Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Riadah @ Taman Eko Rimba KL & KL Tower

Assalamualaikum..

Aktiviti bulan lepas.. saja nak bawa anak jalan2.. kebetulan tempat tu dah diviralkan.. cam menarik jerk naik jambatan tergantung tu..


Fateh dah ke depan.. berani sungguh dia ni.. si kakak jerk masih terkulat2 nak lalu jambatan ni..

ingatkan Arissa kuat.. tapi bila berjalan asyik pandang bawah jerk.. last2 tewas jugak.. uwaaaaaaa... nak dukung.. tak sanggup turun dah.. hahahhahaha.. alololo.. cian mucuk ma ni..

seronok tau jalan2 kat sini.. sampai pecah lah lemak betis aku ni.. huhuhuhu..

kat area situ ada juga rumah terbalik.. kami tak masuk sebab ramai orang..


Kemudian kami ke KL Tower.. alang2 dah sampai sini.. naik jerlah.. nak datang lagi ke sini tu tak tahulah lagi bila.. 

terror juga Amiera snap gambar ni.. aku pun tak terfikir nak snap..

dapat naik ke Sky Deck.. bukan semua boleh masuk ke sini.. especially student.. anak2 kecik pun diorang suruh parents pegang kuat2.. takut angin kuat tiba2 lalu..

meh nak feeling romantik sat!

eiii.. anak dara ni.. 

muka ada senyum.. tapi hati ada kecut.. takut weiii.. Amiera sampai ke sudah tak mahu duduk atas gelas kaca ni.. seriau weiii.. Arissa jerk relax.. walhal dia tak tau kat bawah tu 400 meter lebih jaraknya.. kalau jatuh.. dah tak rupa orang dah.. nampak kereta kat bawah sayup2 jerk dah macam kereta mainan...

Kemudian kami turun kat level bawah.. kat sini ramai orang khususnya rombongan sekolah..

ketinggian Fateh tak cukup... huhuhuhu..

macam2 replika menara di seluruh dunia.. 

mesin ni boleh buat syiling tau.. hehehehe.. rm5 per syiling..

aiyooo.. mira.. mira.. gambar KL Tower pandai pulak ko snap.. suh snap gambar Mama.. betul2 gambar aku di snapnya.. bertuahnya anak.. 

So, uols.. cuti2 ni blehlah bawak anak2 ronda2 KL.. 

See Ya!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah