Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Cuti-cuti Malaysia ~ Pulau Langkawi ~ Day 2

Assalamualaikum..

Bersambung semula cerita ceriti Cuti2 Malaysia baru2 ni..

Selepas sarapan di kedai yang berhampiran RPP.. kami gi ambik kereta sewa.. oh ya.. kereta sewa ni pun mengenakan deposit rm100..

Nak gi isi minyak satu hal.. kena tunggu pukul 10 pagi baru boleh.. ada masalah teknikal katanya.. aduhaiii.. nunggu lagi.. nak ke stesen minyak yang lain takut nanti tak jumpa satu hal.. takut minyak tak cukup.. tak pasal2 kena tolak kereta tu.. oh tidak.. aku rela menunggu..

Yeahh.. minyak dah isi.. so, jom kita round satu Langkawi.. hehehehhe..

Mula2 kami ke Oriental Village.. cadangnya nak naik cable car.. tapi mak aiiii.. ramainya orang.. kami round2 dulu kat situ..

ape ke hei nya si Fateh posing camtu..

si kakak takut2 nak lalu jambatan tergantung ni..

suh en hubby bawak Amiera dan Fateh masuk sini


 boleh tengok aksi diorang dari luar

  

jam baru pukul 12.. dapat tiket naik skycab pukul 3.30 petang.. lepas masuk cinemotion kami ke Beras Terbakar.. saja jalan2 cari kain batik.. sib baik tengahari tu hujan selebat2nya.. sapalah yg naik cable car waktu hujan tu.. mesti seram sejuk naik.. ke dibatalkan.. wallahualam.. lepas lunch kami gerak semula ke Oriental Village..

sambil menunggu untuk masuk ke SkyDome.. ingatkan apa lah skydome.. best jugak naik skydome ni... huhuhuhu..

Arissa tidur sepanjang naik cable car.. letih gamaknya..

sekejap jerk kami pusing2 di hentian pertama.. terus naik semula cable car utk sampai ke kemuncak..

yeahhh.. kami dah sampai.. Amiera takut2..

pemandangan dari atas.. sayup jerk..

us..

suka tengok ragam dua beradik ni.. ada jerk nak digaduhnya.. 

Jam dah menunjukkan hampir pukul 5.. kami bergegas ke Pekan Kuah.. kami ikut jalan jauh.. saja nak explore Langkawi.. nak juga singgah kalau jumpa pantai pasir hitam.. tapi sampai ke sudah tak jumpa.. hahahhaha.. nak ke Kilim Park takut tak sempat..last2 kami meneruskan perjalanan tanpa henti di mana2 utk ke Pekan Kuah.. InsyaAllah.. kalau datang ke Langkawi lagi nak juga explore Kilim Geoforest Park..

Kompleks Haji Ismail Group.. sebelahnya ada hotel HIG.. kawasan ni agak besar jugak.. parking pun banyak.. kat luar kompleks ada surau... ada kedai makan..

Lepas tu round Pekan Kuah.. pergi kedai HIG yang lama coz nak cari coklat yang aku nak.. pastu nak cari kedai yg jual beg tarik yang comel2.. huhuhuhu..

hasil mencandat.. harga coklat makin mahal beb.. dapat jugak beli beg Hello Kitty utk Arissa..

Lepas tapau dinner.. kami bergegas pulang ke RPP.. hujan sangat lebat.. dan ada peristiwa pahit pada malam kejadian.. malas nak cerita.. buat sakit hati aku jerk... uwaaaaaaaaaaa....

Bersambung hari terakhir di n3 seterusnya..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah