Posts

Showing posts from June, 2016

Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

x-Lecturer Math ~ Prof Izzi kembali kerahmatullah

Image
Assalamualaikum.. Baru2 ni opismate merangkap senior ITM dulu.. bagitau prof Izzi meninggal.. dah heboh dalam group WhatsApp diorang.. dia pun tak pasti kesahihannya.. so, untuk mendapatkan kepastian aku search kat fb.. jumpa info dalam Siakap Keli Press.. memang sahih Prof Izzi telah kembali kerahmatullah dalam bulan yang sungguh mulia ini..   pic credit to google.. Aku kenal arwah semasa belajar kat ITM dulu.. dia pensyarah Math.. dulu kami panggil dia En. Izzi..  pensyarah yang paling aku takut sebab dia tegas disebalik lawak jenakanya.. hehehehe.. aku gerun kalau arwah mencari mangsa untuk menjawab soalan kat depan.. uwaaaaa... seboleh2nya aku mengecilkan diri dalam sekumpulan ramai pelajar dalam dewan tu.. huhuhuhu... seram ok!! alhamdulillah.. aku tak pernah kena panggil ke depan.. kalau tak mahu terkucil aku depan dia... ngeh3.. Arwah juga seorang kaunselor.. selalu juga buat program motivasi.. dan arwah memang sangat berbakat sebagai motivator.. seronok kalau join pr

Misi mencari tudung

Assalamualaikum.. Lagi seminggu jerk lagi keje.. pastu ramai yang dah cuti.. tapi aku masih setia di opis.. huhuhu.. Persiapan terakhir aku untuk cari tudung... susah sungguh nak cari tudung yg berkenan ni.. tahun lepas aku beli tudung kat Ika Putri.. tahun ni kononnya nak beli Fareeda.. tapi tak boleh sebab kena berjimat cermat.. x nak boros2.. ngeh3.. walaupun hati tu asyik dok berangan nak pakai Fareeda.. uwaaaaaaa.... Oh ya.. tahun ni memang misi berjimat.. baju memang aku tak beli.. pakai jerk apa yg ada.. ada yg belum pakai lagi tau.. simpan jerk.. konon nak pakai raya.. fuhh.. selamat duit bantuan khas raya.. tapi habis jugek.. ke lain pulak haluannya.. huhuhuhu.. Kat opis aku ni.. setiap Jumaat ada jualan2... bolehlah usha kejap tudung2.. tapi kebanyakannya shawl.. aku prefer instant shawl sebab aku tak reti nak lilit ni.. lagipun tak dan aku nak lama2 duk depan cermin.. tahun lepas pun aku beli instant shawl kat Ika Putri.. tapi tulah.. aku tak boleh nak sarung terus..

Salam Perpisahan.. Biskut Raya dari Big Bos

Image
Assalamualaikum.. Hari ni dah masuk hari ke 18 kita berpuasa.. alhamdulillah.. aku masih diberi kekuatan utk  menyiapkan juadah bersahur dan berbuka untuk keluarga tersayang.. Semalam cuti Nuzul Quran aku dah siapkan 2 balang biskut raya choc almond rice.. hujung bulan nanti nak sambung balik buat kuih siput.. Pagi tadi gi bank pi tukar duit raya.. tahun ni tukar duit rm1 jerk.. cukuplah kot.. hehehe.. duit raya dah lengkap.. persiapan raya dah 90% siap..   sapa nak duit raya?? meh salam ahkak ya..  sampul duit raya pun special tau.. mari3.. cium tangan ahkak ya.. Oh ya.. berbalik pada tajuk.. pagi tadi jumpa big bos.. big bos nak pencen dah.. so, big bos berbesar hati bagi semua staff 2 biskut raya.. alhamdulillah.. bertambah biskut raya lagi.. semoga murah rezeki big bos..   tart nenas dan biskut meringue.. nyum3.. Oklah itu sajork n3 kali ni.. tgh fikir nak masak apa ya utk berbuka nanti.. hmmm...

Puasa ~ Biskut Raya Homemade ~ Raya Oh Raya

Image
Assalamualaikum.. Alahai.. ngantuk dan sejuknya opis ni.. dah macam duduk dalam peti ais.. bulan puasa ni lain macam sojuk eh.. aduhaiii.. dugaan sungguh.. Hari ni dah puasa yang ke 15.. cepat jerk masa berlalu kan.. huhu.. tak lama lagi Ramadhan akan meninggalkan kita.. huhuhuhu.. amalan pun tak banyak mana.. semampu yg boleh aku lakukan.. semoga Allah beri kita semua kekuatan untuk lebih banyak beramal ibadah dalam bulan yang mulia ini.. Sabtu lepas.. aku ke Yummy Bakery.. nak beli barang2 utk buat biskut raya.. tahun ni rajin sket nak buat biskut tapi yang simple2 jerlah.. ramai siot peniaga2 yang membeli barang2 keperluan.. nak jalan pun susah.. berhimpit2.. tu tak termasuk lagi dengan staff Yummy yang tengah buat keje nak tambah stok.. aduhaiiii.. kemudian shopping sket keperluan raya anak2.. alhamdulillah dah settle.. tak nak pening kepala.. tahun ni takde tema sangat.. mana yang boleh dipakai lagi.. pakai jerk balik.. tak nak membazir.. ceh! konon.. Lepas tu kami ke Baza

Yeah Dapat!! Pemenang Peraduan Jom Minta Resit GST

Image
Assalamualaikum.. Semalam aku dapat panggilan dari pejabat kastam.. aku menang salah satu hadiah yang dalam peraduan Jom Minta Resit GST.. alhamdulillah.. takdelah menang hadiah yang besar2.. dapat yg ciput tu pun dah kira bertuah lah sangat.. bukan senang ok aku nak menang cabutan2 ni.. syukur.. rezeki di bulan Ramadhan.. dapat balik duit gst yang aku bayar.. oh ya.. cabutan pemenang ni adalah untuk bulan April dan Mei.. Peraduan ni bermula April yang lalu.. so, bertungkus lumus aku menyimpan semua resit pembelian.. hari2 hadap PC nak submit resit.. kadang2 aku guna hp untuk hantar penyertaan.. Pasni harap2 dapatlah hadiah yang besar sket..

Salam Ramadhan Al Mubaraq 1437H

Image
Assalamualaikum.. Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke-8 umat Islam menunaikan ibadah puasa.. tidak terlambat untuk aku ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Semoga segala amal ibadah kita diterimaNya.. aminnnn... Oh ya.. hari ni penjawat awam dapat bantuan khas rm500.. alhamdulillah rezeki.. walaupun tak banyak.. dapatlah bayar apa yang patut untuk persiapan hari raya..   pic credit to google  Tak nak bercerita banyak.. menu iftar pun aku malas nak ambik gambar bagai.. takde mood nak update blog.. menu pun macam biasa.. nothing special.. kalau malas masak ke atau nak tambah lauk ke.. beli jerk kat cafe kat bawah ni.. kafe Kayu yang biasanya menyediakan juadah berbuka takde tahun ni sebab member opis ngan keluarga gi umrah.. ada juga yang membuat jualan amal kat opis.. so mana yang berkenan tu belilah juga.. kalau ada penjual bubur lambuk Pak Hasan kampung baru datang ke opis belilah juga nak memenuhi keinginan anak2.. Alhamdulillah juga..