Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Review Filem Dilwale

Assalamualaikum..

Sapa2 yang belum pergi tengok filem Dilwale ni.. amatlah disyorkan pi tengok ya.. korang takkan bosan layan filem ni..


Kalau nak tengok yg free ada jerk kat internet.. gi lah download.. tapi takde Malay subtitle.. huhuhu.. dan feeling tak sama tengok kat panggung.. kat panggung boleh gelak ramai2.. hehehe..

Dalam filem ni ada 4 watak utama.. watak yang menjadi pujaan ramai semestinya Shah Rukh Khan dan Kajol.. dan 2 orang lagi pelakon aku tak kenal.. hehehehe.. Kajol cantik sangat ko.. aku tak tau apa yg dia pakai.. mekap kot.. tapi cantiklah compare dengan filem2 sebelum ni.. filem ni ada aksi, cinta dan lawak.. tak bosan layan filem ni..

sweet sangat Kajol.

Alkisahnya.. SRK dan Kajol dulu2nya merupakan ahli kumpulan gengster yang bermusuhan sesama sendiri.. tetapi SRK jatuh cinta dengan Kajol dan mereka bercinta secara senyap.. tetapi pergolakan berlaku menyebabkan mereka berpisah.. huhuhuhu..

15 tahun kemudian.. mereka bertemu semula kerana watak 2 pelakon baru tu.. siapa pelakon baru tu?? apa peranan diorang?? uols tengok lah sendiri yer.. tak bestlah cerita kat sini..

Lagu2 filem Dilwale ni pun best.. era baru.. antara lagu yang aku suka Janam-janam, Gerua dan Tukur-tukur.. dah takde irama macam zaman Kabhi Kushi Kabhi Gham.. Dil To Pagal Hai.. Dilwale Dulhania Le Jayenge.. modern song ok..

tarian dalam lagu terakhir Tukur-tukur..

Cuma yang kureng kat sini.. watak penjahat nama dia King tak berapa best laaa.. tak mencabar.. kalau cerita dulu2 kan kalau watak penjahat tu memang betul2 jahat.. sampai geram rasa nak tumbuk2.. hahahhahaha.. ni macam watak penjahat era moden.. ngeh3.. ada style.. ceh! style lah sangat..

belah kanan sekali tu lah King..

Oklah.. uols yg minat hindustan tu bolehlah layan.. yg tak minat hindi movie duk ontok2 yo.. layan cerita lain yg banyak lagi kat panggung.. see ya..

p/s : all pics credit to google.com

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah