingga mendidih
2. Tutup api.. masukkan tepung.. gaul rata..
3. Masukkan adunan dalam piping beg dan guna nozzle bintang * aku guna shringe jerk

pic credit to google

4. Goreng dalam minyak yang sederhana panas.. dah kuning keemasan baru angkat dan golekkan pada gula castor..


jemput makan ya..

Comments

syalinda johari said…
wahh jadik ni...
nak kena p beli jugak la nozzle tu

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah