Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Hari Terakhir 2015 ~ 3 FA ~ Kafe Kayu

Assalamualaikum..

Hari ni 31 Disember.. hari terakhir bagi tahun 2015..

Esok tahun 2016.. azam baru?? impian?? kalau berkaitan dengan kerjaya aku malas nak fikir.. harungi macam biasa.. hadap jerlah coding ni sampai aku pencen.. uwaaaaaaaa... 

Tahun depan aku nak fokus dengan pendidikan anak2 terutama Amiera.. lagi 9 bulan beb.. risau anak nak exam UPSR ni.. dahlah format baru.. 6 subjek pulak tu... pening ooooo... aku pulaks yang terlebih risau.. Amiera relax jerk.. masih dengan dunia khayalan dia.. selagi tak ketuk selagi tu dia tak bergerak.. acano?

Sebulan selepas UPSR Amiera kena hadap pulak exam UPSRA.. mampos.. harap2 Amiera boleh bawa dua exam ni.. huhuhu..

Fateh pun sama.. nak kena fokus jugak supaya dia boleh membaca dengan lancar.. nak tackle mood dia tu utk membaca dan buat latih tubi bukan senang ok.. dan dia jenis tak suka buat keje yg sama berulang kali.. aduhhh... mencabar sungguh nak didik anak lelaki ni..semoga aku kuat dan sabar nak mengajar Fateh..

Mucuk aku yang sorang lagi tu.. biarlah dia dengan dunia dia.. aku tak nak push apa2 lagi.. masih seronok nak gomol2 dia.. geram tau! nak geget jerk.. dengan keletah dia yang semakin naik lemak.. huhuhuh.. suara tok sah cakap.. sekali dia menjerit.. satu bangunan boleh dengar suara dia.. Arissa dah setahun 8 bulan ya.. perkembangan setakat ni.. gigi dia dah ada 10 batang..

dgn patung peberet yg dipanggil 'baby'.. patung ni masa zaman Amiera kecik lagi.. masih sihat walafiat..

jadual pertumbuhan gigi Arissa.. exactly tarikh tak ingat..

Dah pandai sebut macam2.. mama, papa, kakak, nenek, atuk, opah, chuchu (susu), etc.. boleh kenal tubuh badan macam pipi, mata, hidung, mulut, tangan dan kaki.. sambil menunjukkan aksi..

Dan yg paling aku geram ngan dia.. kalau dia mengamuk.. haiii.. dia punya jerit.. bingit telinga aku ni.. kalau tak dilayan apa yg dia nak.. dia akan marah sambil nanges.. dan yg kelakarnya.. lepas dia membebel marah ntah apa2.. dia akan mencebik.. buekkkk... aduiiii.. dengan gaya dia tu memang tak boleh bla.. gelak sakan aku..

Satu lagi karenah Arissa yang lain dari Amiera dan Fateh.. dia ni memang suka makan.. walaupun dalam kuantiti yang sikit.. tapi kalau dia tgh lapar mmg nak makan aja.. dan dia pantang nampak aku bawa cawan dan sudu.. dia akan panjat meja.. hadap aku minum.. dia pun sekali menyibuk tumpang minum.. aduhaiii.. tak kisahlah aku minum teh ke indocafe ke.. pedulik apa dia.. ntah apa yg sedap kat tekak dia ntah..

Tamat kisah anak2 aku utk tahun ni..

Sempena nak mengakhiri tahun 2015.. budak2 opis ajak gi lunch kat Kafe Kayu, Dengkil..

restoran yang unik.. 

antara menu di sini

driver hari ni.. hehehehe.. blogger ida aka dealer Amway.. sapa nak beli barang Amway dengan harga kawan2 boleh contact dia naa..

aku makan set asam pedas tenggiri dan air jagung special.. nyum3.. siap bungkus sup daging dan asam pedas ikan pari.. malam karang aku masak nasi jerk.. lalalla.. kes malas masak..

sebelum balik bergambar dulu dengan owner.. satu opis ngan kami.. 
hmmm.. bilalah aku nak terbuka hati pakai camtu ek? erk.. 

Tamat acara makan2 ngan kawan opis.. ramai takde kat opis ni.. ada yg cuti2 Malaysia.. ada yg cuti sakit.. macam2 cuti laa.. aku jerk masih setia di opis.. sebab cuti dah tinggal 2 ketul jerk.. uwaaaaa... carry forward jerlah.. tu pun akan habis next week.. cuti sbb anak2 nak mula sekolah.. huhuhu..

Menutup tirai aktiviti masak memasak tahun 2015.. antara resepi baru yg aku cuba adalah.. ayam sambal bali dan ayam buttermilk.. gambar ayam sambal bali aku dah hilang.. tak tau sapa yg pi delete.. huhuhuhu..

kuah buttermilk eh dah kena sejat.. hehehehe.. 

Oklah.. itu sahaja cerita menutup tirai 2015.. semoga kenangan2 di tahun 2015 akan sentiasa tersemat diingatan.. dan semoga tahun baru 2016 membawa sinar baharu dalam kehidupan kami sekeluarga.. aminnn...

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah