Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Perjanjian Jual Beli (S&P) PPA1M

Assalamualaikum..

Tengahari tadi aku gi DEMC Shah Alam.. melawat kawan opis yang terlantar sakit.. sedih tengok keadaan dia.. dan memikirkan anak2 dia.. ya Allah.. kau tabahkan lah hati keluarga kawan ku ini.. semoga kawan aku sembuh dari penyakit yang dialaminya.. aminnn...

Esok khabarnya Pekeliling Baru Perkhidmatan Awam akan dikeluarkan.. tahniah kepada yang naik gred seperti yang diwar2kan.. apa pun fahami dan dalami pekeliling itu dulu.. jangan buat tafsiran sendiri..

Berbalik pada topik hangat berkaitan PPA1M.. 

Seperti yang sedia maklum atau yang tak tahu.. dalam masa terdekat ni pihak Perbadanan Putrajaya akan mengadakan majlis menandatangani perjanjian jual beli (S&P) rumah PPA1M.. dan khabarnya juga ada yang dah sign S&P..

carta permohoanan PPA1M

Sebelum nak sign S&P tu.. pemohon hendaklah menyediakan dokumen yang dinyatakan seperti petikan berikut:-


"Adalah dimaklumkan, Majlis Menandatangani Perjanjian Jual dan Beli bagi PPA1M Putrajaya Fasa 1 akan diadakan dalam jangkamasa terdekat. Sehubungan itu, tuan/puan dikehendaki menyediakan dokumentasi seperti berikut:

KESEMUA DOKUMEN BERIKUT PERLU DISAHKAN*
  • 4 SALINAN KAD PENGENALAN PEMOHON*
  • 4 SALINAN SLIP GAJI (BULAN TERKINI) / PENYATA PENCEN PEMOHON*
  • SURAT PENGESAHAN MAJIKAN TERKINI PEMOHON (2016)
    (sekiranya pemohon belum disah jawatan / kontrak, hendaklah membawa surat sokongan daripada Ketua Jabatan)
    / SURAT PENGESAHAN PENCEN (jika telah bersara kerajaan)
  • BAYARAN “PROCESSING FEE” SEBANYAK RM530 TUNAI " 
Nota : Info di atas dari laman web PPA1M Putrajaya

Memandangkan ekonomi sekarang ni tak berapa nak stabil.. berkemungkinan besar aku akan menolak rumah PPA1M ni.. huhuhu.. walaupun dalam hati tu macam nak jerk.. he eh.. tapi tak mampu beb.. utk permulaan nak kena bayar macam2.. 10% deposit sebab nak kena pinjam bank, kos guaman, kos pindah dan masuk rumah, kos nak pasang macam2 kat rumah.. nak bayar monthly yang tinggi sebab aras aku dapat tu nun tinggi di langit.. sah2 harga maxima kena bayar.. tu tak termasuk lagi kos penyelenggaraan bulanan yang dikatakan mencecah rm200 lebih.. pitam ko! uwaaaaaa...

Mana yang tak pernah memiliki rumah bolehlah sediakan payung sebelum hujan.. simpan duit banyak2 ya sebelum berniat nak beli rumah.. dan kepada yang dah sign S&P tahniah diucapkan kerana berjaya memiliki rumah di Putrajaya..

InsyaAllah kalau diizinkan.. kalau pihak perbadanan benarkan.. kalau ada lagi permohonan pada Fasa yang ke-3.. nak juga mohon.. dapat rumah bawah 1000 kaki pun ok.. asal ado rumah di Putrajaya.. huhuhu...

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah