Posts

Showing posts from October, 2015

Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Arissa Keracunan Air ~ 1 tahun 6 bulan

Image
Assalamualaikum.. Semalam aku cuti.. jaga Arissa.. semalam juga genap usia Arissa 1 tahun 6 bulan.. dugaan pada bulan ni.. Arissa muntah2 dan cirit birit yang berkemungkinan besar berpunca dari air yang kotor.. Sebelum nak cerita lebih lanjut tentang isu keracunan air.. nak cerita dulu tentang Arissa yang dah masuk usia setahun setengah ni.. Berat setakat ni 8.9kg.. rasanya dah muntah cirit ni confirm kurang balik berat badan dia.. dah boleh makan macam2 tapi kena kawal juga sebab Arissa ni alergik.. ekzema kan.. pantang salah makan sket... habis naik ruam kat sekeliling leher, bahu dan kepala.. Sangat aktif berlari sana sini.. aku yang naik risau takut tersadung kat mana2.. memanjat memang no. 1.. suka sangat panjat kerusi.. pastu duduk atas meja makan.. cari makanan.. bukannya nak makan sangat pun..   muka seronok bila dapat panjat sana sini.. Gigi setakat ni.. selain gigi arnab 4 batang tu.. adalah sket nampak keluar 2 batang.. aduhaiii.. lambat sungguh nak tumbuh

Seminar Kecantikan ~ Pengasas Sendayu Tinggi ~ Jamu Ratu Malaya

Image
Assalamualaikum.. Jumaat lepas ada seminar kecantikan anjuran Puspanita kementerian.. semangat ok nak pergi seminar ni.. dari minggu lepas dah bagi nama kat urusetia.. aku yang masih migrain gagahkan jugak gi keje semata2 nak tengok pengasas Sendayu Tinggi secara dekat.. hehehehe.. lagipun ada tujuan lain.. lalalala... Mula2 tengok Pn Rozita Ibrahim tu agak terkezut.. alahai.. kurus beb!.. solid.. molid.. tak padan dengan umur.. Banyak tips dan petua yang dikongsi dengan kami semua kaum wanita bergelar isteri especially  selepas melahirkan anak.. ceh3.. nak cerita lebih2 sensitip.. malu pun ya.. Apa yang boleh aku rumuskan.. kita kena pastikan hormon kita sentiasa muda... how?? Jaga pemakanan..elakkan makanan2 segera.. kurangkan makan ubat2 yang ada bahan kimia.. dan juga ubah cara hidup kita ke arah yang lebih baik.. InsyaAllah.. Akibat kekurangan hormon dan kandungan toksid dalam badan kita akan mendatangkan pelbagai masalah especially kesan2 penuaan semakin ketara..

Exam UPKK ~ Last Day ~ Adab (Akhlak Islamiyah)

Image
Assalamualaikum... Sebelum aku nak cerita pasal exam hari ni.. masa exam Sirah dan Jawi Khat hari Selasa lepas.. balik rumah Amiera terus bagitahu aku yang exam Sirah senang.. muka happy jerk aku nengok.. exam Jawi Khat bolehlah katanya.. sempat lagi Amiera salin soalan Sirah kat atas tisu semata2 nak tunjuk kat aku.. alhamdulillah.. memang soalan dia senang..  cuma adalah beberapa soalan tu Amiera silap jawab.. takpelah.. walaupun soalan tu senang.. tapi kita tak tahu.. tukang periksa kertas jawapan macam2 orang.. kena masa mood dia tak elok.. naya jerk.. harap2 Amiera dapat cemerlang dalam Sirah.. aminnn..   soalan Sirah Bahagian A Hari ni merupakan hari terakhir exam UPKK bagi tahun 2015.. alhamdulillah.. pasni nak kena ngajar Amiera utk exam sekolah kebangsaan pulaks.. examnya minggu depan.. bila kita ngajar sendiri ni baru rasa puas hati.. sekurang2nya kita tahu tahap kemampuan anak2 kita.. Subjek Adab atau dikenali juga Akhlak Islamiyah terbahagi kepada dua kertas.. ke

Alumni SMKDMS?

Assalamualaikum.. Lewat petang ni sambil nunggu masa nak balik.. bacalah paper online sekejap.. Tiba2 dalam senarai berita terkini Utusan Online ternampak satu tajuk.. macam ku kenal jerk nama tu.. aittt.. tak pernah2.. since aku berhenti Lower 6.. dah 20 tahun kot... inilah kali pertama aku nampak berita berkaitan dengan sekolah aku dulu.. So, dengan tak sabar2 aku membaca berita ringkas tersebut,... ************************************************************************ Alumni SMKDMS Nilai dipelawa sertai ‘Sepetang di DMS’ 13 Oktober 2015 3:42 PM SEREMBAN 13 Okt. - Semua bekas pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd. Said (SMKDMS), Nilai dekat sini dipelawa hadir dan menyertai aktiviti penyatuan semula atau ‘reunion’ menerusi program jamuan ‘Sepetang di DMS’ di sekolah itu, 25 Oktober ini. Program anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKDMS itu bertujuan memperkukuh hubungan sesama bekas pelajar di samping menambahkan dana persatuan itu bagi menampung p

Persediaan Peperiksaan UPKK 2015 ~ Buku Rujukan dan Contoh Soalan

Image
Assalamualaikum.. Meh aku nak share buku2 rujukan yang diguna sepanjang aku mengajar Amiera untuk menduduki exam UPKK.. Pada awal tahun.. en hubby ada belikan nota padat UPKK dan koleksi soalan UPKK.. dengan harapan Amiera boleh cuba menjawab sikit2..dan dalam 8 bulan sebelum ni.. memang minta bantuan ustazah untuk bimbing Amiera..  aku memang tak monitor sangat... sibuk dengan Arissa.. letih pun ya lepas balik keje.. banyak menda nak kena buat..   pic credit to mumtazenterprise.blogspot.com Sebulan sebelum exam bertulis percubaan dan sebenar UPKK bagi 5 subjek.. tergerak hati aku untuk google contoh2 soalan lain kalau ada.. memang susah nak jumpa.. Ntah macam mana aku terklik kat satu laman web kedai buku ni.. jumpalah koleksi soalan2 UPKK.. yang menarik minat aku untuk membelinya ialah koleksi soalan tu diasingkan mengikut subjek.. so, senang sikit aku nak monitor.. yang paling penting pembelian secara online.. sangat mudah cepat..       menariknya buku2 ini..

Exam UPKK Day 1 (Lughatul Quran) & Day 2 (Ulum Syariah) dan Tips Menjawab Soalan

Assalamulaikum.. Exam UPKK bagi subjek Lughatul Quran (Bahasa Arab) dan Ulum Syariah (Aqidah & Ibadat) telah selesai diduduki oleh Amiera semalam utk subjek Ulum Syariah dan Khamis minggu lepas untuk subjek Lughatul Quran.. Alhamdulillah.. Respons Amiera tentang subjek Lughatul Quran.. "bolehlah"..  untuk subjek Ulum Syariah.. "ok, senang".. amboi!! hopefully hasil usaha kami berdua dalam tempoh sebulan ni dengan ujian Amiera kena denggi berbaloi.. semoga Amiera mendapat keputusan yang cemerlang.. aminnnn... Di bawah ni adalah hasil pemerhatian aku selama sebulan mengajar Amiera dan berdasarkan contoh soalan tahun2 lepas.. Bagi subjek Lughatul Quran .. ada Bahagian A (40 markah) dan Bahagian B (60 markah).. soalan berbentuk objektif dan subjektif.. ada soalan berkaitan dengan gambar, ada soalan berkaitan dengan nombor, ada soalan berkaitan dengan masa, ada soalan berkaitan dengan bulan Hijrah, ada soalan susun ayat, ada soalan berkaitan kata ganti diri,

Exam UPKK Day 3 ~ Sirah dan Jawi Khat ~ Contoh Soalan UPKK

Image
Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. hari ni dah hari ke-3 Amiera menduduki exam UPKK.. hari ni ada exam Jawi Khat dan Sirah.. nampak macam senang kan.. tapi agak mencabar jugak sebenarnya.. Berdasarkan soalan tahun2 lepas.. pada aku banyak yang senang dari susah.. subjek Sirah kena banyak membaca.. subjek Jawi Khat tu anak2 kena tahu mengeja jawi.. kalau tak memang masak.. Alhamdulillah.. berkat Amiera belajar di MAFIST.. Amiera boleh menulis jawi.. cuma kadang2 tu ejaan tak sepertimana yang dikehendaki.. itu yang buat aku risau.. cuma tang Khat tu.. Amiera tak berapa terror lagi nak menghasilkan khat yang cantik.. ada beberapa jenis khat ya.. khat Thuluth, khat Nasakh dan khat Riq'ah.. aku pun dah  hafal.. huhuhuuu..    Khat Thuluth   Khat Nasakh  khat Riq'ah all pic credit to google.. Soalan berkaitan dengan Jawi Khat ni terbahagi kepada dua.. ada Bahagian A (Jawi - 70 markah) dan Bahagian B (Khat - 30 markah)..  Dalam Bahagian A, ada soalan obj

Himpunan Doa Menghadapi Peperiksaan

Image
Assalamualaikum.. Mentang2 anak aku tahun ni dah start mengambil exam yang agak penting jugak.. so, rajinlah jugak aku simpan koleksi2 doa buat anak2 dan ibu bapa.. boleh buat rujukan aku nanti dan anak2.. Uols pun boleh simpan.. ada yang aku jumpa kat google.. ada yang aku download dari fb.. terima kasih kepada yang sudi share doa2 tersebut.. Doa sebagai pelajar..         Doa sebagai ibu bapa..       Akan diupdate jika terjumpa mana2 doa yang sesuai untuk anak2 kita.. Semoga anak2 kita berjaya menjawab soalan peperiksaan dengan jayanya.. amin..

Mossy Forest Gunung Brinchang Cameron Highlands

Image
Assalamualaikum.. Cerita dah basi baru nak update... huhuhuhu.. itupun kebetulan ingat.. ini hari kalu.. sket ada rajin..  .. hehehe.. ehh.. tetiba laks.. macamlah reader aku ni bangsa lain.. sorry yerk.. Sehari selepas hari raya Haji baru2 ni.. kami ke Cameron Highlands.. saja family husband nak kumpul ramai2.. Kalau ke Cameron ni tak sah kalau tak shopping sayur2an.. buah2an.. kannnn.. dah memang rutin tiap2 tahun kalau balik Ipoh.. ada masa terluang kami akan naik ke Cameron.. tapi biasanya kami balik hari aja.. Kali ni kami lepak semalam kat homestay.. tak ingatlah nama homestay tu..   nampak kecik tapi besar rumah ni..     kenangan sebelum check-out    mucuk aku ni memang susah sangat nak pakai topi.. rimas gamaknya.. kita dok risaukan dia sebab sejuk.. kan dah selesema.. Esoknya kami plan nak ke ladang teh Sg Palas dan ke Mossy Forest.. perjalanan ke mossy dulu.. sangat menakutkan dengan keadaan jalan yang tak diselenggara.. tak aman duduk dalam keret

Jadual UPKK 2015 ~ UPKK Tangguh lagi??

Image
Assalamualaikum... Sepatutnya peperiksaan UPKK dijalankan dalam minggu ni..   ni jadual peperiksaan.. Tapi disebabkan jerebu melanda negara kita.. sekolah terpaksa ditutup 2 hari iaitu Isnin dan Selasa.. dan UPKK terpaksa ditangguhkan.. aduhaiiiii...  So, exam hari Isnin (Ulum Syariah) dan hari Selasa (Sirah dan Jawi Khat) ditangguhkan ke hari Isnin dan Selasa minggu depan.. tang ni aku frust sket sebab dah pulun ngajar Amiera utk subjek Ulum Syariah dan Jawi Khat.. ingat boleh rehat... huhuuhuu... tapi mungkin ada hikmahnya.. kan Amiera kena demam denggi.. hopefully pasni ada masa lagi utk buat ulangkaji..   Semalam pulun pulaks suruh Amiera baca dan jawab soalan Adab.. Amiera pun konon dah semangat ni nak menjawab.. pagi tadi siaplah aku masak bekal utk dia sebab pagi2 ni dia kena pergi ke sekolah agama utk buat ulangkaji sebelum exam petangnya.. Tup2 pagi tadi member opis bagitahu yang subjek Adab pun kena tangguh sebab jerebu di Langkawi.. aduhaiiiii.. tangguh la

Kisah Amiera dan Denggi

Image
Assalamualaikum, Memang tak sangka Amiera kena demam denggi.. sangat terkejut ok.. meh aku nak story..   kalau aku jumpa ko nyamuk dalam rumah aku.. siap ko!! aku ganyang2 ko cukup2.. Hari Pertama Masa raya Haji baru2 ni.. kat Ipoh.. Amiera ada mengadu sakit kaki.. masa tu kami gi melawat anak sedara cirit birit.. hampir dehydrate.. walaupun sakit kaki gagah jugak dia nak ngikut ke hospital Ipoh..  Balik hospital pi rumah SIL.. makan2.. nyum3.. petang tu Amiera mintak ubat demam ngan aku.. pastu dia dok berselubung dalam bilik. .sejuk.. suruh makan kurang selera katanya.. tapi aku paksa jugak petang tu.. lepas makan telan ubat demam..  Malamnya Amiera demam balik.. aku dah risau.. Hari Kedua Kami akan ke Cameron.. gather2 family en hubby.. lewat petang.. demam still tak ok.. pergi klinik cari ubat tahan sakit jenis yang masuk kat dubur.. diorang tak jual.. yang ada cuma jenis paracetamol.. ubat tu memang aku bawak sentiasa utk Arissa.. staff tu nasih