Hari Persekolahan Fateh

Assalamualaikum..

2 hari lepas.. aku ambil cuti coz nak monitor keadaan Fateh di sekolah.. walaupun cuti.. pukul 6 pagi dah bangun nak prepare bekal Fateh dan Arissa.. Amiera tak payah bekal2 ni.. dia dah besar.. bagi duit jerk.. cuma utk sarapan aku bagi dia makan kenyang2.. tapi hari ni Amiera bawak bekal sebab aku dah masak lauk peberet dia.. dan sarapan pagi tadi aku bagi cereal jerk..

bekal aka bento utk waktu rehat Fateh di sekolah.. tapi takde makna aku nak hias macam2 karektor kartun.. tak sompek lah weiii..
 
hari pertama => makaroni goreng, buah anggur dan kismis
hari kedua => nasi putih, daging goreng+sayur, buah epal dan kismis
hari ketiga (takde gambar) => ayam salut tepung, apam coklat, buah pelam dan kismis

Masalah Fateh ni memang susah nak makan.. yg akan dijamahnya buah2an, kismis, makaroni dan kek.. kalau nasi tu memang susahlah..

Setakat ni bangun pagi takde masalah.. sumbat jerk sebotol susu.. pastu ingatkan dia suruh mandi lepas minum susu.. cuma pagi semalam.. dia tanya.. kan malam lagi.. nak pergi mana.. huhuhuhuu... sebab kena mandi pagi.. cuaca kat luar masih gelap.. pastu hari ni pulaks.. dia komplen.. asyik pergi sekolah jerk.. hehehehe.. sabor jerlah.. tapi nasib baik dia tak meragam menangis2 bagai.. huh.. lega..

my encem boy!

Hari pertama persekolahan.. aku hantar pagi tu.. aku follow dari belakang.. aku suruh Amiera jaga Fateh.. pimpin tangan adik dia.. sampailah hantar Fateh ke tapak perhimpunan.. mula2 Amiera malu2 kucing nak pimpin adik dia.. aku paksa juga.. baru terhegeh2 nak pimpin..

hari pertama persekolahan.. dari pra sampai Tahun 6 duk kat perhimpunan ni..

ntah apa yg difikirkan si Fateh tu..

Masa rehat tengok displin jugak ikut arahan cikgu.. sib baik ada geng CIC 2 orang.. adalah kawan..

hari pertama sangat displin.. hari kedua dan ketiga jamah sket jerk bekal yang aku sediakan.. lebih suka beli air kat kantin tu.. apa yg sedap sangat aku tak taulah.. bukannya elok pun minum ais2 kat luar ni.. ntah masak ntah tidak airnya..

Waktu balik kami tunggu Fateh di kantin.. so far dia tak lupa jalan nak ke kantin.. masa kami ada oklah dia menunggu sambil main hp.. tapi semalam aku ngintai dari jauh.. tup2 dia takde di kantin.. aku ngintai dari jarak dekat.. tup2.. dia tegur aku dulu dari arah berlainan.. cehh! kantoi.. rupa2nya dia ke tempat lain.. dari toilet sebab dia sakit perut.. tapi tak membuang pun sebab susah katanya.. aduhai.. camno ni.. pasni mesti ada ragam lain.. hari ni pulaks.. en hubby datang skodeng.. mula2 Fateh memang ke kantin.. pastu pergi tempat lain.. ni yang susah ni.. tak nak ikut arahan.. katanya kakak lambat..

budak sekarang ni pantang nampak hp..

Hari pertama.. ok takde barang yang hilang.. dan masih smart.. hari kedua muka sememeh penat ngan sakit perutnya.. ngan baju tak terurus.. wallet pun hilang.. siap kawan mintak duit dari dia.. hari ke-3.. duit pulaks hilang... aduiiii.. pasni apa lagi yang hilang Fateh oiii.. tu belum start kafa.. sepanjang hari kat sekolah..

Aduhhhh.. risau aku.. fenin memikirkan anak teruna sorang ni.. nak kena pesan banyak perkara kat Amiera..

Doa aku.. semoga Fateh dan Amiera sentiasa di dalam lindunganNya.. semoga Fateh dapat mengawal diri dari melakukan perkara2 yang tidak sepatutnya.. aminnn..

Petang hari pertama tu kami bawak anak2 gi tengok wayang.. saja nak bagi diorang happy.. tak nak stress dengan hari pertama persekolahan..

layan citer The Wave.. kurenglah citer ni.. naik ngantuk Fateh dibuatnya..


0 omelan:

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (267) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (48) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (191) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (111) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (10) Juadah (110) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (14) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (21) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (1) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty