Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Majlis Graduasi Tahun 6 & Anugerah Cemerlang KAFA

Assalamualaikum..

Meh aku nak update 2 acara dalam satu n3.. senang.. banyak sangat n3 tak berupdate ni.. yg cerita ceriti sebelum ni pun masih belum di edit gambarnya.. insyaAllah akan aku cuba usaha untuk di publish sebelum end of this year.. moga aku ada kekuatan untuk menaip..

Kisah Majlis Graduasi

Diadakan sebelum result UPSR di umumkan.. elok sangatlah tu buat awal2.. takdelah budak2 nanges2 masa nak buat persembahan bagai.. ohhh.. sian diorang..

Ibu bapa yang berminat untuk hadir dikehendaki membayar rm60 per seat.. amboi.. dah semahal macam CIC.. so.. worth it or not?? jap gi aku story..

Dalam keadaan yang tak berapa sihat.. aku hadir juga sebab dah bayar weiii.. 

majlis di adakan di Bangi Golf & Resort.. 

Selepas ketibaan ibu bapa dan VIP.. murid2 diarak masuk ke dewan..

meja budak2 di bahagian hadapan.. meja ibu bapa di barisan belakang sekali.. pada mulanya aku ingat camtu.. sekali aku nampak ada beberapa meja parent di belah kanan di hadapan.. aittt.. tu pun nak double standard?? ni nak marah ni.. kami bayar sama ok.. kenapa harus membezakan meja ibu bapa mengikut kelas anak masing2.. apalah salahnya.. ko susun meja anak2 di bahagian hadapan.. dan meja ibu bapa di belakang.. ada masalah ke nak buat macam tu?? eiiiii... geram pun ada.. 

acara dimulakan dengan tarian endang.. kemudian diikuti bacaan doa dan ucapan wakil Guru Besar.. 

kemudian persembahan nasyid dari kumpulan Al-Farabi yang pernah mewakili sekolah dalam setiap pertandingan.. memang syahdu sangat lagu yang diorang nyanyikan..

seterusnya acara penyampaian sijil kepada para pelajar..

Selesai acara penyampaian sijil.. ibu bapa dan anak2 serta para jemputan menikmati hi-tea.. makanan not bad.. thumbs-up! sambil makan sambil layan persembahan anak2..

kelas Amiera mendendangkan medley dari beberapa buah lagu.. sangat menarik.. 

haiii puteri nan sorang ni.. susah sungguh nak bergambar..

teringat masa zaman graduasi pada usia 6 tahun..


Kisah Anugerah Cemerlang KAFA

Majlis diadakan pada hari Sabtu.. so, aku tak dapat hadir sebab nak jaga anak2.. seat terhad untuk 2 orang sahaja.. pembayaran FOC.. diadakan di dewan BHEUU Presint 3.. so, en hubby aku sorang jerlah yang pergi tengok.. dapatlah 2 keping gambar utk dijadikan kenangan..

Amiera menerima anugerah UPKK cemerlang..

Amierajuga terlibat dalam persembahan selepas acara penyampaian hadiah..


Semoga semua anak2 cemerlang hidup di dunia dan di akhirat!! Aamiin..

Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah