Assalamualaikum..
Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke-8 umat Islam menunaikan ibadah puasa.. tidak terlambat untuk aku ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Semoga segala amal ibadah kita diterimaNya.. aminnnn...
Oh ya.. hari ni penjawat awam dapat bantuan khas rm500.. alhamdulillah rezeki.. walaupun tak banyak.. dapatlah bayar apa yang patut untuk persiapan hari raya..
pic credit to google
Tak nak bercerita banyak.. menu iftar pun aku malas nak ambik gambar bagai.. takde mood nak update blog.. menu pun macam biasa.. nothing special.. kalau malas masak ke atau nak tambah lauk ke.. beli jerk kat cafe kat bawah ni.. kafe Kayu yang biasanya menyediakan juadah berbuka takde tahun ni sebab member opis ngan keluarga gi umrah.. ada juga yang membuat jualan amal kat opis.. so mana yang berkenan tu belilah juga.. kalau ada penjual bubur lambuk Pak Hasan kampung baru datang ke opis belilah juga nak memenuhi keinginan anak2..
Alhamdulillah juga.. setakat ni Fateh dapat berpuasa penuh selama 6 hari.. itupun susah juga nak saiko dia.. nasib baik cuti sekolah.. hari pertama puasa memang banyak dugaan.. tapi dapat juga dihabiskan.. hari kedua tak tahan dengan dugaan sebungkus roti.. aduhaiii.. hari ke-3 hingga hari ke-7 nampaknya Fateh dah biasa.. cuma kadang2 dengar juga keluhan lapar dia.. hari ni sesi persekolahan dah mula.. aku bimbang Fateh tak larat.. aku bekalkan juga sebotol air dan kek dalam beg.. incase dia dah tak tahan sangat.. bolehlah berbuka awal.. kesian.. lagipun baru 7 tahun.. tapi kalau dia boleh tahan dan ada perasaan malu dengan kawan2.. harap2 dia boleh kuat sehingga petang.. yang paling susah untuk latih Fateh adalah semasa bersahur.. aku terpaksa suap dia makan sambil mata dia tertutup rapat.. mulut jerk yg bergerak mengunyah.. nak suruh dia bangun makan sendiri tu memang taklah..
Amiera pulaks.. dah tak perlu nak dilatih.. dah biasa.. makan jerk apa yang dihidangkan.. tak banyak songeh..
Oklah.. setakat ni dulu cerita ceriti Ramadhan.. akan menyusul n3 selanjutnya jika ada yang menarik untuk diabadikan dalam blog ni..
Selamat berpuasa semua..
Comments