Posts

Showing posts from July, 2016

Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Sepagi di Istiadat Mengarak Panji2 DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung

Image
Assalamualaikum.. Pagi tadi semangat nak gi tengok istiadat mengarak panji2.. ramai abam2 tentera weiii.. aku sampai diorang tengah buat perbarisan.. seronok sangat tengok diorang.. bunyi tapak kasut.. setiap langkah.. setiap rentak.. mengikut alunan muzik.. sama jerk.. hebatlah.. terrrrbaikkkk... Acara ni diadakan di Dataran Pahlawan Negara yang baru siap dibina.. mula2 masa dibangunkan aku ingat masjid.. rupa2nya salah sangkaan aku..   pic credit to Chongkian - Karya sendiri, CC BY-SA 4.0   membelakangkan matahari.. paneh weiii...   sangat tertib   semua orang memberi hormat   helikopter tentera pun buat perbarisan ko.. hebat!   masa nak balik tu.. nampak abam2 tentera Malaysia sedang bergambar dengan abam tentera mat salleh ko.. tinggi lah weiiii.. teringat zaman2 sejarah tentang askar omputih ni..

Jamuan Raya 2 in 1

Image
Assalamualaikum.. Lunch hour semalam.. kami ke rumah terbuka vendor Heitech Padu dan Wilayah Putrajaya.. kebetulan tempat pun bersebelahan sajork.. Asalnya nak ke rumah terbuka Wilayah dulu.. sekali ko ramainya yg sedang beratur.. baik kami pi kenyangkan perut dulu kat rumah terbuka Heitech Padu.. gambar takde pulaks sebab dah kebulur nak makan.. ngeh3.. dalam 1.30 baru kami pi join beratur.. sekurang2nya takdelah kelaparan semasa beratur nak ambik makanan.. ahaks.. tgh2 boring beratur tu yang snap sana sini..   ramai siot yang beratur.. ingatkan beratur utk ambik Kenny Rogers.. sekali ko.. habis daaa.. cepatnya habis.. kata 3000 pax.. aku tgk yang beratur tu pun takdelah sampai 3k.. huhuhuhu..   sambung pulak beratur ambik Starbuck.. sambil menunggu.. aku singgah sat beratur kat kambing golek..  Pastu dah tak larat nak pi beratur.. sakit pinggang terus balik.. tak sempat nak explore tempat makanan lain dan tak sanggup nak beratur lagi.. sib baik dah kenyang.. 

Pau Cendawan Frozen!

Image
Assalamualaikum.. Jumaat lepas.. opismate tlg kawan dia jualkan pau cendawan yg viral tu.. kebetulan jiran kawan dia ada hubungan saudara dengan peniaga pau cendawan.. So, memikirkan dah ada orang yang nak tolong belikan.. konon nak rasa jugak.. sedap banget ke pau cendawan viral ni??.. belilah jugak satu pek.. Kebetulan Jumaat tu aku ada program ambik report kad kafa sekolah anak.. so, petang tu aku kukus semula pau cendawan sebagai juadah minum petang...   rasa?? anak2 aku kurang suka.. aku ok jerk.. not bad.. pau dia lembut.. tak kedekut inti..   second batch order..  walaupun harga agak mahal compare kita beli sendiri ngan peniaga.. permintaan tetap ada..  Kepada yang berminat nak order pau cendawan ni bolehlah hubungi owner tersebut ya..   pic dari group whatsapp.. tq pada yg share..   Semoga perniagaan pau cendawan ni semakin maju..

Alkisah Udang

Image
Assalamualaikum.. Beberapa hari sebelum hari raya.. aku ke Aeon Alamanda.. nak beli barang keperluan sket.. pastu gi ke area barang basah.. nampak ada beberapa orang tengah kerumun sesuatu.. apa yang direbutkan tu?? oooo.. udang rupanya.. aku pun usha.. udang harimau ropanya.. murah ke tu?? tertanya2 aku dengan en suami.. pastu sempat aku bertanya kat sorang kakak ni.. katanya murah sangat2.. biasanya sekilo cecah rm60.. tapi hari tu rm29.90 sekilo.. murah banget!! sekali aku nak mencelah.. tengok2 udang dah habis.. huhuhuhu... aku standby 2 plastik siap2.. harap2 ada lagilah udang tu.. kami ngan beberapa orang bukan orang tempatan yang dah grab berkilo2 udang tu setia menunggu.. dan kebetulan memang ada sebaldi lagi udang.. letak jerk terus aku grab banyak2.. ngeh3.. sampai keras kejung kesejukan tangan aku.. kebas2 rasanya.. udang punya pasal sanggup.. dapatlah dlm dua plastik tu.. anggaran dalam 2 kilo.. puas hati aku.. hehehe..   baki udang yg sempat aku snap.. yg lain dah

Alkisah Open House Hari Raya

Assalamualaikum.. Masih dalam mood raya.. selepas seminggu berhari raya bersama keluarga.. tiba masa berhari raya bersama rakan taulan.. yer tak? Musim Syawal ni lah ramai yang akan buat open house.. mudah2an murah rezeki kalian yang buat  open house.. Teringat zaman aku masih ada kudrat nak bersilat kat dapur.. seronok wei masak memasak ni.. jamu kawan2 dan sanak saudara datang ke rumah.. Ni kisah open house yang pernah aku buat.. meriah sungguh tengok menu2 yang aku masak.. cam tak cayo yo bleh masak sebanyak tu.. makin usia meningkat makin aku tak larat nak ke dapur.. Hari raya 2007 Hari raya 2011 Hari raya 2013 Tu dulu.. kini aku tak mampu lagi nak masak sorang2 dengan menu yg pelbagai.. kalau nak buat sekalipun mungkin tempah jerk makanan.. nak tempah2 ni pulus kena banyak weiii.. huhuhuhu.. Oklah.. untuk yang nak buat open house.. yg nak masak sendiri tu blehlah nak refer menu2 yang nak dihidangkan kepada tetamu.. resepi pun berlambak kat internet.. kat fb pun

Redeem Hadiah Peraduan Jom Minta Resit GST

Image
Assalamualaikum.. Semalam.. barulah berkesempatan aku ke pejabat kastam nak tuntut hadiah yang aku menang dalam peraduan MyResitGST.. Kali ni rezeki aku pada hadiah voucher tunai.. nak dekat sejam jugak urusan menuntut voucher tu.. lama sebab menunggu voucher dikeluarkan jerk..   dah selamat aku tunaikan di pejabat pos.. Sebelum duit tu habis cenggitu jerk.. aku decide beli rak baju utk Arissa.. ganti kan dengan rak sedia ada.. asyik tertanggal jerk rak tu.. bila dah hampir runtuh menyembah ke bumi.. semua baju2 dalam tu akan berterabur.. penat wei asyik nak menyusun jerk keje aku.. bila dah ada rak baru ni.. insyaAllah akan kuranglah keje aku untuk menyusun bagai.. apatah lagi nak pasang semula rak tu.. Harap2 pasni adalah rezeki aku dan en suami dalam peraduan tu.. ngeh3.. dapat hadiah besar sket kan... kann... aminnn.. wish me luck!

Salam Sesuci Lebaran ~ Syawal 1437H

Image
Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. sekejap jerk masa seminggu berlalu.. cuti2 Malaysia menyambut Syawal yang mulia.. Kenangan bergambar tak banyak diabadikan.. sibuk dengan makan2 dan borak2.. sampaikan gambar aku sefamily pun takdo tau!!.. uwaaaaaaaaaaa... nak nanges ni!!! kalau tak aku yang sibuk.. en suami yang sibuk.. camno nak bergambar bersama!!.. huhuhuhu.. ada masa kalau gi open house (ada ke yang jemput gi open house ni??) aku nak cuba jugak bergambar dengan family..   anak bujang aku sorang ni kan.. eiii.. nak kena ni.. Arissa yang comot.. grrr.. apa pun tak mau pakai atas kepala apatah lagi suh pakai emas..   bersama pak sedara dan mak sedara belah Johor.. belah arwah ayah aku..   otw back to Ipoh.. walaupun byk kereta tapi jalan masih clear.. balik Ipoh.. oooo balik Ipoh.. ngeh3..    walaupun 1st raya masing2 beraya di rumah mertua.. so, raya ke-4.. adik beradik en suami berkumpul untuk sesi bermaaf2an.. Oklah.. itu sajork gambar2 raya yg sempat aku

Salam Akhir Ramadan

Image
Assalamualaikum.. Tika dan saat ini aku masih setia di opis.. hari terakhir sebelum menyambut lebaran yang akan menjelang samada esok atau lusa.. Kemeriahan untuk menyambut lebaran telah hilang sinarnya.. hilang mood aku nak beraya.. kalau ikutkan aku tak mau beraya.. sodih weiii.. kenapa dan mengapa.. biarlah aku sahaja yang melaluinya.. Cukuplah ada suami dan anak2 yang sentiasa disisi.. dah cukup bahagia buat aku.. tak perlu dikenang pada yg tak pernah nak menghargai kita.. aku dah buat yang terbaik.. Aku sedar siapa aku.. sob3.. Sempena di bulan yang mulia ini dan Syawal yang bakal menjelma.. aku mohon ampun maaf kepada semua sahabat, rakan taulan, sanak sedara, rakan bloggers mahupun silent reader yang membaca nukilan aku yang tak seberapa dalam blog yang suam2 kuku ni.. semoga selamat perjalanan pulang ke kampung dan selamat kembali..