Family Gath @ PD

Assalamualaikum..

Cuti Deepavali yang lalu.. family en hubby datang ke rumah.. so kami pun gather2 ke PD.. percutian 2 hari semalam.. sajer suka2.. merehatkan minda..

kami lunch dulu kat Cowboy Place..

Fateh ni memang suka buat aksi..  

Petang tu kami round Muzium Tentera Darat pulaks.. tapi berlaku kisah berdarah yang tak akan kami lupakan.. semoga Fayyad cepat sembuh yer... hati2 kalian semua yg nak berkunjung ke sini.. pastikan anak2 tidak terlalu teruja..

like brother like sister.. 

bila si kecik beraksi depan kamera.. 

Waktu malam.. kami just dinner kat Teluk Kemang.. tak berani nak bawak anak2 ke tempat yg boleh mendatangkan bahaya kepada mereka.. Selepas makan kami jalan2 kat gerai jualan.. masa kami sampai.. tiba2 angin kuat.. khemah2 hampir tercabut.. lain macam jerk aku rasa angin tu.. macam  ribut nak melanda.. tapi adik yg meniaga kat satu cakap kat aku.. biasalah kak.. angin laut.. ye ke.. aku tengok makin berangin semacam jerk.. pastu aku nampak someone datang dalam keadaan tergesa2 seolah2 nak bagitahu sesuatu kepada pihak pengurusan konsert.. terus aku ajak en suami balik ke hotel.. takut beb!! kang tak pasal2 ombak kuat melanda.. bila nak sampai kat kereta.. angin kuat menyebabkan pasir pun ikut sekali.. sib baik tak masuk mata.. malam tu hujan turun dengan lebat sekali.. air laut aku nampak berombak2.. mulalah aku fikir macam2..

Esoknya.. cahaya terang.. bolehlah mandi manda di laut..

mucuk ma ni tak mau mandi laut.. nak main pasir ja.. 

Lepas check out kami singgah lagi ke Teluk Kemang.. jalan2 lagi..

seronoklah si kakak ngan si abang main time tak ramai orang..


si kecik tak leh main naa.. kang terpelanting ke luar..

eiii.. geramnya ngan dia ni..
 
Sekian.


Dari Dapur Mama

Assalamualaikum...

Asyik bercerita pasal jalan2 jerk..

Meh nak up gambar pasal makanan laks..

Nak upload resepi.. hmmm.. maleh lah pulaks.. sebab resepinya pun aku ambik dari resepi orang.. korang google jerlah yerk.. 😀..

biskut ala famous amous..

biskut choc chips..

Muffin choc chips + almond

congo bar..

 dan as usual choc brownies+nutella..

Kesemua ni aku buat suka2 jerk.. jual kat kawan2 sekolah Mira.. seronok jual ngan budak2 sekolah ni.. hari2 dok tanya Mira.. 'hari ni bawak apa'.. 'ko tak bawak brownies ke?'.. hehehhe.. jenuh Mira nak jawab.. diorang malas nak turun ke kantin.. sebabnya pelajar Tahun 6 pelajar terakhir yang keluar rehat.. so, byk makanan dah habis.. 

Tahun depan Mira dah sekolah menengah.. hmmm.. ntah boleh jual lagi ke tak.. kalau nak suruh Fateh.. biarlah dia dah besar sket.. dah faham makna jual beli.. kang lain yang aku suruh lain pulak dibuatnya.. tau2 duit untung habis pi borong mainan kat bookshop! kwang3..


Riadah @ Taman Eko Rimba KL & KL Tower

Assalamualaikum..

Aktiviti bulan lepas.. saja nak bawa anak jalan2.. kebetulan tempat tu dah diviralkan.. cam menarik jerk naik jambatan tergantung tu..


Fateh dah ke depan.. berani sungguh dia ni.. si kakak jerk masih terkulat2 nak lalu jambatan ni..

ingatkan Arissa kuat.. tapi bila berjalan asyik pandang bawah jerk.. last2 tewas jugak.. uwaaaaaaa... nak dukung.. tak sanggup turun dah.. hahahhahaha.. alololo.. cian mucuk ma ni..

seronok tau jalan2 kat sini.. sampai pecah lah lemak betis aku ni.. huhuhuhu..

kat area situ ada juga rumah terbalik.. kami tak masuk sebab ramai orang..


Kemudian kami ke KL Tower.. alang2 dah sampai sini.. naik jerlah.. nak datang lagi ke sini tu tak tahulah lagi bila.. 

terror juga Amiera snap gambar ni.. aku pun tak terfikir nak snap..

dapat naik ke Sky Deck.. bukan semua boleh masuk ke sini.. especially student.. anak2 kecik pun diorang suruh parents pegang kuat2.. takut angin kuat tiba2 lalu..

meh nak feeling romantik sat!

eiii.. anak dara ni.. 

muka ada senyum.. tapi hati ada kecut.. takut weiii.. Amiera sampai ke sudah tak mahu duduk atas gelas kaca ni.. seriau weiii.. Arissa jerk relax.. walhal dia tak tau kat bawah tu 400 meter lebih jaraknya.. kalau jatuh.. dah tak rupa orang dah.. nampak kereta kat bawah sayup2 jerk dah macam kereta mainan...

Kemudian kami turun kat level bawah.. kat sini ramai orang khususnya rombongan sekolah..

ketinggian Fateh tak cukup... huhuhuhu..

macam2 replika menara di seluruh dunia.. 

mesin ni boleh buat syiling tau.. hehehehe.. rm5 per syiling..

aiyooo.. mira.. mira.. gambar KL Tower pandai pulak ko snap.. suh snap gambar Mama.. betul2 gambar aku di snapnya.. bertuahnya anak.. 

So, uols.. cuti2 ni blehlah bawak anak2 ronda2 KL.. 

See Ya!



Jalan2 ke Zoo Melaka

Assalamualaikum..

Cuti Hari Malaysia 2 bulan yang lepas.. kami ambil kesempatan bawa anak gi jalan2.. gi dokek2 yo.. bajet ciput.. haha.. lagipun dah lama tak pergi ke zoo Melaka.. last sekali tahun 2010 masa Fateh berusia setahun.. pergh.. lama siot..

Zoo Melaka ni tak banyak sangat yang berubah.. bolehlah nak bawak Arissa tengok haiwan2..


 tutup sket kemuncitan disitu.. malu ah! hehehe.. jangan mare aa..

stroller memang kena angkut.. kalau tak memang patah pinggang aku dukung Arissa..

tu tanda peace ke sayang oiii.. len macam yo ha...

masa kami sampai tu waktu tidur haiwan2 kot.. senyap sunyi jerk.. masing2 dah kenyang kot!

masih ada lagi jambatan ni..

si kecik ni pantang nampak mainan..

dulu bertiga.. kini berempat.. alhamdulillah.. rezeki Allah..

See Ya!


Hari Ukhwah Keluarga @ Sahom Valley

Assalamualaikum..

Kisah berlaku selang beberapa hari sebelum hari raya haji..

Ini adalah kali pertama aku turut serta dalam hari ukhwah family besar belah en suami.. sebelum ni aku tak join disebabkan beberapa masalah yg tak dapat dielakkan..

Hari ukhwah pada kali ini di adakan di Sahom Valley, Perak..

Layan gambarlah yerk..

nak ke sini agak jauh ke dalam sket.. kalau malam2 tu serem..

pemandangan di sekitar kawasan Sahom Valley.. kawasan dia sangat luas..

antara aktiviti yang diadakan.. boleh hubungi mereka utk maklumat lanjut..

kawasan chalet atau rumah yang disediakan.. 

family en hubby duk kat Kampung Warisan.. family yg lain tinggal di Kampung Tepian Sungai.. bilik air dia open air ko.. pergh.. masa mandi tu feeling macam tuan puteri sambil mata pandang ke atas.. kwang3.. serem! malam laks.. nak tidur pun rasa serem.. beranda dia open ko.. uwaaaa.. mulalah aku terbayang macam2 citer seram.. time tu pulaks otak nak memikir.. hampagas tul!

Setiap rumah dibekalkan beberapa buah basikal.. so uols boleh jalan2 di kawasan sekitar.. setiap kampung ada kolam renang.. so, budak2 sukalah mandi manda..

Pada malam hari.. semua ahli keluarga berkumpul untuk solat maghrib dan isyak berjemaah.. dan membaca tahlil ringkas.. kemudian makan malam.. 

5 waris Tok Isa dan Opah Som

Keesokan paginya selepas sarapan.. berkumpul untuk aktiviti hari keluarga.. acara bergambar, permainan kanak2 dan dewasa..

sebahagian family en hubby

sebahagian sanak saudara keluarga en hubby..

yg susah nak bergambar.. ngeee.. jenuh sepupu snap gambar Mira.. akhirnya dapat jugak.. ngeh3..

Amiera join game cari gula2 dalam tepung, susun straw dan bola tampar.. manakala en hubby main bola tampar.. aku duk relax jadi pemerhati.. hahahha.. kaki bangku lah katakan..

si hero sorang ni.. moody laks pagi tu.. tak nak join apa2 game.. per hal ntah.. duk sorang2 atas batu.. katanya tak best! mandi kolam jerk best.. sabor jerlah..

pihak Sahom Valley berbesar hati suh ambik buah langsat yg tumbuh di kawasan sekitar.. 

Overall tempat ni memang best.. sesapa yg suka adventure dan suka suasana kampung memang sesuai sangat..

Sekian..


Majlis Graduasi Tahun 6 & Anugerah Cemerlang KAFA

Assalamualaikum..

Meh aku nak update 2 acara dalam satu n3.. senang.. banyak sangat n3 tak berupdate ni.. yg cerita ceriti sebelum ni pun masih belum di edit gambarnya.. insyaAllah akan aku cuba usaha untuk di publish sebelum end of this year.. moga aku ada kekuatan untuk menaip..

Kisah Majlis Graduasi

Diadakan sebelum result UPSR di umumkan.. elok sangatlah tu buat awal2.. takdelah budak2 nanges2 masa nak buat persembahan bagai.. ohhh.. sian diorang..

Ibu bapa yang berminat untuk hadir dikehendaki membayar rm60 per seat.. amboi.. dah semahal macam CIC.. so.. worth it or not?? jap gi aku story..

Dalam keadaan yang tak berapa sihat.. aku hadir juga sebab dah bayar weiii.. 

majlis di adakan di Bangi Golf & Resort.. 

Selepas ketibaan ibu bapa dan VIP.. murid2 diarak masuk ke dewan..

meja budak2 di bahagian hadapan.. meja ibu bapa di barisan belakang sekali.. pada mulanya aku ingat camtu.. sekali aku nampak ada beberapa meja parent di belah kanan di hadapan.. aittt.. tu pun nak double standard?? ni nak marah ni.. kami bayar sama ok.. kenapa harus membezakan meja ibu bapa mengikut kelas anak masing2.. apalah salahnya.. ko susun meja anak2 di bahagian hadapan.. dan meja ibu bapa di belakang.. ada masalah ke nak buat macam tu?? eiiiii... geram pun ada.. 

acara dimulakan dengan tarian endang.. kemudian diikuti bacaan doa dan ucapan wakil Guru Besar.. 

kemudian persembahan nasyid dari kumpulan Al-Farabi yang pernah mewakili sekolah dalam setiap pertandingan.. memang syahdu sangat lagu yang diorang nyanyikan..

seterusnya acara penyampaian sijil kepada para pelajar..

Selesai acara penyampaian sijil.. ibu bapa dan anak2 serta para jemputan menikmati hi-tea.. makanan not bad.. thumbs-up! sambil makan sambil layan persembahan anak2..

kelas Amiera mendendangkan medley dari beberapa buah lagu.. sangat menarik.. 

haiii puteri nan sorang ni.. susah sungguh nak bergambar..

teringat masa zaman graduasi pada usia 6 tahun..


Kisah Anugerah Cemerlang KAFA

Majlis diadakan pada hari Sabtu.. so, aku tak dapat hadir sebab nak jaga anak2.. seat terhad untuk 2 orang sahaja.. pembayaran FOC.. diadakan di dewan BHEUU Presint 3.. so, en hubby aku sorang jerlah yang pergi tengok.. dapatlah 2 keping gambar utk dijadikan kenangan..

Amiera menerima anugerah UPKK cemerlang..

Amierajuga terlibat dalam persembahan selepas acara penyampaian hadiah..


Semoga semua anak2 cemerlang hidup di dunia dan di akhirat!! Aamiin..

Sekian.


Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (50) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (73) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (111) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (2) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty