Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Arissa Jatuh ~ Retak tulang belakang kepala

Assalamualaikum..

Dah seminggu lebih kejadian berlaku.. redha jerlah dengan apa yang telah berlaku walaupun ada rasa terkilan.. sedih bila melihat keadaan anak kecil yang tak tahu apa2.. tiba2 di timpa musibah.. bila diingatkan semula.. baru aku perasan.. sebelum kejadian berlaku.. aku ada terlepas bekas air masa nak masukkan ke dalam fridge tengahari tu.. licin gamaknya tangan aku.. banjir dapur aku!! adakah itu petanda sesuatu musibah akan berlaku?? kebetulan agaknya.. huhuhu..

Aku tiada semasa Arissa jatuh.. kejadian berlaku pukul 8 malam lebih kurang.. aku tak boleh nak describe cerita sebenar.. tapi yang pasti Arissa jatuh terlentang.. impact yang kuat tersebut menyebabkan Arissa diam terpaku tanpa suara tangisan.. bila aku tahu Arissa jatuh cepat2 aku tengok dia.. rasa nak luruh jantung bila tiada suara Arissa menangis.. yang kedengaran cuma suara en husband memanggil nama Arissa dan dikerumuni saudara mara yang mengusap kepala Arissa.. aku jadi panik.. aku cuma ingat nak bawa Arissa ke hospital.. sebab kalau budak2 jatuh tapi tiada tangisan adalah petanda yang tidak baik.. bila aku berhadapan dengan Arissa baru Arissa menangis.. memeluk aku dengan sekuat2nya... hampir sejam untuk aku meleraikan tangisan dia..

Ingatkan Arissa dah ok.. 2 jam kemudian Arissa muntah.. satu lagi petanda yang tidak baik.. cepat2 kami bawa dia ke kecemasan Hosp Putrajaya.. sampai di hospital Arissa muntah sekali lagi.. aku dah risau sangat2.. hanya Allah yang tahu apa yang aku alami.. apa yang aku rasa.. hati seorang ibu sangat tersentuh dengan kejadian tersebut.. Arissa diletakkan di zon merah.. nasib baik dapat cepat.. berdasarkan keterangan kami dan keadaan Arissa waktu itu.. dr arahkan Arissa di tahan di wad kecemasan buat sementara waktu sehingga pukul 3 pagi.. ct scan akan dijalankan untuk melihat sekiranya ada berlaku sesuatu dalam kepala.. nasib baik Arissa tidur nyenyak selepas makan ubat yang membuat dia mengantuk walaupun ubat tu dimuntahkan semula.. proses ct scan berjalan dengan lancar..

Pukul 3 lebih dr yang merawat memaklumkan terdapat retakan di belakang kepala Arissa.. sedih hati aku mendengarnya.. luluh jantung aku.. pakar bedah akan dipanggil untuk memantau keadaan Arissa..

  Arissa mengalami keretakan lebih kurang 3-4 inci (dr tunjukkan anggaran menggunakan jari) di sebelah kanan Occipital Bone.. itu yang dikhabarkan dr pakar.. sob3..

Beberapa minit kemudian dr pakar bedah pun sampai.. selepas mendengar kisah yang menimpa Arissa.. dan melihat hasil ct scan.. dr arahkan Arissa di tahan wad untuk di pantau.. dan Arissa dikehendaki berpuasa.. Allah.. ni yang buek aku lomah nak duk dalam wad.. dahlah Arissa kena puasa.. aku risau sebab kalau dia bangun tidur mesti nak susu.. apa aku nak jawab???

 buat pertama kalinya dalam sejarah kehidupan si kecilku..

Pukul 8 pagi Arissa dah sedar.. perkara pertama yang dia sebut adalah 'nak chuchu'.. terpaksa aku menipu kata susu dah habis.. bagitahu papa belum sampai bawa susu.. aku ajak dia mandi.. huh.. selamat dia lupa sekejap susu dia..

Paling buat aku rasa sedih.. bila dia mengadu kesakitan sambil memegang kepala.. ya Allah.. ujian apakah ini.. kenapa anak kecik ini harus diuji sedemikian rupa.. apa salah anak kecil ini..

walaupun ada 4 katil tapi aku berdua jerk dengan Arissa dalam bilik ni.. huhu..

Pukul 10 dia mintak susu lagi.. aku leka kan dia dengan video dan gambar dalam hp.. sampai dah nak habis bateri aku.. kemudian dia terlena sendiri..


Pukul 12 lebih Arissa bangun semula.. semestinya susu yang dinanti.. Arissa dah meraung kelaparan.. sedihnya hanya Allah yang tahu.. melihat anak yang tidak makan dan minum hampir 9 jam..

Mungkin tangisan Arissa didengari nurse.. cepat2 nurse call dr.. alhamdulillah.. memandangkan dalam tempoh 9 jam tu Arissa tidak muntah2.. Arissa dibenarkan untuk minum susu.. fuhh.. lega hati aku.. habis 2 botol susu bersaiz 9 oz diminum..

dapnya ya..

Arissa kembali bertenaga.. alhamdulillah dengan respons positif dan keadaan Arissa yang kembali aktif.. Arissa dibenarkan keluar wad pukul 5 lebih.. syukur kepada mu ya Allah..

Aku perlu monitor perilaku dan keadaan Arissa di rumah.. sekiranya menunjukkan simptom yang tidak baik kami perlu segera bawa Arissa ke hospital..

Alhamdulillah.. sepanjang seminggu aku menjaga dia.. Arissa cergas seperti biasa.. aku kena pantau supaya Arissa tidak jatuh lagi.. kesannya sangat bahaya..

  
wajah ceria Arissa selepas musibah yang menimpa..

Minggu ni aku dah hantar Arissa ke pengasuh.. semoga Arissa dilindungi Allah dari sebarang bahaya dan mala petaka.. semoga keretakan di belakang kepala Arissa cepat sembuh.. aminn.. ya rabb.. aminn..

Mohon sahabat2 semua doakan anak kecilku ini cepat sembuh... tq so much!

Comments

Puteri Satu said…
allahuakbar... semoga arissa membesar dengan sihat....
emyda said…
mmg luruh jantung la kalau apa yg berlaku ni...kuatkan semangat dan positif..in sha Allah akan baik dan pulih..amin..sabar..semoga menjadi iktibar..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah