Assalamualaikum..
Sabtu lepas.. hari ulang tahun kelahiran Arissa yang ke 3 tahun.. semoga anak mama yang comel lote ni menjadi srikandi solehah.. penyejuk hati mama dan papa.. sentiasa di dalam rahmat dan dilindungiNya.. dilimpahi kesihatan, umur dan rezeki yang berpanjangan.. dianugerahkan kecerdikan, kebijaksanaan dan kesejahteraan hidup yang berkekalan..
Nak buat makan2 aku tak larat dah nak handle.. letih.. dah tua2 ni aku mudah letih..
So, aku cuma buat kek dan raikan sesimple yang mungkin..
Nak buat kek tu pun pening nak deco.. kalau setakat buat kek coklat.. tuang ganache atas kek tu.. pastu suruh Arissa potong.. ko rasa apa perasaan dia.. mesti dia pelik.. potong kek yg coklat kehitaman tu.. hahahahha...
So, nak bagi hati anak2 kita ni ceria.. kita deko lah sket.. tak cantik pun takpe.. yg penting ado.. hahahaha.. nak lagi cantik beli jerlah kan.. tapi aku rasa rugi kalau beli sebab anak2 aku ni bukannya suka makan krim kat atas kek.. lainlah kalau kita nak sambut birthday kat taska or tadika.. bolehlah nak order yang cantik2.. tapi kalau terror design.. homemade jerlah kannn..
Nak buat kek ni sangat mencabar ok.. sebab si kecik ni tak mau tido.. sebelum aku start deco.. bila dia nampak kek yg dah masak.. dia nak makan kek.. aku cakap kat dia ni utk kawan papa.. so, dia faham.. time nak deco lak.. bergegar2 meja dibuatnya.. ada jerk nak diperhati.. tangan pulak tak duduk diam.. ada saja nak usik..
Bila deko dah lain macam rupanya.. nak2 pulak nampak muka dia ada sekali.. sah2 lah dia tau tu kek dia.. apa lagi.. lebarlah senyum dia.. kek Icha.. kek Icha.. katanya..
Perangai Arissa ni lain sket.. suka belek album kat rumah tu.. naik lunyai dikerjakannya.. pantang nampak gambar kek kakak or abang dia.. mesti nyanyi lagu Happy Birthday.. takde pelat langsung.. bersungguh2 nyanyi.. dan kalau nampak gambar aku berkepit dengan kakak or abang dia.. hmmm.. memang marahlah dia.. jeles..
berbekalkan ilmu yang cetek dan kelengkapan yang kurang.. maka.. inilah hasilnya.. ngeh3.. pukul 2 pagi baru selesai mengemas.. asalnya nak mendeko lagi.. konon nak lakar rumah Dwarf.. tapi al-ngantuk.. mood pun dah hilang..
asalnya nak buat tema Didi & Friends.. tapi tak jumpa figurine nak
letak atas kek.. mungkin tahun depan boleh buat kot.. itupun kalau
Arissa minat lagi..
banggalah tu..
happy birthday Arissa!!
suka sangat senyum muka nyonya..
baju pinjam kakak dia punya.. turun temurun.. jimat.. jimat..
dah 3 tahun.. uwaaa.. kejapnya masa..
waaa.. syok ya dapat hadiah dari papa..
L O V E u D E A R
Comments