Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Alkisah Open House Hari Raya

Assalamualaikum..

Masih dalam mood raya.. selepas seminggu berhari raya bersama keluarga.. tiba masa berhari raya bersama rakan taulan.. yer tak?

Musim Syawal ni lah ramai yang akan buat open house.. mudah2an murah rezeki kalian yang buat  open house..

Teringat zaman aku masih ada kudrat nak bersilat kat dapur.. seronok wei masak memasak ni.. jamu kawan2 dan sanak saudara datang ke rumah..

Ni kisah open house yang pernah aku buat.. meriah sungguh tengok menu2 yang aku masak.. cam tak cayo yo bleh masak sebanyak tu.. makin usia meningkat makin aku tak larat nak ke dapur..

Hari raya 2007

Hari raya 2011

Hari raya 2013

Tu dulu.. kini aku tak mampu lagi nak masak sorang2 dengan menu yg pelbagai.. kalau nak buat sekalipun mungkin tempah jerk makanan.. nak tempah2 ni pulus kena banyak weiii.. huhuhuhu..

Oklah.. untuk yang nak buat open house.. yg nak masak sendiri tu blehlah nak refer menu2 yang nak dihidangkan kepada tetamu.. resepi pun berlambak kat internet.. kat fb pun ramai yg share.. siap ada tutorial lagi.. ahaks.. rasanya masak sendiri lagi puas hati kot dan banyak penjimatan di situ.. tapi kalau uols mampu tak salah nak ambil katering..

Selamat Hari Raya!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah