Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Resepi Kek Pisang Tanduk Pemanggang Ajaib

Assalamualaikum..

Sihat ke semua sahabat yg sedang membaca.. semoga sentiasa di dalam rahmat Allah hendaknya.. aku di sini seperti biasa.. alhamdulillah sihat.. masih diberi kesempatan olehNya untuk bernafas di muka bumi ini..

Hujung minggu.. selain keje2 rumah.. berperang dengan anak2 untuk siapkan keje sekolah terutama Fateh.. melayan keletah si kecik yang asyik nak berkepit ngan aku..

Ada waktu terluang.. aku buat kek pisang.. aku guna pisang tanduk.. mak aku bagi 2 biji pisang.. besar gilos.. satu dah aku gorengkan.. tinggal satu lagi.. asalnya nak buat pengat pisang.. tapi almalangnya santan takde.. so.. buatlah kek pisang..

Resepi asal aku ambik dari tiffinbiru.com.. tq ya share resepi.. tapi aku terpaksa ubah sebab berat pisang tak sama dengan resepi asal..

Bahan2:-

250 gm pisang tanduk
330 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
250 gm gula kastor
5 biji telur
200 gm minyak jagung
1 sudu besar ovalette
Secubit garam
1 penutup esen vanilla
Chocolate rice

Cara2:-

1. Panaskan pemanggang ajaib guna api besar dalam 3 minit.. pastu kecilkan api.. tak tahulah teknik ni betul ke tak.. huhuhu.. selain pemanggang ajaib aku guna juga periuk kukus sebagai pembakar sebab adunan aku tu banyak..
2. Ayak tepung, baking powder dan soda bikarbonat
3. Lecek pisang, gula, garam dan ovalette hingga sebati
4. Masukkan telur dan esen vanilla, kacau rata
5. Tambah tepung sedikit demi sedikit.. gaul sebati
6. Masukkan ke dalam loyang yang telah digris dengan butter dan dialas dengan kertas minyak
7. Tabur chocolate rice
8. Bakar dalam 40 minit atau hingga masak.. * 40 minit ni agak lama juga pada aku sebab bawah kek pisang aku tu dah nak hangit

choc rice aku ni tak de kualiti.. masak jerk mesti cair.. huhuhu.. nyampah tul.. dah tak cantik kek aku tu..

alhamdulillah menjadi.. 

Komen aku.. kek ni sedap jugak.. cuma lembut sangat.. kalau tak guna ovalette pun ok kot.. kalau ada pisang lagi.. aku nak cuba resepi lain laks..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah