Sekitar Hari Raya 2017

Assalamualaikum..

Memandangkan aku malas nak update banyak2.. meh aku campur adukkan semua gambar2 utk hari raya tahun ni.. lagipun tak banyak gambar.. ok lah kot..

Hari Raya Pertama

Bertemakan Emerald Green.. konsep aku utk raya sejak beberapa tahun ni.. beli siap jerk.. malas nak tempah2.. takde masa nak gi kedai cari kain.. pastu nak cari tailor lagi.. huhuhu.. beli siap senang.. terus sarung dah siap.. jimat pun ya.. kalau nak tempah pun upah dan harga kain boleh tahan juga harganya sekarang ni..

Layan gambar lah yerk.. malas nak story panjang2 lebar..

Arissa dah siap awal2 pagi lagi.. nak raya katanya.. 

kaki dah tak duduk diam.. nak keluar beraya katanya.. aduhhhh.. orang belum habis solat raya sayang oiiii..

terpaksa tutup pintu nak ngelak dia main kat luar rumah.. nanti habis kaki baju semua kotor.. lasak dia ni.. 

wefie ngan mama laks.. tq Vivo.. molek muka aku ko buatkan.. 

bergambar dulu sementara menunggu semua ahli keluarga bersiap untuk sesi bersalam2an..

wefie lagi..

dak kenit dah kelaparan.. 

sesi bermaaf-maafan.. 

haaa.. anak2 aku ni kan.. aku tak fahamlah.. nak kata tak ajar.. aku rasa dah ajar dah.. especially anak dara tu.. hishhhh.. main2 ya.. sekeh kang.. tengok si Fateh ada ke patut salam tangan letak kat dagu.. cepat cium tangan mak ko ni.. selalu buat mak ko ni naik darah.. hahahhaha...

dua beradik ni sangat rapat.. teman bermain dan bergaduh.. bab gaduh memang kena cepat leraikan.. si kecik tu kalau menangis menjerit tak hengat dunia.. satu blok boleh dengar.. bingit telinga aku..

ni wajib tiap2 tahun kena mintak maaf.. isterimu ni banyak buat salah.. ampun maaf yer bang... sob3..


Hari Raya Kedua

Program utk hari raya kedua.. kami macam biasa akan ke Rumah Terbuka Ahli Parlimen Tambun.. kenalan FIL aku.. panas terik weiiii.. sampai migrain aku dibuatnya petang tu..

berwefie lagi kita ya..

bila lagi nak bergambar kenangan kan.. time raya lah dapat bergambar sama2.. 

dak kenit dah tukar baju sebab cuaca yg sangat panas waktu raya ni..

 
Hari Raya Ketiga

Bersiap untuk balik kampung mertua dan kemudian kami akan balik ke Putrajaya laks.. mood raya tetap ada walaupun ada rasa tak sihat..

ngan anak dara yg susah nak bergambar..

tengok rumah2 kampung ni.. teringat aku rumah kampung arwah nenek aku dulu.. kalau masih ada.. mesti seronok suasana kampung...

masak dodol.. masih segar diingatan masa arwah nenek aku dan beberapa orang kawan pakcik aku tolong mengacau dodol.. dapat pulak makan dodol lembik yang baru masak.. hmmmmm... dapnyaaaa...

ni rumah ketiga kami beraya.. selesema dan sakit tekak aku makin teruk dengan kepanasan melampau... dah mendidih peluh aku.. tak bleh tahan maaa... 

Kami sampai di Putrajaya bih kurang 12 tgh malam.. fuhhh penat sungguh...


Hari Raya Keempat

Lepas settle kemas apa yg patut.. kami bersiap utk beraya rumah saudara belah aku laks..

wefie lagi.. takde kojo lain..

tgh tunggu makcik aku masak mee goreng dan kari ayam special.. nyum3.. perut tengah lapar ni.. 

malam lapar gi cari KFC jerlah.. sob3..

Hari Raya Kelima

Aku duk rumah jerk mengemas rumah.. abang aku pulak nak datang ke rumah.. memasak ler keje aku... tak sempat nak snap gambar.. huhuhuhuhu.. 

 Hari Raya Keenam

Ingat nak gi beraya rumah pak sedara kat Port Dickson.. tapi almalangnya.. pakcik aku takde.. dia gi Penang.. so, tukar plan gi beraya rumah abang aku laks..


tak habih2 wefie lagi.. sakit tekak dan selesema dah kurang.. batuk pun menyerang.. aku tak tahan bila rasa semput.. singgah klinik 1 Malaysia.. alhamdulillah tak ramai orang.. lega lepas ambik Neb tapi kejap jerlah kesannya.. bila batuk aku datang lagi.. semput balik.. caitttt.. banyak nau kahaknya.. 

Hari keesokannya aku buat biskut raya lagi.. sebab dah nak habis.. popia nestum dan popia simpul.. dapatlah sebalang.. standby kalau ada orang datang.. last2 ke perut kami jugak.. anak2 aku tu pantang.. 

Lepas tu Arissa pulak kena chicken pox.. so, kena kuarantin lah kami.. tak leh terima tetamu dan tak leh nak gi raya... uwaaaaaaaaaaa...so, kojo kami perabihkan biskut raya.. keje aku masak2 jerk selagi ada stok kat rumah... resepi aku cari kat fb jerk... ramai sgt orang share resepi.. sampai terliur aku dibuatnya.. huhuhuhu..

butter cake

choc chips cookies

mee rebus

ada lagi beberapa menu tapi lupa nak snap..

Itu jerk story sekitar hari raya 2017.. tak sempat aku nak merasa beraya dengan kawan opis mahupun kementerian.. uwaaaaaaa.. insyaAllah Isnin ni sempatlah nak beraya ngan team kecik kami..


0 omelan:

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (269) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (75) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (193) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (115) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty