Assalamualaikum..
Sekejap saja masa berlalu.. dah 10 terakhir Ramadhan.. lagi beberapa hari kita akan menyambut Syawal.. hari yang dinantikan oleh anak2.. kegembiraan selepas sebulan berpuasa diraikan dengan penuh keinsafan dan kesyukuran..
Bagaimana dengan persiapan hari raya?? dah ready ke nak balik kampung.. ke ada yang dah cuti awal.. menyambut puasa di saat2 akhir ni bersama keluarga di kampung? ke ada yang tak balik kampung disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan.. apa pun keadaan kita semua.. hanya kita dan keluarga kita sahaja yang memahami.. yang penting kita bersama-sama dapat meraikan hari yang gembira ini bersama keluarga.. tak kisah keluarga kecil ke besar ke kan...
Persiapan aku dah 80% siap.. ada barang yang dah masuk dalam beg.. ada yang belum.. ada yang masih belum habis dijahit.. kwang3.. yang penting baju dan segala kelengkapan anak2 dah siap.. esok final touch.. harap takde lah yang tertinggal nanti.. hampir seminggu duk kampung.. maunnya tak penuh beg.. fuhhh.. pening gak memikir..
Tak lengkap berhari raya tanpa adanya biskut raya.. yer dak.. alhamdulillah.. tahun ni aku berjaya mengawal nafsu utk tidak membeli biskut raya.. semuanya aku buat sendiri.. walaupun biskut yang simple dimple.. yg penting ado.. dan anak2 aku suka makan.. bukannya ada orang nak datang rumah aku pun.. zaman moden lanni.. kalau tak buat open house tu memang tak de sapa nak datang.. yerlah orang pun segan nak datang rumah kita..
Tujuan utama aku buat biskut raya tu bukan sahaja utk rumah aku sahaja.. aku rasa kalau setakat nak buat utk rumah sendiri tu rasanya membazir jugaklah.. bahan2 mentah dia pun mahal kann.. baik beli jerk biskut raya yang dah siap.. tapi niat aku nak bagi mak aku, makcik2 aku sket, mak mertua aku sket.. kalau buat sendiri bleh dapat banyak balang.. so jimat kat situ.. tahun ni aku buat 7 jenis biskut raya.. rumah mak aku memang aku bagi semua jenis biskut ni.. yg lain2 aku bagi sket2.. kalau nak bagi semua memang tak cukup tangan nak buat.. pengsan terus aku sorang2..
biskut yang mula2 aku buat.. popia nestum.. yg paling senang..
choc cornflakes+badam
popia simpul
biskut sarang semut
biskut suji
biksut choc chip ala famous amous
peberet en suami
Alhamdulillah.. biskut2 tu dah diedarkan Sabtu lepas.. sempat lah jugak pagi tu aku buat brownies dan congo bar.. bagi sket kat mak dan makcik2 aku..
Kadang2 orang tertanya2 kenapa mesti nak bagi makcik2 aku.. makcik2 aku tu macam mak aku juga.. mereka juga menjaga aku semasa aku kecik.. jasa mereka memang tak dapat aku nak balas sampai bila2.. so, dengan rezeki yang Allah bagi kat aku.. sewajarnya aku bagi mereka juga merasa.. mereka pun bukannya orang senang.. aku bukannya nak riak atau menunjuk-nunjuk kononnya bagus.. tidak.. aku nak anak2 aku kalau baca blog ni.. mereka faham asal usul keluarga aku.. aku bukannya dari golongan keluarga yg senang.. aku nak anak2 aku juga mengamalkan sikap mengenang budi kepada orang yang banyak membantu kita..
Oklah.. rasanya ni post terakhir sebelum nak cuti raya ni.. post seterusnya akan di update selepas hari raya.. cerita pasal raya laks yer..
Dikesempatan ini.. kami sekeluarga ingin memohon jutaan kemaafan sekiranya ada terkasar bahasa terlanjur bicara atau terlebih dalam apa jua samada disedari atau tanpa disedari.. semuanya adalah kekurangan dari kami sendiri.. semoga lebaran yang akan datang memberi sinar kebahagian buat kita semua.. didoakan semoga sahabat sekalian dapat pulang dan kembali dengan selamatnya.. doakan kami juga ya..
Salam Secuci Lebaran..
Comments