Posts

Showing posts from July, 2015

Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Alive 3D Art Gallery Lukut PD

Image
Assalamualaikum.. Lepas family gath.. kami dengan haluan masing2.. aku ajak en hubby cari 3d art gallery.. sebelum tu singgah makan dulu.. pekena asam pedas.. Lokasi di Lukut, PD.. Tiket masuk.. dewasa RM20 (mykad) dan rm15 (mykid).. pakej RM65 utk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak.. Layan gambar lah yerk.. kelakar pulaks rasa.. maklumlah first time nak bergambar ngan 3D art ni.. pening sket nak ikut contoh.. pastu ngan ramai orang nak bergambar.. agak tak aman di situ.. Banyak sangat gambarnya.. aku pilih mana yg ok jerlah yerk..   mula2 aku tak faham gambar ni.. tengok lama2 baru aku faham.. kehadiran Amiera tak sesuai di situ.. korang faham?   konon..   ewah2.. larat ke tu?   cepat2 sebelum banjir!   waaa hebat!   opss!!    alah abang ni.. gaya kena lebih tau.. baru real..   kakak pulaks tegak di situ.. aduiii..   amboiii.. dating nampak..   selamatkan Arissa!! kakak masih tegak disitu.. tak faham aku..   tolong!!!  

Family Gathering @ RPP Port Dickson

Image
Assalamualaikum.. Baru2 ni kami ada buat family gathering kat PD.. first time ok buat belah aku ni.. lokasi strategik dan sangat selesa semestinya RPP PD.. Aku tempah sebelum puasa lagi.. kebetulan lepas raya apartment 3 bilik memang takde yang booking lagi hari Sabtu-Ahad.. memang cantik sangat2.. Percutian kali ni hanya aku 3 beradik sefamily.. adik bongsu tak dapat join.. jauh nun di Perak.. baru jerk balik kg raya aritu.. so, takkan nak ulang alik kot.. takpe.. next time kita cari yg dekat ngan Perak yerk.. mak abah aku pun tak join.. tu malas nak cerita ceriti.. Aktiviti kami lebih kepada rehat2.. mandi manda.. borak2.. makan2.. at least dapat berkumpul lepas raya..   besar luas selesa    hari pertama tak yah mandi yer sayang.. kita gi jalan2 kat pasar malam ek!   Amiera dan sepupu memang tak sabar2 nak terjun kolam..   mandi manda   cer toko.. natang apo ni?   dah bosan mandi di kolam.. main pasir laks kat pantai..   budak yang paling

Hari Raya : 1 Syawal ~ 3 Syawal

Image
Assalamualaikum.. Kembali bersiaran setelah seminggu bercuti.. sekejap jerk rasa.. tak puas nak cuti2.. hahahha.. Raya tahun ni tak sakan sangat nak selfie.. asyik nak ambik gambar si Arissa tu jerk.. huhuhuh.. So, layan jerlah gambar yg tak berapa ni ya.. 1 Syawal   family kecik aku.. tema purple.. konsep jubah/dress.. Fateh tak pernah serius ok kalau bergambar..   mertua & sibling     free style     ootd #poplook #elewsdesign 2 Syawal   ootd #pudore #poplookids   ootd Amiera #dyana #tudungsicomel   3 Syawal OOTD My Little Mucuk! #poplook - KIDS Zuriani Fitted Multi Ruffle Jubah #poplook - KIDS Muneera Chiffon Maxi Dress #poplook - KIDS Haifa Tiered Chiffon Maxi Dress  #poplook - KIDS Erina Front Slit Chiffon Maxi Dress #qaisaraheadband #sogo #polokids #babykiko Sekian.

Salam Aidilfitri!!! Maaf Zahir & Batin!! Jom Balik Kampung!!

Image
Assalamualaikum.. N3 terakhir sebelum cuti raya.. Di kesempatan ini, aku memohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki andai kata ada terkasar bahasa tersilap bicara terlajak penulisan dan ter-over dalam apa jua di dunia blogging mahupun di alam nyata.. Buat semua teman yang dikenali mohon halalkan makan minum sepanjang persahabatan.. Semoga Syawal yang menjelma mengeratkan sillaturrahim antara kita semua dan berakhirnya Ramadhan dengan penuh keinsafan.. Sekali lagi mohon maaf atas kekhilafan diri ini.. Maaf zahir & batin.. Yang pulang ke kampung.. semoga selamat pergi dan selamat kembali.. berhati2 di jalan raya.. ingatlah orang yang tersayang... Salam Sesuci Lebaran dari kami sekeluarga.. Jumpa lagi seminggu ya! See ya!  

Persiapan Raya!

Image
Assalamualaikum... Alhamdulillah.. rasanya dah 100% lengkap persiapan raya untuk aku anak beranak.. barang2 pun hampir kesemuanya dah disumbat dalam beg.. Mai nak cerita sket persiapan raya aku... huhuhuhu.. mesti korang bosan kat opis kan.. mood raya kan.. meh baca blog aku ni ya... hilang ngantuk ok!! hahahhahahah.. Tahun ni kami beraya kat umah mertua aku.. dan tema tahun ni adalah purple.. dan buat pertama kalinya juga kami anak beranak bertukar konsep.. lain dari kebiasaan.. nak tau apa?? tunggu n3 lepas raya naaa... huhuhu.. Persiapan baju raya aku.. tahun ni takde tempah2 bagai.. semuanya beli siap jerk.. sbb macam takde mood sangat nak bertempah2 ni.. rasa macam baru jerk raya tahun lepas.. so, aku beli sket2 kat butik online.. senang.. takdelah kelam kabut beli time puasa.. takdelah nampak sangat duit habis beli baju2 time puasa.. hehehhee.. yeke tak habis duit?? hahahhaa.. baju2 yg aku beli online dari keluaran Poplook, Bella Ammara, Pudore dan Nur Barakah.. tudung pu

Iftar Ramadhan 23 - 26

Assalamualaikum.. Pe kabar semua?? sihat?? masih ramai lagi yg bekerja nampaknya.. dan ramai yang last keje hari ni.. termasuk aku.. seminggu weiii cuti.. bestnyaaaaaa... tapi pejam celik pejam celik kejap jerk pun seminggu tu.. Sebelum nak cuti raya ni.. nak update sket pasal iftar baru2 ni.. tapi kali ni n3 tanpa gambar ya.. sebab malas lah nak snap.. lagipun baru2 ni banyak beli kat bazar jerk.. 23 Ramadhan.. aku cuma masak nasi dan goreng ikan.. lauk pucuk ubi masak lemak tempoyak semestinya dari Kafe kayu delivery.. 24 Ramadhan.. dapat juga jejak kaki ke bazar Ramadhan Putrajaya.. hehehehe.. ramainya peniaga.. macam2 juadah ada.. rambang mata dibuatnya.. tapi tulah dari segi kebersihan agak kureng.. lalat sana sini.. ingat beli kat satu kedai ni ok sebab tak nampak lalatnya.. tapi almalangnya.. lauk yg dibeli mungkin dah tercemar.. kesian Amiera jadi mangsa cerber.. kesimpulan.. baik masak sendiri or beli kat kafe kayu delivery.. hehehhe.. 25 Ramadhan.. balik umah mak ak

Iftar Ramadhan 21-22

Image
Assalamualaikum.. Letih.. ngantuk sungguh hari ni.. lepas jalan2 kat jualan bawah opis ni.. terus tidur.. lena sungguh.. nak buka mata pun tak larat tau.. huhuhuhu.. Iftar Ramadhan ke 21..   Menu Kafe Kayu ~ Pucuk paku masak lemak cili api + Terung berlada Menu sendiri ~ Ayam masak kicap + sambal belacan + tempoyak + ikan masin Pizza beli kat pakcik kafe  Semalam.. aku cuma masak ayam lemak cili api dan sambal tumis serbaneka (petai + terung pipit + sotong + kerang) mee goreng dan kuih cara berlauk beli kat bazar Uniten Teringin laks rasanya nak gi bazar ramadhan Putrajaya.. bilalah nak ada kesempatan nak ke sana ya.. huhuhuhu..

Iftar 19-20 Ramadhan

Image
Assalamualaikum.. Semalam sibuk sket ngan keje.. hari ni keje2 coding dah settle.. so, blehlah nak hilangkan stress dengan ngadap blog aku ni.. Bab nak update blog pasal makanan memang laju.. nak2 bulan puasa ni kan.. at least blog aku ni taklah sepi suram jerk kan.. Iftar 19 Ramadhan.. tak sempat nak snap gambar.. aku letih yang amat.. mata rasa nak tutup jerk.. sampaikan menu yg aku masak tu pun dah kelaut.. uwaaaaaa... aku masak nasi lemak + rendang daging tok nenek + sambal tumis ikan bilis + udang goreng + telur rebus.. cukuplah.. tak syok n3 tanpa gambar kan.. huhuhuhu.. Iftar 20 Ramadhan.. sempatlah snap gambar dah hujung2 waktu nak berbuka.. fateh hairan keje aku asyik snap gambar jerk.. hehehhehe.. mama ko blogger nak oiiii.. hmmm..   Nasi putih + sambal ikan + ayam goreng kunyit + labu masak lemak + ulam jering + kuah durian dan pulut (beli kat Kafe Kayu Delivery) Alhamdulillah syukur..

Puisi ku di seberang

Assalamualaikum.. Baru2 ni kan kecoh pasal gambar kanak2 di exploitasi oleh golongan pedofil.. so, aku cuba buat tips spt yang disarankan.. Ni tips yang disarankan oleh theskop.com 1. Buat carian mengggunakan nama anda. Tidak kira sama ada guna nama betul atau nama sebenar mahupun kedua-duanya, hasil carian perlu menentukan sekiranya anda sendiri yang memindah naik atau orang lain yang melakukannya. Anda boleh gunakan Yahoo!, Google, Bing atau enjin meta search seperti Dogpile.com. 2. Buat carian menggunakan Google Image Search. Hasil carian menggunakan nama saja kadang-kadang nampak biasa, tapi cuba klik pada tab Image Google Search dan mungkin anda akan terserempak dengan gambar anda pada pautan yang tidak ingin anda lihat. Bagi lebih berkesan, pindah naik gambar anda dan biar Google Image Search semak sama ada muka anda berada di laman web yang tidak pernah anda gunakan. 3. Cari diri sendiri di Pipl.comLaman web www. Pipl.com menggunakan teknik ‘deep search’ khas unt

Iftar 16-18 Ramadhan

Image
Assalamualaikum.. Cuti 2 hari ni aduiii.. rasa macam tak cuti.. ada jerk yang nak dibuat.. tapi tulah bila bulan puasa agak terhad sket aktiviti.. Meh nak review sket juadah berbuka since 16 Ramadhan..   Jumaat.. Menu Kafe Kayu Delivery ~ pucuk ubi masak lemak tempoyak.. mabeles.. Menu masak sendiri ~ daging masak hitam, sambal tumis udang+petai, sambal telur dan cucur ayam.. abaikan cucur ayam yang tak comey tu ya.. hantam kromo takde daun bawang dan kurangkan cili.. nanti anak2 aku tak nak makan kalau ada cili ni.. yang penting sedap.. rasa macam nugget.. nyum3.. kelam kabut jugak aku masak nak kejar masa berbuka.. asalnya nak masak rendang tok.. tup2 serai takde daaaaaa... aduilaaa...   Hari Sabtu ada masa lebih.. masak special sket.. huhuhuu.. Masak sendiri ~ Nasi limau purut + ayam masak hijau + sambal sotong + sayur campur + sotong sumbat  Murtabak dan kambing bakar en suami beli kat bazar ramadhan Bangi.. Ahad.. balik umah mak aku lagi.. pagi2 aba

Iftar 15 Ramadhan ~ bazar oh bazar

Image
Assalamualaikum.. Esok dah cuti ya.. hmmm.. hari ni kat opis aku ada buat jualan.. hmmm.. terbang lagi duit aku membeli.. aduiiii.. cukuplah.. rasanya dah 100% siap persiapan raya.. tak nak pening2.. aku tak suka buat keje last minute walaupun aku anak no. 2... tetiba! Untuk juadah berbuka semalam.. ada yang beli dan ada yang aku masak.. tekak ni nak berbuka ngan masakan kampung.. bahan nak masak nan ado! hmm.. gigih en suami terchenta carikan kat KL nun!.. Tapi ni yang aku geram ngan peniaga2 bazar ni tau... kalau masak utk dibuat jualan tu biarlah ikhlas seikhlasnya.. ni tak.. masak main hantam kromo jerk.. dahlah gulai lemak tu cair.. sayur pucuk paku tu pun keras kejung.... huhuhuhuhu.. sayur bayam pulaks main masuk jerk yang tak elok sekali... eiii.. geram tul.. ingat tekak aku ni mesin pengisar ke boleh hancurkan batang2 keras tu?? eiiiii... geram tul.. mana nak berkat rezeki berniaga kalau customer asyik komplen.. walaupun sayur lemak tu murah rm2 sajork.. tapi tetap duit

Iftar 13-14 Ramadhan & Bazar Ramadhan

Image
Assalamualaikum.. Dah 15 Ramadhan.. cepatnya masa berlalu.. kejap jerk kan.. lagi 2 minggu kita akan menyambut Syawal pula.. Menu berbuka kelmarin.. ada yang beli dan ada yang masak..   mahaplah yo.. gambar kurang jelas.. snap guno hp Amiera.. hp den habih bateri.. ayam golek dan kuih muih beli..  aku cuma masak lala goreng berlada ala Portugis.. hahahaha.. portugis lah sangat! dan sayur suhun+fucuk+kentang+cendawan masak air kato orang nogori.. Menu semalam pulaks.. pun ada yg beli dan ada yg masak.. tapi aku tak snap pics.. letih nau rasanya.. aku cuma goreng ayam ngan buat serawa durian.. orang perak panggil kuah durian.. tapi kuah durian orang Perak ni putih.. belah2 sini warna coklat.. sobab tu panggil serawa kot.. ntah mano datang eh namo tu ntah.. pastu gulai nenas ikan masin beli kat opis ni.. bukan beli kat Kafe Kayu Delivery.. tapi Kelantan Delivery.. haaa.. tak yah susah gi Kelantan.. ngeh3.. pastu roti john utk Amiera special dari Kafe Kayu Delivery.. konyang s