Its my birthday!!

Assalamualaikum..

Semalam birthday aku.. malas nak update blog.. huhuhuhu... takde apa yg special pun.. usia makin menganjak adalah.. dah masuk era baru ni.. jadi takut rasanya.. sebab era baru nilah mcm2 penyakit akan datang.. rumah kata pergi kubur kata mari... uwaaaaaaa... den dah tuo!! amalan masih tak banyak utk mengadap yang maha Esa..

Apapun aku sentiasa berdoa agar diberikan kesihatan yang berpanjangan supaya aku dapat berbakti kepada keluarga dan dapat beribadat demi menyempurnakan amalanku sebagai hambaNya.. diberikan umur yang berkat dan rezeki yang tak pernah putus demi kesejahteraan keluarga aku.. semoga aku dan keluarga sentiasa dalam rahmat Allah hendaknya... aamiin...

Pagi2 anak daro dah buat mak sentap.. walaupun hanya sekadar bingkisan kad ucapan kertas A4 (sabor jerlah).. tapi ayat2 dia tu.. walaupun dalam henglish.. tapi mak tetap sentap... uwaaaaaa... sodih weiiiii... terharu mak.. sob3...

tq sayang mama..

Sehari sebelum.. aku plan nak buat butter cake nak jamu kawan2 opis.. tapi tetiba ubah fikiran buat kek oren viral.. viral lagi... suka nau cuba resepi viral ni... huhuhuuuhu.. alang2kan... bahan2 pun semuanya ada kat rumah.. so proceedlah..

tekstur gebu gebas.. sodap..

Malamnya en suami ajak gi dinner kat luar.. nak ke SR dah muak aku makan kek.. budak2 pun bukannya makan sangat.. last2 ke IOI.. aku teringin nak makan Boat Noodle.. cam sodap yo kan.. kita try test.. makan pulak mengadap ice skating.. syok ler si kecik main gayut2 kat situ... hampir2 nak dibuangnya chopstick..sabor jerlah..

nampak menyelerakan.. jom rasa.. 

ceh.. Fateh konon terror ala Kungfu guna chopstick.. hahahaha..

Nasib baik aku tak order banyak mangkuk.. nak muntah makan banyak2.. sket2 bolehlah.. aku cuma mampu makan 3 mangkuk jerk.. pastu aku surrender.. mira cuma leh makan semangkuk jerk.. fateh ngan arissa reject terus.. aduhai.. membazir 2 mangkuk.. en suami rasa sket.. reject sebab tak kena tekak dia.. huhuhuhu... en suami order nasi ngan udang kari kot kalau tak silap.. pun dia reject sebab manis katanya.. sib baik yg mira order tu sedap.. apa ntah.. macam meatball sket.. macam cucuq pun ya.. tulah kan.. mungkin tekak kami ni tak leh terima makan2an yg mcm tu.. sedap lagi mee negara kita.. hahahaha... yg licin kami makan cuma roti sangkaya tu jerk.. 

konon bersungguh nak makan guna chopstick.. ada garpu tak mau.. suka ngikut abang dia.. bila mee tu tak kena tekak dia terus bangun nak gi tengok ice skating... grrrr..

makcik sorang ni tengah terkulat2 menahan kepedasan.. ngeh3... hahahahahha...

overall kalau ikut tekak melayu kami ni.. kami bagi 3 bintang.. mee yg jenis beras tu akak cepat muak nak makan.. kalau macam maggi tu ok lagi.. kuah kicap dia tu ok jerk bagi aku.. habihlah aku hirup..

Ok.. tu kisah semalam.. meh nak citer sket hari ni punya..

Pagi tadi aku cuba lagi resepi viral.. cucur kembung manis.. senang nampak gayanya.. tapi nak membulatkan dia tu makan masa jugak.. dahlah pagi2 tu memang kalut sket macam2 nak buat bento utk anak2 ni.. selagi ada stok dan kudrat aku ada.. dan mood pun kena baik.. akan aku cuba usahakan utk buat bento anak2.. sian diorang especially Fateh.. kalau tak bagi bento.. ntah apalah yg dibeli kat sekolah.. bila ditanya asyik beli kek pisang jerk.. bukannya nak makan nasi.. dahlah keding... huh!

rasa sedap.. rangup di luar lembut di dalam.. tak manis sangat.. cuma tekstur luar tak comel sebab nak cepat.. takde masa nak deep fry bagai.. goreng dalam kuali jerk.. guna api perlahan lambat pulak nak masaknya.. sekali bukak api besar.. haaa... sib baik tak hitam legam.. ngeh3.. 

Oklah.. selamat mencuba..


0 omelan:

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (269) Ana Muslim (2) Anniversary (11) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (75) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (193) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Homemade (1) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (116) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Para Asean (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (38) Riadah (24) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (2) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty