Posts

Showing posts from 2017

Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Agenda Memasak September

Image
Assalamualaikum.. Kita akhiri n3 terakhir bulan September dengan agenda memasak..   Brownies Red Velvet sempena Anniversary yg ke 14 Tahun pada 6 Sept..   Buat steamboat ala2 Johnny's utk dinner Anniversary..   Tempahan Brownies dari pengasuh Arissa   Kek Pisang versi Cupcake   Kek Pisang versi kukus   Cupcake Milo yg sangat sedap dimakan panas2.. rangup di atas lembut di dalam..   Sangkaya dan roti kukus ala Boat Noodle Alhamdulillah.. jimat.. boleh makan banyak2..

Majlis Pembukaan Sukan Para Asean yg ke 9

Image
Assalamualaikum.. Sukan Para Asean telah melabuhkan tirai beberapa hari yang lalu.. walaupun Malaysia tidak dapat mencapai sasaran jumlah emas tetapi tetap berbangga di tempat ke-2 selepas Indonesia.. hidup Malaysia!! aku tabiklah dengan peserta Para Asean ni.. walaupun ada kekurangan dari segi fizikal mahupun pemikiran.. tapi mereka berjaya membuktikan mereka mampu menyumbang sesuatu untuk negara.. Masa perasmian Sukan Sea sebulan yang lalu.. aku tak berkesempatan nak pergi tengok.. nasib baik ada lagi sukan Para Asean.. leh bawa anak2 gi tengok acara yang jarang sekali diadakan di negara kita.. lepas ni tak tahu bila lagi Malaysia akan menjadi tuan rumah.. posing dulu kat luar stadium.. dah lama aku tak gi stadium.. huhuhu..   ngeri pulak aku tengok seat kat stadium ni.. rasa macam nak jatuh.. nak2 pulak si Arissa.. macam nak jatuh ke depan jerk..   budak yang paling sporting.. bukannya dia faham apa pun.. tengok orang tepuk dia tepuk.. tengok orang menjerit dia pu

Aktiviti Riadah di Bukit Melati, Nilai

Image
Assalamualaikum.. Baru hari ni berkesempatan nak update.. minggu lepas sibuk lah pulak.. Beberapa minggu yg lepas kami naik bukit Melati di Nilai.. dah lama en suami mengajak aku dan anak2 untuk naik bukit tu.. tapi aku malas sebab Arissa.. tak larat aku nak jaga dia.. kalau setakat  jaga diri aku sendiri InsyaAllah aku boleh.. Ntah macam mana.. aku setuju juga akhirnya nak naik bukit Melati tapi kena tabah jerlah kalau Arissa meragam nak dukung bagai.. memang aku serah kat en suami dukung Arissa.. aku tak sanggup nak dukung dia dalam hutan tu.. So, hari kejadian.. pukul 8 lebih kami gerak dari Putrajaya.. sarapan dulu kat kedai tak jauh dari bukit Melati.. baru kami naik bukit.. mula2 tengok bukit tu agak mencabar jugak sebab darjah ketinggiannya lebih 45 darjah.. dengan keadaan jalan yg tak rata.. perghh.. takut tersadung kena akar kayu.. jatuh tergolek berpusing2.. hahhahaha..   sebelum naik wajib bergambar dulu.. semangat tul en suami sampai tertinggal kasut.. so, bers

Berita Menyentuh Hati ~ Al-Fatihah

Image
Assalamualaikum.. Lama dah tak bersiaran.. al bz dan al malas.. satgi aku update aktiviti sepanjang bulan Sept.. InsyaAllah.. Sebelum tu aku nak sampaikan salam takziah kepada waris mangsa kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittafiqiyah yang telah meragut 23 orang termasuk warden.. Berita itu sangat menyentuh hati aku sebagai seorang ibu.. setiap kali berita memaparkan kisah berkenaan pasti akan menitis air mata kesedihan.. tatkala nak mencoret titipan ni pun aku dah mula rasa sebak.. aku terbayang2 keadaan semasa kejadian.. walaupun aku tiada di situ tapi aku dapat bayangkan kesakitan yang dirasai anak2 tahfiz tersebut.. kenapa aku rasa sebak.. sebab mereka masih anak2 lagi.. umpama anak2 aku yang masih kecil diperlakukan sebegitu kejam.. aku yang jauh ni pun rasa sedih yang amat apatah lagi orang yang berada di tempat kejadian.. Apabila kes ni berpunca dari perbuatan khianat.. rasa terkilan sangat.. kenapa sampai sanggup meragut nyawa anak2 tahfiz ni.. apa salah mereka sampai sanggu

Kudapan utk raya haji

Image
Assalamualaikum.. Lagi beberapa hari rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan... disamping kemenangan sukan SEA di tempat yang teratas.. dan umat Islam khususnya akan menyambut Hari Raya korban pada hari Jumaat.. banyak betul sambutan utk 3 hari berturut2 ni.. Tahun ni tahun rajin aku dan alhamdulillah.. takde masalah kesihatan.. syukur.. gagahlah aku bersilat kat dapur memenuhi tuntutan anak2.. utk raya haji ni aku buat 4 jenis biskut.. anak2 aku ni memang pantang.. pantang tengok.. nak2 pulak bau yg harum semerbak dari oven.. mulalah lapar.. 2 jenis biskut sama macam biskut raya haji.. 2 lagi biskut resepi baru..   biskut kelapa.. acuan bulan sabit aku takde.. so, aku hantam jerlah.. jadi ulat.. hahaha.. yg penting sedap..   biskut choc chip almond   popia nestum.. budak2 memang suka sebab manis..   popia simpul.. nak perabihkan stok serunding ikan dan ayam.. Oklah.. selamat merdeka.. selamat hari raya dan selamat bercuti.. semoga perjalanan anda ke k

Happy Birthday Amiera & Fateh

Image
Assalamualaikum.. Bulan ni bulan kelahiran aku dan anak2 aku.. jenuh en suami nak sponsor macam2.. ngeh3.. nasiblaaa... hahahahahaha... Kelmarin 20 Ogos.. birthday Fateh.. so, hari Sabtu aku buat kek choc moist.. semua orang suka makan.. anak2 tak suka makan cream2 colorfull tu.. so, aku buat simple deco jerk.. asal ado.. tak reti aku nak deco ala2 pakar kan..   cake topper.. buek sendiri yo.. jimat..    konon nak letak atas kek.. ngeh3.. hat pagar jerk jadi.. hat nama tak boleh.. kena menuntut ilmu ngan google lagi ni..   choc moist.. nyum3..   susun jerk strawberi ngan coklat atas kek tu.. sonang jo baitu..    pastu cucuk jerk cake topper..    cucuk jerk lilin.. dah siap.. simple.. so, tengah malam tu kami buat surprise utk Fateh.. jenuh suruh papa ajak Fateh main sementara nak tunggu 12 tgh malam.. huhuhu.. aku kalut buat preparation kat luar.. si Arissa pun excited.. aku suruh senyap2 jangan bgtau abang dia.. berlari sana sini dia sebab tak sa