Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Puasa ~ Biskut Raya Homemade ~ Raya Oh Raya

Assalamualaikum..

Alahai.. ngantuk dan sejuknya opis ni.. dah macam duduk dalam peti ais.. bulan puasa ni lain macam sojuk eh.. aduhaiii.. dugaan sungguh..

Hari ni dah puasa yang ke 15.. cepat jerk masa berlalu kan.. huhu.. tak lama lagi Ramadhan akan meninggalkan kita.. huhuhuhu.. amalan pun tak banyak mana.. semampu yg boleh aku lakukan.. semoga Allah beri kita semua kekuatan untuk lebih banyak beramal ibadah dalam bulan yang mulia ini..

Sabtu lepas.. aku ke Yummy Bakery.. nak beli barang2 utk buat biskut raya.. tahun ni rajin sket nak buat biskut tapi yang simple2 jerlah.. ramai siot peniaga2 yang membeli barang2 keperluan.. nak jalan pun susah.. berhimpit2.. tu tak termasuk lagi dengan staff Yummy yang tengah buat keje nak tambah stok.. aduhaiiii.. kemudian shopping sket keperluan raya anak2.. alhamdulillah dah settle.. tak nak pening kepala.. tahun ni takde tema sangat.. mana yang boleh dipakai lagi.. pakai jerk balik.. tak nak membazir.. ceh! konon..

Lepas tu kami ke Bazar Ramadhan Putrajaya.. pertama kali jejak kaki ke bazar Putrajaya untuk tahun ni.. alang2 dah keluar tu malas pulaks aku nak bertung tang kat dapur.. so, beli sajork.. kami jalan kat setiap lorong gerai.. teringat kat menu yang hangat di viralkan.. Pau Cendawan.. kalau tak ramai yang beratur bolehlah aku singgah nak membeli.. sekali bila jumpa kedai dia.. pergh!! ramai siot yang beratur.. berlingkar2.. memang taklah aku nak beratur panjang tu.. baik aku beratur kat murtabak yang tak ramai orang tu.. ngeh3..

Ramadhan kali ni.. aku malas nak update gambar juadah.. tapi kerajinan tu lebih ke arah biskut homemade..

Selain biskut homemade aku beli gaks 5 jenis biskut raya.. itupun harganya reasonable dan rasanya sedap.. kalau nak suh aku buat sendiri tu memang taklah.. hahahaaha.. biskut yang rumit ni memang malas aku nak buat.. takut tak jadi.. ngeh3.. membazir yo kang..

So, ni lah 5 jenis biskut yang aku buat sendiri...

Popia Nestum

dapatlah beberapa balang mengikut keperluan.. ada satu balang kecil tu aku ubah sket resepi.. aku guna Milo.. sedap gaks tau! biskut dlm balang kecik yang lain habis di ngap dek anak2 aku.. sebelum yang lain kena ngap baik aku seletip siap2..

Popia Choc Nestum.. masih berasaskan kulit popia dan nestum.. sonang yo buek eh..

  
dapatlah balang sederhana ni 2 ketul..

Kuih Siput.. request from my en suami..

first time buat ok.. hehehehe.. sebab agak cerewet tu lah yang buat aku malas nak buat sebelum2 ni.. tapi tahun ni terlebih rajin sudah.. adunan yang aku guna tu dapatlah 1 balang setengah saiz sederhana.. sebab nak test dulu kan.. kang buat banyak2 sekali tak jadik ko.. haaa.. membuang jerk.. kuih siput ni pun dah habis dikerjakan.. Arissa yang kecil tu pun suka.. walaupun ada rasa kepedasan sket.. kelakar tengok dia makan.. hihi.. kena buat lagi ni.. cuti menjelang raya tu bolehlah adun balik..

Choc Cornflakes.. menggunakan 2 jenis coklat kompaun yang berbeza jenama..

1 kotak cornflakes yang besar boleh dapat 4 balang setengah..

Choc Almond Rice.. 

baru dapat 4 balang.. ada 2 balang lagi belum disiapkan.. akan continue cuti Nuzul Quran nanti..

 Oklah.. itu sajork biskut homemade aku tahun ni.. alhamdulillah.. tunggu masa untuk diagihkan kepada insan2 yang bertuah.. ceh3.. bertuahlah sangat yo.. takde lah.. aku saja suka2 buat.. memandangkan mood rajin aku datang.. tak salah buat lebih utk insan2 tersebut..

~ Selamat Berpuasa  ~

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah