Hari Ukhwah Keluarga @ Sahom Valley

Assalamualaikum..

Kisah berlaku selang beberapa hari sebelum hari raya haji..

Ini adalah kali pertama aku turut serta dalam hari ukhwah family besar belah en suami.. sebelum ni aku tak join disebabkan beberapa masalah yg tak dapat dielakkan..

Hari ukhwah pada kali ini di adakan di Sahom Valley, Perak..

Layan gambarlah yerk..

nak ke sini agak jauh ke dalam sket.. kalau malam2 tu serem..

pemandangan di sekitar kawasan Sahom Valley.. kawasan dia sangat luas..

antara aktiviti yang diadakan.. boleh hubungi mereka utk maklumat lanjut..

kawasan chalet atau rumah yang disediakan.. 

family en hubby duk kat Kampung Warisan.. family yg lain tinggal di Kampung Tepian Sungai.. bilik air dia open air ko.. pergh.. masa mandi tu feeling macam tuan puteri sambil mata pandang ke atas.. kwang3.. serem! malam laks.. nak tidur pun rasa serem.. beranda dia open ko.. uwaaaa.. mulalah aku terbayang macam2 citer seram.. time tu pulaks otak nak memikir.. hampagas tul!

Setiap rumah dibekalkan beberapa buah basikal.. so uols boleh jalan2 di kawasan sekitar.. setiap kampung ada kolam renang.. so, budak2 sukalah mandi manda..

Pada malam hari.. semua ahli keluarga berkumpul untuk solat maghrib dan isyak berjemaah.. dan membaca tahlil ringkas.. kemudian makan malam.. 

5 waris Tok Isa dan Opah Som

Keesokan paginya selepas sarapan.. berkumpul untuk aktiviti hari keluarga.. acara bergambar, permainan kanak2 dan dewasa..

sebahagian family en hubby

sebahagian sanak saudara keluarga en hubby..

yg susah nak bergambar.. ngeee.. jenuh sepupu snap gambar Mira.. akhirnya dapat jugak.. ngeh3..

Amiera join game cari gula2 dalam tepung, susun straw dan bola tampar.. manakala en hubby main bola tampar.. aku duk relax jadi pemerhati.. hahahha.. kaki bangku lah katakan..

si hero sorang ni.. moody laks pagi tu.. tak nak join apa2 game.. per hal ntah.. duk sorang2 atas batu.. katanya tak best! mandi kolam jerk best.. sabor jerlah..

pihak Sahom Valley berbesar hati suh ambik buah langsat yg tumbuh di kawasan sekitar.. 

Overall tempat ni memang best.. sesapa yg suka adventure dan suka suasana kampung memang sesuai sangat..

Sekian..


0 omelan:

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (267) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (48) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (191) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (111) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (10) Juadah (110) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (14) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (21) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (1) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty