Posts

Showing posts from January, 2016

Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Keputusan UPKK Amiera

Image
Assalamualaikum.. Selasa baru2 ni baru terima sijil keputusan peperiksaan UPKK Amiera.. Sejak diumumkan oleh JAKIM pada 15 Jan 2015.. aku yang lebih berdebar2 dari anak eh.. uwaaaaaaa... dia boleh relax jerk.. aduhhh.. Amiera.. Amiera.. Tak putus2 aku dok ber-whatsApp dengan ustazah sekolah nak tahu bila result akan dikeluarkan pulak oleh pihak Jais.. oh ya.. walaupun Amiera sekolah di Putrajaya.. tapi dia ambil exam tu di Selangor sebab sekolah Kafa dia berdaftar dengan JAIS.. Dan bila dapat tahu result akan keluar pada hari Selasa.. cepat2 aku mintak ustazah snap terus.. penantian satu penyiksaan.. hahahhahaha... Alhamdulillah.. walaupun taklah begitu cemerlang tapi bolehlah dibanggakan.. walaupun tak mencapai target aku.. tapi nak buat macam mana.. itu dah rezeki Amiera.. dah ketentuanNya.. walaupun ada yang tak logik pada result tu.. apa pun aku terima dengan redha.. tahniah sayang.. hadiah yang dijanjikan pun dah dapat.. Lagipun rasanya berbaloi juga usaha aku yang tak

Resepi Mudah Muffin Nutella Pemanggang Ajaib

Image
Assalamualaikum.. Cuti baru2 ni.. saja nak cuba try test buat muffin guna pemanggang ajaib.. jumpa resepi kat fb.. resepi yang paling simple muffin nutella.. nak buat pun senang.. so, membakinglah aku kejap utk juadah minum petang.. tapi aku ngan anak2 jerk yang makan.. en hubby kureng menda manis2 ni.. Meh aku share resepi.. resepi ni aku dah bahagi dua.. sebab nak cuba dulu kan.. tak nak ikut resepi asal takut banyak pulak.. kalau tak jadi kan rugi.. Bahan2 : 1/2 cawan nutella 1 biji telur 5 sudu besar tepung naik sendiri Cara2: 1. Panaskan pemanggang ajaib guna api sederhana 2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk berisi nutella.. gaul rata.. 3. Masukkan tepung.. gaul sebati. 4. Masukkan adunan ke dalam paper cup dan letak di dalam loyang..   5. Tabur choc chip kalau suka.. aku buat 2 versi.. 6. Kecilkan api dan masukkan loyang ke dalam pemanggang ajaib. 7. Bakar selama 20-30 minit.. minit ke 20 buka pemanggang ajaib dan cucuk muffin dengan garfu.. kalau tak de y

Masak Memasak ~ Resepi Mudah Nasi Kuning + Rendang Ayam Limau Purut

Image
Assalamualaikum.. N3 pertama agenda masak memasak untuk tahun 2016.. Sebenarnya kes malas nak masak banyak menu.. ni yang paling senang.. Ok.. mula2 resepi nasi kuning.. semudah ABC.. Bahan2: 3-4 pot beras (basuh dan tos) 1-3 ulas bawang merah *, 2 ulas bawang putih *, 1/2 inci halia  * Rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga) Sehelai daun pandan disimpul 1-2 sudu besar minyak sapi Serbuk kunyit agak2 jerk Secubit garam Air secukupnya * dihiris nipis Cara2: 1. Panaskan minyak. Masukkan rempah 4 sekawan dan daun pandan. 2. Masukkan bahan hirisan.. tumis sehingga naik bau 3. Masukkan beras dan air. Kacau rata. 4. Masukkan serbuk kunyit dan garam. Kacau rata. 5. Tanak sehingga masak. Bau dia macam nasi ayam.. hehehhe..   Masa hidang nasi ni.. Amiera kata ni pulut.. hhuhuhuhu.. Resepi Rendang Ayam Limau Purut Actually resepi rendang ayam tu macam biasa jerk.. cuma aku tambah limau purut untuk  mengharumkan bau dia.. Bahan2:

Tricycle Hello Kitty Arissa

Image
Assalamualaikum.. Semalam jumpa dengan bakal penyewa baru.. nak tengok rumah katanya.. alang2 dah ke Nilai.. ajak en suami ke Nilai 3.. nak cari basikal utk Arissa.. dia suka nau naik basikal abang dia.. kang jatuh satu hal.. Dulu dah pernah usha tapi malas nak beli lagi sebab Arissa masih kecik.. so, dah bijak sket ni.. bolehlah belikan.. suka sangat dia nampak Hello Kitty.. 'itti..itti..' katanya..   excited tu!   abang jeles.. pastu kacau adik dia..    dah nak tidur pun sempat lagi tu.. hehehhe ok bai!

Lakaran Kehidupan : Part 3

Image
Assalamualaikum.. Dah nak masuk 3 tahun cerita Part 2.. baru tergerak hati nak sambung Part 3.. maleh sungguh aku nak mengarang ni.. aku bukannya terror bm pun.. ayat pun lintang pukang.. hahahahha.. lantaklah.. ada aku kesah! blog aku kot.. Sebelum aku nak sambung cerita kehidupan aku kat ITM.. meh aku cerita sket masa aku duk kat Lower 6.. lupa nak cerita sebelum ni.. aku memang tak fokus sangat nak belajar.. lagipun masa aku tunggu result SPM keluar.. aku ambik kursus komputer berdekatan dengan pusat membeli belah Ampang Point.. kursus komputer tu tak habis2 sampailah aku masuk Lower 6.. sebab tu aku ponteng 2 hari dalam seminggu sebab nak habiskan kelas komputer.. berulang alik aku dari Nilai ke KL dengan baju sekolah.. hebat tak?? hahahaha.. selamba rock jerk aku naik bas dengan baju sekolah.. buang segala perasaan takut sebab terpaksa ok!.. tapi yg buat aku bengang.. satu sijil pun aku tak dapat.. hampeh sungguh.. bengang jerk aku ngan sykt yg kendalikan kelas komputer tu.. k

Hari Persekolahan Fateh

Image
Assalamualaikum.. 2 hari lepas.. aku ambil cuti coz nak monitor keadaan Fateh di sekolah.. walaupun cuti.. pukul 6 pagi dah bangun nak prepare bekal Fateh dan Arissa.. Amiera tak payah bekal2 ni.. dia dah besar.. bagi duit jerk.. cuma utk sarapan aku bagi dia makan kenyang2.. tapi hari ni Amiera bawak bekal sebab aku dah masak lauk peberet dia.. dan sarapan pagi tadi aku bagi cereal jerk..   bekal aka bento utk waktu rehat Fateh di sekolah.. tapi takde makna aku nak hias macam2 karektor kartun.. tak sompek lah weiii..   hari pertama => makaroni goreng, buah anggur dan kismis hari kedua => nasi putih, daging goreng+sayur, buah epal dan kismis hari ketiga (takde gambar) => ayam salut tepung, apam coklat, buah pelam dan kismis Masalah Fateh ni memang susah nak makan.. yg akan dijamahnya buah2an, kismis, makaroni dan kek.. kalau nasi tu memang susahlah.. Setakat ni bangun pagi takde masalah.. sumbat jerk sebotol susu.. pastu ingatkan dia suruh mandi lepas minum