Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Resepi Apam Coklat

Assalamualaikum..

Baru2 ni saja mengisi masa lapang dengan masak memasak.. masaklah sangat ya.. hahahhaha...

Saja buat.. resepi pun senang.. cara buat pun senang.. bolehlah anak2 makan bila lapar.. nak2 pulak si Fateh.. kalau nak suruh makan nasi tu memang payah.. nak kena suap bagai.. tapi kalau makan benda manis2 ni.. laju jerk dia.. kalau kena tekak dia.. lagi lah ulang2 makan.. si Arissa pun sama.. memang pantang nampak kek..

Aku jumpa resepi ni dalam fb.. katanya apam coklat.. aku tengok resepi macam kek coklat.. tak kisahlah.. apam ke kek ke.. yg penting sedap.. ntah sapa yang share.. kredit to empunya resepi ya..

hasil yang diperolehi.. suku dah kena ngap dek Fateh masa tengah2 panas kuar dari periuk kukus..

Bahan2 :-

2 cawan tepung gandum
4 sudu makan serbuk koko
1 st baking powder
1/2 st soda bikarbonat
1/2 st garam
2 biji telur
1 cawan minyak
1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat manis
1 cawan air

** Nampak macam amboiii.. manisnya sebab kuantiti gula dan susu pekat manis.. tapi bila dah masak rasanya ngam2.. tak manis sangat..

acuan yg dah lama beli tapi tak guna.. ada besar ada kecil..
Cara2:

1. Panaskan kukusan
2. Campur semua bahan dan kacau sebati.. rehatkan selama setengah jam.
3. Kukus dalam acuan lompang yang disapukan minyak selama 15-20 minit.. ** aku kukus 20 minit
4. Makan dengan aiskrim vanilla lagi umpphh.. ** aku makan cenggitu pun sodap

hasil setelah di kukus..


S E L A M A T    M E N C U B A ! ! !

Comments

Qaseh Suhaida said…
Anak2 mesti suka mkn

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah