Salam Ramadhan 1438H

Assalamualaikum..

Dah masuk Ramadhan yang ke-10.. aku masih tak berapa sihat.. batuk dan selesema.. dah 2 minggu macam ni.. huhuhuhu.. tak hilang2.. nasib baik badan kuat sket compare minggu pertama.. serba serbi sakit.. dengan semputnya... uwaaaaaa....

So, mood nak sambut Ramadhan tak seceria seperti tahun sebelum.. kesian en suami dan anak2.. nasib baik dalam sakit2 tu pun aku masih mampu utk bangun menyiapkan juadah sahur dan berbuka.. syukur alhamdulillah..

Untuk juadah berbuka.. minggu pertama puasa.. first dan second Ramadhan aku gagahkan juga memasak.. hari bekerja aku beli satu dua lauk kat Kafe Kayu Delivery.. asam pedas dia mabeles.. balik rumah sempatlah nak masak satu lauk tambahan.. ada jugak ke bazar Ramadhan Putrajaya.. tapi harga bleh tahan.. cekik darah kot.. murtabak ayam rm5 ko.. saiz dan rasa sama jerk aku nengok..

Minggu kedua.. hari Sabtu balik berbuka rumah mak aku.. gi param kat Nilai.. macam2 juadah ado.. rambang mata aku nengok masak lomak cili api.. sodap3.. semalam Ahad.. aku masak lauk Ayam Bakar ala Kenny Rogers kononnya lah, pedal ayam goreng berempah, masak lemak tauge dan pengat pisang as desert.. gambar2 takdo yo.. tak de mood aku nak snap..

Hari ni.. plan nak masak nasi ayam sajork.. simple jerk.. senang anak2 pun bleh makan.. harap2 sepanjang bulan Ramadhan ni.. aku diberi kekuatan utk menyediakan juadah utk family..

Anak2 aku pulaks.. alhamdulillah 2 minggu cuti sekolah.. bolehlah diorang berpuasa kat rumah.. takdelah penat sangat.. alhamdulillah jugak Fateh tak meragam bangun sahur dan semasa berpuasa.. cuma hari pertama puasa jerk Fateh kecundang.. lagi sejam nak berbuka kot.. aduhai.. dugaan perut berbunyi kelaparan gamaknya..

Minggu depan dah nak sekolah.. risau dengan keadaan cuaca tak menentu.. bila siang panas tak hengat.. kesian ngan anak2 yang bersekolah sepanjang hari.. nak tak nak memang kena bekalkan air.. in case Fateh tak larat berpuasa sebab cuaca panas... tapi harap2lah dia boleh bertahan sepanjang hari..

Oklah.. itu sajork cerita utk hari ni.. semoga Ramadhan kali ini memberi seribu keberkatan sejuta keinsafan.. aamiin..



2 omelan:

Puteri Satu said...

salam ramadhan utk faina sekeluarga... semoga diberikan kesihatan yg lebih baik..insyallah

Faina Arisya said...

salam Ramadhan juga utk akak sekeluarga.. terima kasih kak.. comel Naufal.. besar dah dia ya.. jumpa kat Bazar Nilai kelmarin..

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (74) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (114) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty