Posts

Showing posts from April, 2016

Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Happy 2nd Birthday Arissa!!

Image
Assalamualaikum.. 22 April yang lepas.. Arissa dah berusia 2 tahun.. alhamdulillah.. tak susah pun nak membesarkan Arissa ni.. cuma demam tu biasalah sebab tonsil ada kat tekak dia.. tapi tak kerap.. tu yang aku tak berani nak hantar dia ke taska.. kalau tak tu jadi macam Fateh dulu.. kerap masuk wad.. Sepanjang 2 tahun ni.. antara perkara pahit yang pernah Arissa lalui.. keracunan.. tak pasti samada keracunan air atau makanan.. panik aku dibuatnya bila pengasuh call keadaan Arissa yang lemah.. aku ni memang sangat takut kalau tengah2 keje dapat msg atau call dari pengasuh.. dan yang kedua semasa Arissa jatuh baru2 ni.. memang seriau sangat2 kalau perkara yang tidak diingini menimpa anak2.. Tahun kedua ni kami sambut birthday Arissa kecil2an aja.. sambut kami sekeluarga jerk.. tak beli kek bagai.. aku bikin sendiri jerk.. ngeh3.. tak nak membazir duit beli kek.. kami ni bukannya penggemar kek yang tegar..   brownies for her.. tema Hello Kitty yang tak hello sangat.. tak semp

Pekeliling Perkhidmatan Awam 2016 ~ Skim FA Kumpulan Pelaksana

Image
Assalamualaikum.. Pekeliling baru dah keluar ya.. bolehlah tengok skim masing2 kat laman web JPA ya.. Memandangkan kerajaan dah umumkan gaji minima bagi kakitangan awam adalah RM1200.. maka terdapat perubahan kepada gaji minimum dan maksimum bagi semua gred jawatan dalam semua skim.. Untuk skim aku selaku kumpulan pelaksana.. terdapat perubahan nama skim.. dulu cuma dipanggil F tapi berkuatkuasa Julai tahun ni akan ditukar kepada skim FA.. alhamdulillah ada gred baru diwujudkan.. kalau umur panjang dan dimurahkan rezeki.. dapatlah merasa gred 40 sebelum pencen..   Gaji minima FA29 tertakhluk kepada kelulusan samada bertaraf sijil atau diploma.. untuk sijil gaji asas RM1549.00 manakala bertaraf diploma bermula dari RM1855.00   Dan tahniah juga kepada Juruteknik Komputer yang mempunyai sijil Politeknik yang berkaitan.. dapatlah naik pangkat dan dapat title 'Programmer'.. tapi.. haaa.. kalau dah namanya Programmer tu.. janganlah pulak bagi alasan tak tahu buat codin

Perjanjian Jual Beli (S&P) PPA1M

Image
Assalamualaikum.. Tengahari tadi aku gi DEMC Shah Alam.. melawat kawan opis yang terlantar sakit.. sedih tengok keadaan dia.. dan memikirkan anak2 dia.. ya Allah.. kau tabahkan lah hati keluarga kawan ku ini.. semoga kawan aku sembuh dari penyakit yang dialaminya.. aminnn... Esok khabarnya Pekeliling Baru Perkhidmatan Awam akan dikeluarkan.. tahniah kepada yang naik gred seperti yang diwar2kan.. apa pun fahami dan dalami pekeliling itu dulu.. jangan buat tafsiran sendiri.. Berbalik pada topik hangat berkaitan PPA1M..  Seperti yang sedia maklum atau yang tak tahu.. dalam masa terdekat ni pihak Perbadanan Putrajaya akan mengadakan majlis menandatangani perjanjian jual beli (S&P) rumah PPA1M.. dan khabarnya juga ada yang dah sign S&P..   carta permohoanan PPA1M Sebelum nak sign S&P tu.. pemohon hendaklah menyediakan dokumen yang dinyatakan seperti petikan berikut:- "Adalah dimaklumkan, Majlis Menanda

Resepi Kek Pisang Tanduk Pemanggang Ajaib

Image
Assalamualaikum.. Sihat ke semua sahabat yg sedang membaca.. semoga sentiasa di dalam rahmat Allah hendaknya.. aku di sini seperti biasa.. alhamdulillah sihat.. masih diberi kesempatan olehNya untuk bernafas di muka bumi ini.. Hujung minggu.. selain keje2 rumah.. berperang dengan anak2 untuk siapkan keje sekolah terutama Fateh.. melayan keletah si kecik yang asyik nak berkepit ngan aku.. Ada waktu terluang.. aku buat kek pisang.. aku guna pisang tanduk.. mak aku bagi 2 biji pisang.. besar gilos.. satu dah aku gorengkan.. tinggal satu lagi.. asalnya nak buat pengat pisang.. tapi almalangnya santan takde.. so.. buatlah kek pisang.. Resepi asal aku ambik dari tiffinbiru.com .. tq ya share resepi.. tapi aku terpaksa ubah sebab berat pisang tak sama dengan resepi asal.. Bahan2:- 250 gm pisang tanduk 330 gm tepung gandum 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh soda bikarbonat 250 gm gula kastor 5 biji telur 200 gm minyak jagung 1 sudu besar ovalette Secubit garam 1 penutup e

Selamat Ulang Tahun Kelahiran En Suami

Image
Assalamualaikum.. Semalam hari ulang tahun kelahiran en suami aku yang ke ??.. dah nak penghujung 30-an..   untung ler dapat hadiah besday.. Alhamdulillah.. syukur.. kerana Allah menemukan kami 16 tahun yang lalu.. banyak kenangan pahit manis bersamanya.. dan terima kasih kerana sudi menerima diri ini.. Sempena anjakan usia ni.. semoga en suami dipanjangkan usia dalam mencari keredaanNya.. dimurahkan rezeki dalam menjalankan amanahNya.. diberikan kesihatan yang berpanjangan supaya dapat memimpin kami ke syurgaNya.. dilimpahi rahmat dalam mencari kebahagiaan hidup di dunia dan diakhirat.. aminn.. aminn.. ya rabbal alaminn.. Sempena hari istimewa.. sambut kecil2an jerk untuk suami tercinta.. hadiah dah beli Jumaat lepas.. percutian di PD sempena besday dan yang terakhir.. special brownies for him..     Sayang Uols!

RPP ~ Muzium Tentera Darat Port Dickson

Image
Assalamualaikum.. Aktiviti di hari minggu.. Bawa anak2 gi mandi manda di RPP Port Dickson.. tempahan dah buat sejak tahun lepas.. huhuhuhu.. bukan senang nak dapat booking hujung minggu.. kena plan awal2 kalau nak menggunakan perkhidmatan RPP..   macam biasa.. mesti mandi laut dan kolam kalau ke RPP Port Dickson ni..  Lepas check-out kami meneruskan destinasi ke Muzium Tentera Darat..   pic credit to www.pd.com.my Banyak tempat menarik yang boleh di lawati dalam Muzium ni.. ada sejarah berkaitan dengan tentera darat.. penjajahan jepun.. komunis.. sejarah Melaka..   cetusan idea Jen. Tan Sri sangat kreatif.. Konsep muzium ni pun menarik dengan peragaan jentera2 dan peralatan yang diguna pakai.. sapa yang minat dengan ketenteraan ni memang sesuai sangat2 datang ke sini.. Layan gambar yerk..       hero aku ni memang suka bergambar dengan benda yang menarik.. tapi kalau dah sampai tahap bosan dia.. dia akan mengomel.. 'mama ni asyik ber

Fantasy Rainforest @ PICC Putrajaya

Image
Assalamualaikum.. Kisah Jumaat lepas.. Khabarnya hari terakhir tiket percuma untuk kakitangan awam.. ingatkan tak dapat nak pergi tengok.. maklumlah en suami biasanya balik lewat.. huhuhu.. Kebetulan hari Jumaat tu en suami balik awal.. yeahhh.. blehlah ajak pergi tengok.. call untuk booking takut tempat duduk penuh.. ambik Arissa dulu pastu ambik Amiera dan Fateh kat kelas Kafa.. terus ke PICC.. dah nak dekat pukul 6 masa tu.. persembahan terakhir adalah pukul 6.. Oh ya.. Fantasy Rainforest ni adalah persembahan kebudayaan dari negeri Sarawak.. berkisarkan kehidupan fauna di Sarawak.. ada cerita dalam persembahan tersebut.. di selitkan dengan adegan akrobatik, silap mata dan tarian..   pic credit to picc.com.my Sampai di kaunter pendaftaran.. tunjuk pass kerja.. satu pass untuk satu family.. pastu kena cop kat tangan.. urusetia yang bertugas menasihatkan aku supaya duduk di belakang sedikit sebab sound effect tu agak kuat dan boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada ana