Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Sukan Tahunan Sekolah

Assalamualaikum..

Ahad lepas ada acara sukan tahunan melibatkan pelajar2 Pendidikan Khas, Pra Sekolah dan Tahun 3-6.. manakala bagi pelajar tahun 1 dan 2 aktiviti sukaneka telah diadakan beberapa hari sebelum.

Fateh dan rakan sekelas mendapat tempat ke-2 dalam acara sukaneka..

Acara temasya sukan hanya melibatkan acara perbarisan, olahraga 100 meter dan 4x100 m, acara tarik tali akhir.. manakala acara sukan yang lain telah diadakan beberapa hari sebelum..


kreatif cikgu2 hias rumah sukan..

Kami sampai dah kul 9 lebih.. ingatkan Amiera dah ready nak berlari.. oh ya.. Amiera masuk acara 4x100 m mewakili rumah Merah.. go merah go! hehee.. tapi rupa2nya tak start lagi.. diorang baru nak senamrobik.. huhuhu..  Amiera juga masuk acara 4x200 meter dan acara lompat jauh.. tapi tak berjaya mendapat apa2 pingat.. takpe.. bukan rezeki..

Dalam pukul 10 baru start acara olahraga.. aku memang suka tengok acara olahraga.. bermula dengan acara 100 m tahun 3 - 6.. diikuti acara 4x100 m tahun 3-6.. semestinya nak tengok rumah mana yang menjuarai setiap acara.. aku support warna Merah lah kan.. alhamdulillah rumah Merah banyak memenangi acara.. tak rugi aku tepuk tangan.. he eh..
 


si kecik ni pun tak duk diam.. lari sana sini.. panas nak oiii..

Amiera merupakan pelari yang ke-4.. sedang menunggu giliran utk pecut ke garisan penamat.. almalangnya.. pelari pertama team Amiera terjatuh dan ketinggalan jauh ke belakang.. nak menunggu pelari ke 3 sampai ke Amiera dah terlambat.. susah Amiera nak pecut kejar pesaing lain yang dah mendahului di hadapan.. huh.. sian Amiera.. takde rezeki nak oii..

Acara keseluruhan tamat hampir pukul 2 petang.. 

Rumah Merah menjuarai markah keseluruhan diikuti rumah Kuning, Biru dan Hijau.. Rumah Biru memenangi acara perbarisan dan rumah tercantik.. Rumah Kuning menjuarai acara tarik tali..

ada jugak kenangan Amiera bergambar dengan team Merah.. ni pun kena paksa rela dengan aku.. payah bebenor nak ambik gambar..

Sekian..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah