Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

UPSR ~ UPKK

Assalamualaikum..

Hari ni pelajar tahun 6 di semua sekolah akan menduduki peperiksaan UPSR.. especially utk anak sedara aku nun di Seremban.. masa trial dapat 4A khabarnya.. juga kepada semua anak teman2 di luar sana.. gud luck and wish u all the best.. doa2 banyak2 yer adik2.. semoga menjawab exam dengan mudah dan tenang..

Khabarnya UPSR tahun ni tahun terakhir.. tahun depan wallahualam macam mana format exam yang baru.. tak tau dipanggil peperiksaan apa.. masih dalam peringkat kajian kot.. sebab Amiera adalah tahun pertama KSSR diperkenalkan.. macam2 konsep dalam KSSR ni.. aku pun tak berapa reti sangat.. nak kena survey jugaks tahun depan..

Teringat zaman aku dulu2.. takut siot.. zaman aku dulu pun ada 5 subjek.. BM ada 3 subjek, Math dan BI.. pastu tahun2 berikutnya.. 4 subjek jerk.. zaman sekarang ni 5 subjek balik.. ada Sains pulaks.. dulu aku target nak dapat 4A.. sebab sah2 aku tak boleh dapat A dalam BI.. kwang3.. tapi al-sayang.. aku kecundang dalam subjek Pemahaman BM.. uwaaaaaaaaaaaaaaa.... kaciwa tau!! sob3... guru Math merangkap guru BM pun frust ngan aku.. huhuhu.. nak buek camno!! bukan rozoki den... dapeklah 3A 2B.. sadis.. tulah.. cakap lagi bahaso nogori.. tetiba!

Awal bulan depan.. exam UPKK pulak.. khusus untuk pelajar KAFA Tahun 5.. ni yang buek den risau.. anak dara hat sulong ni nak ambik exam.. aduiii.. mak bapak yang risau.. anak boleh relax buat dono jerk!! camno?? kalau hadap aku memang kena luku lah jawabnya.. balik sekolah petang jerk.. hadap TV2.. ntah apa yang best layan citer Cina tu pun aku tak faham.. bukan citer kartun kot.. jangan ngikut aku sudah.. sebab zaman aku dolu2.. memang layan citer Cina ni... macam Police Cadet, cerita hantu cina etc.. tapi logiklah.. sebab masa dulu memang tengah famous cerita Cina ngan Jepun.. tv pun ada 3 channel jerk.. zaman sekarang ni macam2 cerita ada.. yang tengah hot cerita Korea.. tak nak pulaks di layannya.. tapi bagus gaks.. memang aku tak galakkan.. tapi banyak lagi kot Channel berunsur pendidikan.. nan ado ditengoknya.. kalau ada pun Oh My English.. tapi bukan bab English tu difokuskannya.. huhuhu..

Contoh soalan tahun2 lepas dan nota padat dah dibelikan.. lama dah.. tapi nak suh dia jawab tu.. aduhaiiiii... ada jerk jawabnya.. sekarang ni Amiera buat revision dan jawab soalan kat sekolah jerk.. kat rumah memang susah nampak dia sentuh.. masuk bilik terus kunci... ntah apa yang dibuat pun aku tak tau.. aku nak monitor pun susah.. tak bagi aku masuk.. aduiii.. anak dara ni..

Lagi sebulan nak exam.. kami kena bagi banyak tumpuan pada Amiera.. doakan Amiera mudah faham, terang hatinya untuk menerima ilmu, mudah menghafal dan mudah memahami soalan..

Uols ada tips lain tak eh selain jawab soalan2 yang lama?? apa tips korang yang anak pernah ambil exam UPKK tahun2 lepas.. tq..

Sedikit info berkaitan UPKK.. diambil dari Manual Prosedur UPKK 2014.. jumpa kat google tadi..

LATAR BELAKANG


Nama Peperiksaan Ujian Pencapaian Kelas KAFA (UPKK)  bermula pada tahun 1994. Pada tahun 2009 telah ditukar kepada Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) sehingga sekarang.


Peperiksaan UPKK dilaksanakan semasa  pelajar berada di tahun 5 yang telah menduduki kelas KAFA sekurang-kurangnya 3 tahun .

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) menjadi salah satu syarat utama  untuk kemasukan pelajar ke Sekolah Menengah Agama peringkat Persekutuan dan Negeri.

TUJUAN

Memperkasakan UPKK supaya setaraf dengan peperiksaan awam yang lain dan digunapakai dalam pemilihan pelajar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP), Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).


OBJEKTIF

1. Menilai tahap kemahiran dan kebolehan pelajar KAFA dalam bidang bacaan dan hafazan Al-Quran.

2. Menilai kefahaman dan pengetahuan pelajar KAFA dalam bidang Amali Solat (AS) dan Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI).

3.  Menilai tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar dalam Ilmu Fardu Ain dan Pengetahuan Islam.

4. Menilai kemahiran pelajar KAFA  dalam membaca dan menulis jawi.


BIDANG YANG DI NILAI

UPKK 01        Al-Quran 

UPKK 02        Ulum Syariah (Akidah dan Ibadat)

UPKK 03        Sirah

UPKK 04        Adab  (Akhlak Islamiah)

UPKK 05        Jawi dan Khat

UPKK 06        Lughatul Quran

UPKK 07        Penghayatan Cara Hidup Islam (Lisan)

UPKK 08        Amali Solat (Lisan dan Amali) 



BENTUK PENILAIAN

Bentuk Lisan   dan Penulisan    :           Al-Quran


Bentuk Amali dan Lisan            :           Amali Solat

Bentuk Lisan dan Pemerhatian  :           Penghayatan Cara Hidup Islam

Bentuk Penulisan                       :           Ulum Syariah (Aqidah & Ibadah)  
                                                                Sirah                                                            
                                                                Adab (Akhlak Islamiah)
                                                               Jawi dan Khat
                                                               Asas Lughatul Quran 

 PENGGREDAN                                                               

Pencapaian tiap-tiap tahap berdasarkan gred dan skala berikut :

A (Cemerlang)                                                80-100
B (Baik)                                                          60-79 
C (Memuaskan)                                              40-59
D (Lulus Tidak Mencapai Tahap)                   01-39


PENGENDALIAN PENILAIAN

Penilaian setiap subjek peperiksaan bertulis dan lisan akan dikendalikan oleh pemeriksa dan penilai yang dilantik Agensi Bertanggungjawab.

Penilaian subjek peperiksaan Amali Solat, Penghayatan Cara Hidup Islam dan Lisan Al-Quran dan Hafazan akan dikendalikan oleh guru-guru calon yang dinilai. 

Penilaian setiap subjek akan dibuat mengikut takwim UPKK tahun penilaian.

Penilai mestilah memasukkan markah ujian subjek Amali Solat, Penghayatan Cara Hidup Islam dan Lisan Al-Quran ke dalam Sistem Pengurusan Markah Sekolah (SPMS).

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah