Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Gerhana Hati ~ Perginya seorang teman seperjuangan

Assalamualaikum..

Harini gerhana matahari... subhanallah.. aku berpeluang melihat gerhana tersebut sewaktu pergi bersarapan pagi tadi..

 
bih kurang cenggini lah yg aku nampak.. pic credit to google.


Dan hari ni juga di pejabat kami dikhabarkan berita sedih akan pemergian rakan seperjuangan yg telah kembali kerahmatullah awal pagi..

pic credit to fb arwah 

Sedikit mengenai arwah.. beliau ditempatkan di unit kami setahun yang lalu.. seorang yang sangat ceria.. tekun membuat keje2 coding.. cuma tidak banyak berbicara mengenai peribadi especially dengan rakan perempuan.. beliau anak yatim piatu.. masih bujang.. dengan aku arwah tak banyak berborak sangat melainkan bertanya mengenai permasalahan coding.. arwah suka pada budak2.. arwah tidak pernah menunjukkan atau mengadu kesakitan yang dialami kepada kami.. mungkin teman yang rapat lebih mengetahui..

Untuk rekod.. arwah dimasukkan ke Hosp Putrajaya pada pertengahan bulan Februari.. masa tu doktor masih belum dapat mengenalpasti penyakit arwah.. beberapa ujian dan MRI dibuat.. dr masih belum dapat memberi keputusan yang tepat.. hari demi hari.. arwah masih di hospital.. keadaan amat lemah.. kami dimaklumkan bahawa jangkitan kuman telah menyerang saluran darah.. mata arwah agak kekuningan.. atas permintaan keluarga arwah ditukarkan ke hospital di Kedah pada 1 Mac yang lalu..

Sebelum ditukarkan ke hospital Kedah.. kami mengambil peluang untuk melawat arwah.. maklumlah kalau dah jauh tu agak susah nak melawat lagi..

menunggu giliran untuk masuk melawat.. maklumlah bukan waktu lawatan.. tapi memandangkan arwah akan ditukarkan ke hospital lain.. maka pihak hospital berbesar hati memberi kebenaran untuk kami melawat.. sedih sangat tengok keadaan arwah yang lemah.. dimasukkan antibiotik untuk melawan kuman yang menyerang..

dalam ambulans.. masa ni arwah dah sedar sikit dari mamai.. 

Semalam.. 8 Mac.. kami dimaklumkan oleh abang arwah.. arwah dimasukkan ke ICU kerana tidak sedarkan diri.. 

Dan hari ni.. 9 Mac.. hari ke-9 arwah di Hosp Kedah.. arwah telah meninggalkan kami buat selama2nya.. kembali kepada Pencipta..  salam takziah buat keluarga arwah.. semoga arwah adik Mohd Aidil tenang disana dan di tempatkan dikalangan org2 yg beriman.. al Fatihah...

Mohon sahabat yg membaca nukilan ini untuk sedekahkan al-Fatihah buat arwah..


Secebis puisi buat teman dlm memperjuangkan dunia programming..

Puisi Gerhana Hati

Harini..gerhana matahari..
Gerhana juga dihati Kami di sini..
Kau teman sejati pergi menghadap ilahi..
Meninggalkan kenangan dihati Kami..

Harini..tanggal 9 Mac 2016 dinihari..
Semua org enak dibuai mimpi..
Kau telah pergi selama-lamanya meningglkan dunia yg fana ini..
Unit programmer kehilangan ahli..
Pergimu tiada ganti dihati..

Disini..aku kirimkan DOA..
Semoga kau tenang dn bahagia disana wahai teman Mohd Aidil b. Nayan..
Alfatihah.. Takziah diucapkn kepada keluarga arwah..semoga tabah menghadapi dugaan..

Nukilan : adik comel, Zainimar Zulkifli

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah