Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Don Hu Jurassic Park Muar

Assalamualaikum..

Bersambung lagi agenda jalan2 sekitar Muar.. kali di mencari dinasour.. huhuhu.. nama spesifik tempat ni ialah Don Hu Jurassic Park.. kenapa nama dia camtu.. wallahualam.. leh tanya tuan kedai..

Nak ke sana.. kami ikut Muar Bypass.. dalam 5-10 minit dah nampak dari tepi jalan dinasour yang menakutkan.. hehehhe..

Oh ya.. buat masa ni masuk ke jurassic park ni adalah percuma.. tak taulah kalau dah femes nanti.. diorang kenakan fee ke tak..

ala2 jambatan pulau pinang..

standby yerk korang nak kena ngap! hahahahaha..

sayup yo tengok hat tinggi tu..

arissa tak berani duk dekat2 natang tu.. hahahha.. len macam yo ngoman eh..

ngeri siot renungan si hitam..

montang2 tak real.. sopan yo posing dopan trex.. cer kalau boto.. maun tak lintang pukang lari.. hahahaha..

macam2 spesies dinasour ada.. kalau yang real terlepas ni.. huiii.. tak cukup tanah masing2 lari..

diorang sangat kreatif dalam mempamerkan dinasour.. setiap dinasour akan bergerak macam real..

teringat kata2 Fateh.. dia nak tengok dinasour real.. teruja ok dia tengok dinasour tu bergerak.. hahahaha..
 
oveall.. tempat ni ok.. sangat sesuai bawa anak2 jalan2.. boleh create idea lagi yang dapat beri impak atau kesan ke atas hati pengunjung.. contoh boleh buat game 4d untuk kanak2 meneroka dunia dinasour yg penuh cabaran.. budak2 sekarang ni suka pada cabaran.. kalau macam budak2 bawah 6 tahun tu boleh tunggang dinasour yang bergerak2.. dah banyak dah aku tengok kat Mall.. takpun buat rumah seram dinasour.. haaa.. terkojut boruk kalau sekali yang keluar tu kepala Trex.. hahaha.. atau something else yang buat pengunjung teruja nak explore Jurassic Park Muar ni.. moga jurassic park ni dapat berkembang lagi..

oh ya.. kat sini juga diorang ada jual mainan dinasour dan barangan cenderahati.. so, parents sila siapkan duit.. hahahhaha.. 

Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah