Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Fateh di Hari Orientasi Tahun 1

Assalamualaikum..

Lagi beberapa hari nak masuk tahun baru.. dan Fateh akan melangkah ke alam persekolahan yang sebenar.. Tahun 1..

Isnin baru2 ni ada hari orientasi utk Tahun 1 dan Pra-Sekolah.. pendaftaran bermula jam 8 pagi..

Pukul 6.30 aku bangun siapkan bekal utk Arissa dan Fateh.. dalam pukul 7.00 gitu kejutkan Fateh yang masih lena diulit mimpi.. kena sogok dulu dengan susu dan bgtahu dia lepas minum bangun untuk mandi.. pesan macam2.. jangan bagi dia tidur balik.. mata masih pejam.. tapi kepala angguk tanda setuju..

Aku dok kalut kat dapur.. jenguk semula dari dapur.. aiiii.. tak bangun2 jugak.. aduhai.. last2 en hubby yang kejutkan dia.. sib baik tak meragam..

hensem boy dah ready nak gi school..

kelihatan ramai yang sedang mendaftar.. nama Fateh tersenarai di dalam kelas Hijau.. info ni aku dapat masa baca fb PIBG sekolah.. sib baik tergerak hati nak buka fb.. kot2 ada berita penting untuk hari pendaftaran keesokannya.. fuhhh.. lega.. kalau tak kalut nak cari nama Fateh setiap warna kelas.. huhuhu..

alolo.. comey nya.. hehehhe... baik jerk muka kan.. hahahhaha..

Sementara menunggu pukul 9 utk taklimat ibu bapa.. kami sarapan dulu di kantin.. tinggal Fateh di tapak perhimpunan..

Tepat pukul 9.. ibu bapa diarahkan ke dewan untuk mendengar taklimat.. manakala murid2 akan di bawa ke kelas masing2 untuk aktiviti bersama guru..

Di dewan.. mula2 dengar taklimat dari guru pen kanan hal ehwal murid.. ttg perilaku murid dan peranan ibu bapa dalam mendidik anak2 tentang tingkah laku di sekolah.. kemudian ucapan dari guru besar yang bercerita tentang sekolah dan prestasi sekolah.. yg terakhir ucapan dari wakil Umno Putrajaya.. 

Oh ya.. bersempena hari orientasi ni.. Umno Putrajaya berbesar hati menghadiahkan sebuah beg sekolah dan pencil box.. majlis penyampaian diadakan kepada pelajar terpilih sahaja.. anak2 ajk pibg lah tu.. huhuhu.. utk lain2 pelajar.. beg akan diserahkan di dalam kelas masing2..

ini jerk yg sempat aku snap..

Kemudian kami bergegas ke kelas Fateh untuk menghantar borang pendaftaran.. 

haii.. dalam surat tak kata suruh bawak salinan.. nak original.. tapi kat sini nak salinan pulaks.. jenuh en hubby dan Amiera balik rumah.. pi buat salinan.. sib baik rumah dekat.. bayaran rm5 dikenakan utk 4 keping tanda nama..

Jumpa Fateh dalam kelas dengan geng2 CIC.. amboi syoknya dia.. ada geng.. tanya jugak Fateh dia kena buat apa.. cikgu suruh kaler dan menulis katanya.. tak tau diorang buat apa sebab kertas dah tak ada.. mungkin bukan exam.. sebab exam Linus yang akan menentukan Fateh berada di dalam kelas yang mana satu.. aku tak harapkan Fateh berada di kelas yang pertama sebab aku tahu kemampuan Fateh setakat mana.. cuma aku nak dia boleh menguasai 4M tu..

beg tajaan Umno Putrajaya.. dalam beg ni dah siap2 buku teks diorang sediakan.. 

Balik rumah terus aku balut buku teks.. hancur lunyai buku2 teks yg ada.. ada yang dari sekolah lain pun ya.. ada yang tiada cop sekolah.. macam2 hal buku teks tu.. sian Fateh.. masa Amiera best sebab dia tahun pertama KSSR.. so, buku semuanya baru... 

Oklah.. itu sahaja cerita ttg hari orientasi..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah